Perubahan, Tarbiyah dan Qudwah

  1. Perubahan daripada Tarbiyah bukanlah semata pembacaan bahan, dan bukanlah semata pembentangan, tetapi yang lebih memberi kesan mendalam adalah Qudwah dan Pengaruh Pemimpin terhadap organisasi. Maka dapat diperhatikan beberapa “mazahir”/fenomena yang konsisten seperti berikut;
    A. Apabila seseorang anak buah mempunyai masalah, maka dia akan kembali kepada “masul” atau Qudwah yang beliau hormati.
    B. Perubahan setiap individu pasti mempunyai “jalur-jalur” Naqib yang boleh dikenalpasti akhlak mulia dan tabiat yang diwarisi.
    C. Kecenderungan Penggerak-Penggerak di Timur Tengah yang mencari “sanad-sanad” di dalam Tarbiyah, bagi mendapatkan faedah, ilmu, dan fikrah melalui Qudwah-Qudwah yang diwarisi.
  2. Sebahagian Qudwah berjaya menembusi bukan sekadar tahap Usrah dan “Katibah” tetapi mencapai tahap Qudwah Kawasan, dan Qudwah Nasional. Mazahir yang membawa kepada kesimpulan ini seperti;
    A. Thabatnya penggerak-penggerak Ikhwan Muslimin bukanlah kepada dalamnya fikrah yang dilalui, tetapi kesan daripada Qudama’ yang mewariskan, Qudama’-Qudama yang telah pergi menjadi inspirasi dan meniupkan ruh perjuangan luar-biasa berbanding taujihat mereka yang masih hidup.
    B. Contoh individu adalah seperti Syeikh Ahmad Yassin, beliau menjadi Qudwah sepanjang zaman yang berterusan meniupkan ruh perjuangan di dalam Hamas, walaupun beliau telah pergi lebih belasan tahun. Namun Qudwah ini kembali kepada usaha tanpa henti beliau semasa hidupnya, di mana dari sekecil-kecil masalah di Gaza (Isu kejiranan dan rumahtangga contohnya) sehinggalah kepada sebesar-besar masalah (perjuangan dan jihad) semuanya mempunyai sentuhan beliau yang tidak lelah menyumbang berkorban untuk umat di Gaza. Inspirasi beliau menjangkaui Harakah HAMAS, dan menjadi insan yang menghidupkan Gaza dan hati-hati diluar Palestin.
    C. Fenomena yang sama turut dilihat kuat kepada Ikhwan Muslimin di Mesir. Apabila terkenangkan semangat juang Hasan Al-Banna, Syed Qutb, Mustafa Masyhur, maka intima’ dan wala’ serta perjuangan akan terus dinyalakan, walaupun “dos” Fikrah/Bahan, dan program amat minima.
  3. Persoalan di Malaysia bagi mencapai OBI2040 adalah, adakah kita akan turut menanti pemergiaan Tokoh-Tokoh yang mengakar umbi di dalam Harakah dan Masyarakat untuk pergi barulah tercapai objektif dakwah dan ketamadunan?. Sepertimana yang kita tampak di dalam Harakah yang sudah lama seperti PAS, di mana sebahagian besar cukup kuat ikatannya hanya dengan mempertingati Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tn Guru Hasan Shukri, Almarhum Ust Fadzil Noor, Dr Burhanudin Al-Helmy, dan lain-lain.
  4. Walaubagaimanapun hasil yang sama MUSTAHIL untuk diperolehi melainkan dengan sumbangan dan jasa yang ikhlas, secara istiqamah ke dalam ummah dan harakah, barulah pemergian seseorang akh di dalam perjuangan menjadi nadi kepada kebangkitan dan kesatuan (serta intima’ dan wala) Ummah.

Isu Keilmuan (Epistemologi)

Melihat zaman media sosial sebagai rujukan utama kehidupan, maka kita menanggapi “kebenaran” yang dipegang banyak bersifat seperti media sosial.

Sebagai contoh, sekiranya media sosial harini menceritakan perihal seorang yang “jahat”, selepas 2 hari, akan mula diceritakan sesi kebaikan yang tidak dinampak, namun pos pertama lebih viral, maka apakah kebenaran terhadap seseorang itu? Adakah pos pertama atau pos kedua, atau bergantung kepada dibaca yang mana yang ditulis dengan lebih baik ?. Andai ditanya terus kepada pihak pertama, pasti selesai, kan?

Isu sama berlaku kepada menanggapi hakikat ketuhanan dan kehidupan.

Tuhan yang maha penyayang dan maha baik, namun difahami kebenaran tuhan bukan daripada sumber asli, Al-Quran, namun daripada pihak ketiga keempat yang sudah makin jauh.

Kehilangan Tuhan dalam keilmuan bagi menanggapi kebenaran dan kehidupan, membawa hidup yang kering dan tidak bermakna, maka tidak peliklah seorang yang makin bergelumang dengan media sosial maka semakin tertekan, bukan kerana media sosial sendiri, tetapi kerana jauhnya daripada Tuhan.

Isu keilmuan, epistemologi, bagaimana mengetahui kebenaran benar-benar memberi impak besar dalam kehidupan seseorang.

Dengan media sosial, dilihat hidup seperti sentiasa “dicederai”, melihat kehidupan seolah hakikat wujudnya sekelompok yang kaya dan boleh berhibur dan berlibur pada usia muda tanpa perlu bekerja keras, jika bekerja keras pun, dilihat kekayaan seolah berlipat ganda dari yang lain yang turut bekerja keras.

Sedangkan hakikat kehidupan sekiranya diserahkan kepada Allah, akan melihat hidup dengan penuh keadilan, peluang, rezeki dan rahmat. Contoh ringkas, andai dia dipaksa memilih antara 1billion USD dan boleh bangun esok pagi, pasti dipilih kehidupan bangun esok pagi. Namun berapa ramai yang begitu terkilan dengan si-mati yang punya kekayaan 1billion USD tanpa menyedari dia yang mampu bangun esok pagi jauh lebih kaya. Berapa ramai yang diberi nikmat bangun esok pagi, rasa diri seolah tidak mendapat nikmat dan terpaksa menempuh hari yang sengsara?.

Semuanya kerana melihat dunia yang terlalu material, melihat hakikat kehidupan dalam “lensa kebenaran” media sosial sebagai sumber keilmuan.

Benarlah Allah sebut “tiadalah kehidupan melainkan, bermain-main dan sia-sia” apabila kehidupan tersebut gagal menembusi erti Tawhid dan hidup bersama ilahi.

Menggapai Redha dalam ujian

Hari-hari yang diuji oleh Allah, dalam keadaan menjaga makan, bersenam dengan konsisten, tidur dengan baik, diuji nikmat kesihatan.

5 hari di wad; 2 minggu diarhhea, seminggu Influenza B, seminggu usaha memperelok kesihatan, dan semua berjalan dengan arthritis. Lutut kiri yang belum dibedah pula koyak sedikit “anterior crucial ligament”, koyak “washer”, dan ada serpihan tulang berlegear di dalam mengganggiu pergerakan ruku’ dan sujud.

Badan lemah…

Nak membaca kabur, nak menulis pening, nak melihat kerja sakit kepala, nak membaca Quran pun sakit kepala. Apa yang dapat, mendengar video-video bacaan Quran, hadis dan tazkirah.. carian memberi fokus kepada Redha.

Menggapai Redha… teringin untuk jujur mengungkap “Selagi ENgkau tidak mura pada-ku, aku tidak hirau ujianmu” seperti ungkapan Nabi Muhammad ketika ujian di Tha’if.

Tapi hati jujurnya tidak kuat…

Kita berfikir tentang redha.. fikir dan zikir tentang redha.

Kesimpulan yang dapat saya kongsikan;

1. Tahap pertama Redha adalah mengiktiraf ujian itu benar. Untuk melepasi tahap ini, segala penipuan nafsu dan syubhat ketepikan dan hadap ujian sedepan-depannya. Andai sudah tua, ngaku tua, andai sudah sakit ngaku sakit, andai sudah gemuk ngaku gemuk, andai sedang bersedih ngaku bersedih!

2. Tahap kedua selepas iktiraf, iktiraf ujian hadir daripada Allah bukan untuk menzalimi kita. Hapuskan perasaan dizalimi dengan melihat keluasan nikmat harini dan esok, andai seorang diberi 10 juta ringgit dengan SYARAT tidak boleh bangun pagi, pasti 1000 trillion pun akan ditolak, nak nikmat bangun pagi sendiri lebih besar dari segala nikmat harta, maka adakah kita dizalimi selagi Allah memberi peluang nikmat hidup?

3. Ketiga; tahapan tertinggi adalah menikmati ujian tersebut sebagai sebuah rahmat kasih sayang dari Allah. Berbahagia dalam ujian tersebut. Dan tahap tertinggi ini disebut ulama Tasauf sebagai “Mukasyafah” ketika kita “melihat” apa yang berlaku benar-benar hadir daripada Allah, jauh daripada asbab dan fenomena dunia. Ketika itu kita pasti redha, dan berhasil sayang dan kebahagian kepada Allah.

Tanpa ujian adakah kita mampu melihat-Nya? Andai melihat-Nya, adakah tidak tenggelam dalam keredhaan-Nya ketika itu? Hanya Allah tempat kita kembali dan melihat. Hasbunallah.

Anwar PM10

“Setiap perkara ada masanya, dan ada tempoh pengorbanannya”.

DS Anwar Ibrahim sebagai seorang pejuang Muslim Demokrat (memetik pujian dan ‘title’ oleh Charles Allers kepada DSAI di dalam buku; The Evolution of a Muslim Democrat: The Life of Malaysia’s Anwar Ibrahim) yang komited tanpa putus asa dengan perjuangannya, seperti ucapan beliau ketika ditanya oleh cucunya berapa lama menunggu, beliau menjawab “24 tahun berjuang!”, bukanlah sebuah tempoh yang pendek. 

Andai DSAI keluar penjara ingin bersara boleh sahaja, umur beliau sudah mencecah sekitar 70-an, boleh sahaja beliau bersara seperti penjawat awam yang bersama 10 tahun lebih awal. Tapi beliau teruskan bersama pendokong-pendokong dari 2-3 generasi, yang bersama di dalam ABIM akhir 70-an, UMNO akhir 80-an, Keadilan>PKR akhir 90-an hingga kini, turut bergembira, dengan mengenang di dalam medsos; gambar-gambar Bersih, gambar-gambar kempen dan lain-lain. 

Pesanan kepada rakan-rakan yang bersama perjuangan PM-X, setiap kemenangan ada manisnya, dalam kemanisan mengenang dan lain-lain ada perjuangan pasca kemenangan yang perlu diperhalusi. Tahniah dan bergembiralah. 

Pesanan rakan-rakan yang tidak bersama perjuangan PM-X, pada hari-ini usahlah cuba-cuba ‘men-tawarkan’ kemanisan rakan yang menang, setiap perkara ada masanya, sidang Parlimen akan datang jadikan medan “check and balance”, namun saat ini jangan “tawarkan” kemenangan mereka yang menanti 24 tahun. Begitu lebih baik. 

Medan di-hadapan adalah lebih mencabar, “20 tahun” ke hadapan bermula hari ini. Sehari dua ini dirasa negara amat tidak stabil, andai Malaysia dibiarkan dalam keadaan tiada dominasi dalam 20 tahun ke hadapan, sanggupkah kita merasai situasi yang sama setiap 5 tahun?. 

Berfikir isu harini untuk di selesaikan satu perkara, namun bergerak dalam kerangka 20 tahun adalah perkara yang berbeza. Politik “swing-swing” SD pasti tidak disukai oleh semua pihak, termasuk yang menang. 

Apakah politik 20 tahun kehadapan? Isu yang lebih besar untuk dijawab oleh generasi muda hari ini. 

Tahniah dan semoga Malaysia diberkati dan dirahmati Allah.  

Ilmu, tarbiah dan pembinaan tamadun

Mereka yang nak bersegera dn isti’jal akan sentiasa tergopoh gopoh mencari solusi, maka apa-apa yang menyilau matanya pasti mereka akan kejar.

Kewujudan kewujudan sifat kurang sabar dan teliti, dan solusi solusi pendek yang nampak gah sentiasa menyilaukan, mudah cerita di dalam ilmu, nak google ke nak belajar secara bersistem dan teliti, perlahan lahan mendalammi dengan penuh mujahadah.

Contoh tentang tarbiah, nak sentap kemudian salahkan, atau membina dengan penih kesabaran memahami isi hati mutarabbi dan perlahan perlahan membina apakah aqidah, prinsip hidup, tabiat, sikap mutarabbi satu persatu dengan teliti.

Sekiranya ingin membina sebuah peradaban, maka pasti bermula dengan pembinaan rijal

Pembinaan rijal ini dengan sebesar peradaban itu perlu diperhalusi dan dibina dengan teliti.

Maka perlu dimulakan dengan kebangkitan iman, kemudian disusuri dengan sikap cintakan ilmu. Hanya dengan kecintaan ilmu akan memudahkan segala aspek pembinaan tamadun yang lain. Maka jiwa yang dbina atas landasan ilmu yang kukuh akan menjadi batu asas sebuah ketamadunan.

Kalaulah sekadar perjumpaan berdasarkan “khatirah”, “gerak hati”, “pengalaman”, “sembang”, terbatas kepada ijtihad individu, maka hasilnya bukankah sebuah batu asas peradaban, tetapi mungkin perubahan sikap, namun bukan batu asas peradaban, ibarat individu ke kursus menjerit-jerit mendapat semangat, ya sikap mereka pulang dari program berubah, mampu jadi jutawanlah kononnnya, namun di dalam aspek peradaban tidakkan mampu membina batu asas sebuah peradaban.

Perginya Abdullah Muhd Suhail

Alhamdulillah pagi raya baru sahaja meninggalkan kita disamping keadaan COVID 19 yang semakin meruncing.

Tambahan keadaan Palestina yang diherdik dan dijajah, membuatkan hati kecil yang sedih pemergian anak ke 6 tidaklah begitu memilukan.

Namun yang lebih menggembirakan apabila mendengar khabar dua orang sahabat yang lama menunggu kedatangan bayi bakal menerima cahaya mata.

Dunia berputar. Hati perlu sentiasa diletakkan kepada Allah.

Carl Jung “we cannot invent our own values…”


Carl Jung “we cannot invent our own values, because we cannot merely impose what we believe on our souls”

Terjumpa quote ini di dalam buku Jordan B. Peterson “12 Rules For LIfe”.

Sharahan Dr Peterson, ianya berkaitan bagaimana huru haranya manusia dalam mencari “prinsip dan nilai hidup”.

Kehilangan peranan agama Kristian atas kebobrokan gereja, menyebabkan eropah ‘membunuh tuhan’ di dalam hati-hati mereka.

Yang tinggal hanyalah prinsip yang direka oleh manusia, dan bukanlah sesuatu yang datang dari struktur kehidupan manusia yang menyembah tuhan dan mempercayai bahawa hanya Tuhan mempunya kebenaran.

Hasilnya adalah huru-haranya eropah dengan pemikiran manusia yang tidak dijatuhkan dengan pemikiran manusia yang lain lantaran kedudukan kedua-duanya adalah pemikiran yang dilahirkan manusia, tiada yang lebih istimewa berbanding yang satunya, liberal melawan konservatif, mengapa salah satunya lebih betul sedangkan kedua-duanya dari manusia?

Carl Jung membawa naratif bahawa hakikatnya apapun yang difikir manusia tidak akan menembus ‘belief in our souls’ maka seolah prinsip yang ada di dalam hati itu jauh lebih bermakna berbanding sekadar falsafah tempelan ciptaan manusia.

Bukankah itu kedudukan dunia sebelum Islam hadir dan selepas kejatuhan Islam?

Itu satu sudut yang tidak diketahui oleh penulis mungkin. Dalam satu forum, penulis sendiri mengatakan “Pelik melihat Islam, sepatutnya tidak dapat membina tamadun, akhirnya dapat bina”, dan dia disiplin tidak komen lebih berkaitan Islam atas alasan tidak mengetahui.

Islam meletakkan struktur dunia dengan ‘hakimiyah lillah’ menjadikan Allah satu-satunya alasan untuk hidup dan makna bagi sebuah kehidupan.

Struktur kehidupan begitu. Allah paling utama, jalan paling hampir adalah Sunnah Nabinya, kemudian syariat yang dipraktis. Ini struktur kebahagiaan seseorang manusia.

Itulah maksud syair Dr Yusuf Qardhawy mengenai hakikat kebahagiaan (Muntalaq bab2 Sujud Merdeka).

Wallahua’alam

“Anak boros? Nak buat bagaimana?”

 
Tadi Sayyid memecah rekod pembelian individu, apabila balik daripada Kelas Pingpong, membeli di 7eleven sebanyak 38 Ringgit !
 
Dia bijak. dia kenalpasti balik dengan siapa dahulu, bila tahu balik dengan Makcik Zura, baru dia susun strategi.
 
Dalam pembelian Sayyid, dia belikan untuk semua ahli keluarga satu ‘jajan’ atau cokolat, dan pastikan untuk Mama dan Abah mahal mahal. Mama dapat Cadbury saiz paling besar, kemudian Abahnya dapat Ferrero Rocher !
 
Sampai sahaja di rumah, terus sebut dengan muka tersenyum senyum (strategi seterusnya lah tu) “Abah Sayyid ada hadiah untuk Abah dan Mama!”
 
Abah gembira, tapi bila mula nampak satu beg 7eleven penuh hati mula timbul nyalaan api yang makin membara.
 
Sambil Sayyid membahagikan semua hadiah, Abahnya bermain di kepala, apa nak buat. Tampak muka mereka jujur gembira kecuali Khayrat yang mana dia pantas memahami situasi.
 
Hati teringat konsep pendidikan Islam, memahami mereka di alam fitrah, TAPI perlu imbangkan dengan PEMBINAAN TANGGUNGJAWAB.
 
Maka saya tarik nafas panjang, merangka di dalam kepala apa yang ingin dibuat. Saya kongsikan rangka dan aplikasi yang saya jalankan :
 
Soalan 1 : Tanggungjawab kepada siapa ye?
– Kepada Allah? Allah tak bagi membazir
– Kepada Allah? kena kumpul duit nak Haji (semua dah hafal rukun Islam kan)
– Kepada Ummah? dah bagi dekat palestin belum.
 
Soalan 2 : Tapi kalau ada duit juga?
– ajar konsep membazir.
– ajar konsep PERLU vs SERONOK
 
Jadi, saya ucapkan terima kasih dan minta pensel dan kertas dari anak-anak. (Khayrat yang ada anxiety rasa semakin takut) Jadi saya minta semua :
1. tulis tentang “kenapa tak boleh membazir”
2. lukis komik tidak membazir
 
Kemudian bermain permainan PERLU vs SERONOK.
– Game rekaan sendiri, teka saya sebut senarai barang mereka teka ianya perlu atau seronok. Jadi semakin mendalam kefahaman perlu dan seronok.
 
Dihujung permainan, Sayyid berkata “Seronoklah main tadi”
Abahnya bertanya balik “Beli makanan jajan seronok tak”
 
Sayyid ragu-ragu balik. Terdiam seketika.
 
Kemudian dia jawab pelan-pelan “….seronok…”
Sayyid sambung “Tapi tak boleh selalu !. Sorry Abah”
 
Saya hanya menggangguk dan tersenyum, sambil mengucap di hati alhamdulillah.

Perkembangan kareer vs dakwah?

Satu perkara yang menarik mengenai manusia adalah default kepada manusia hanyalah boleh difahami melalui Quran dan Sunnah.

Dan segala perjalanan empirikal memahami manusia berkaitan ilmu jiwa dan sebagainya sebenarnya adalah gap yang diisi antara realiti ke arah penjelasan default tersebut dengan lebih jelas.

Default yang ingin ditekankan adalah “pengembangan” atau peningkatan.

Nabi bersabda “sesiapa yang sama dua harinya maka, dia telah tertipu”

Jelas, sebagai contoh dalam kehidupan pembelajaran, jika duduk didarjah satu misalnya untuk satu tempoh, maka pasti dia akan bosan. Seorang yang berkareer, duduk sebagai eksekutif tanpa peningkatan bidang tugas, tanpa cabaran baru, tanpa kenaikan gaji yg siginifikan…pasti akan menghadapi masalah hidup, pasti akan mendapat sakit jiwa.

Bererti pengembangan adalah default berdasarkan hadis di atas.

Soalan, jika begitu maka adakah ada pengulangan di dalam Islam? Bukankah solat itu sendiri pengulangan? Jadi bercanggah atau bagaimana?

Ibadah-ibadah harian benar repitasi, namun cabaran yang dihadapi di dalam hidup untuk dibawa mengadu kepada Allah di dalam solat-solat kita bukankah tidak berulang?

Solat menjadi tawar andai repitasi tersebut tidak berjalan seiring aduan kehidupan kepada Allah.

Namun menjadi lebih tawar andai kehidupan yang ingin diadukan kepada Allah sudah berhenti menerima perubahan, sudah menjadi statik.. statik.. statik..

Sudut yang merisaukan adalah statiknya di dalam urusan dakwah.

Hidupnya mengulangi usrah yang sama berminggu-minggu, tiada nafas baru, tiada perbincangan baru, tiada kemaskini fikrah, soalan yang dibawa boleh digoreng semula sejak 10 tahun lepas semenjak mula mengikuti usrah.. kemana nafas dan ruh kehidupan andai ini yang berlaku?

Banyak faktor untuk dikenalpasti, antaranya :

  • Kekurangan penguasaan bahan bahan tarbawi dan ulum syarak.
    • Kedudukan fikrah dan perbincangan kekal dalam keadaan tawar dan tidak berkembang. Walaupun IHAB meletakkan batu asas, dan menjadi tanggungjawab generasi seterusnya memberi kesegaran berterusan dengan syarahan dan qawaid yang realisitik.
  • Dakwah yang hambar.
    • Mentarbiah umat masih sangkut kepada nak ajak satu dua individu ikut usrah di sesebuah universiti misalnya, sedangkan jiran disebelah tidak pernah cuba didakwah. Metod mengajak anak-anak taman tidak dikenalpasti. Bermain bola masih dengan peminat lama. Arus dakwah yang harian kekal dalam bentuk yang sama semenjak 5-10 tahun lepas. Maka, dakwah hambar membawa kepada tawarnya institusi tarbiah. Sedangkan andai cuba dikaji dan disusun manhaj pentarbiahan ummah dengan beberapa jenis kelajuan (laju ; universiti, perlahan; 40-an) contohnya pasti perasaan tawar akan hilang.
  • Hilang fokus.
    • Pada awal hidup di dalam arena dakwah, dihadapan kader-kader dakwah hanyalah belajar, berbakti kepada ibu bapa dan dakwah. Maka cita-cita yang ada tulus murni, fokus amat tajam, mata tidak melihat perkara lain melainkan dakwah. Namun menyeramkan tatkala hidup berkareer, apabila dua keadaan di atas berlaku…
    • Bahan-bahan tarbiah yang segar sudah dikhatam, bahan-bahan kompleks tiada skil, kehendak dan program disusun untuk khatam…maka aspek fikrah di dalam program dilihat sudah tawar dan hambar, ditambah dengan penyusunan dakwah yang masih tidak tajam, hasilnya fokus yang ada mula diputarkan kepada aepek lain seperti kerjaya dan keluarga.
    • Kalau diawal penglibatan mudah sahaja mengurus jadual, makin kaya dan maju dalam kareer tampak makin sukar nak susun. Walaupun kelihatan duit sudah tidak menjadi isu, jadi apakah isu untuk tidak bergerak? Nampak ideal, tapi bukankah kita bermula dengan sebuah ideal dan perlahan-lahan kita susun satu persatu bata menjadikan ianya mampu dibina..
    • Cita-cita dunia tidak salah, tapi cita-cita dakwah? Tampak sudah sunyi…. bersembang cita-cita dakwah kelihatan ganjil dan pelik pula….

Tulisan umum ini, sekadar refleksi dan tiang memaksa diri sendiri menjadi insan cekal.

Ialah, di awal kerja dunia ni bertujuan survival sahaja, bila sudah ada kemampuan untuk membeli itu ini, kemampuan untuk ‘melabur’ dan sebagainya… seram tatkala cita-cita terhakis…. cita-citalah yang sentiasa membawa perubahan dan kesegaran di dalam apa-apa aspek kehidupan, bukankah begitu?

Benar, sebahagian punca kembali kepada penyusunan tarbiah dan aspek perancangan dan gerak kerja dakwah, namun andai seorang bercita-cita dakwah maka dua perkara ini difahami dan tekad untuk diselesaikan.

Kembali, apa cita-cita kita? Muhasabah.. moga Allah mengekalkan hati ini. Amiin.

Proses meng’Amerika’kan politik Malaysia

Keadaan politik terkini semakin menampakkan projek meng’Amerika’kan Malaysia.

Tuduhan saya, kerajaan PH sedang dimodelkan menjadi Demokrat ataupun kita sebut kerajaan bersayap kiri. Manakala Pembangkang sedang membina nilai-nilai konservatif menjadi pembangkang bersayap kanan.

Apa maksud sayap sayap ini?

Sayap kiri bererti intipati perjuangan adalah menjadi progresif dan mengubah lanskap menjadi suatu yang baru. Spektrum bermula dengan parti Demokrat, kemudian parti BUruh dan berakhir dengan parti Komunis sebagai far right.

Mudah cerita menekankan nilai liberal dan equality ataupun kesamarataan mutlak. Feminis, dan lain-lain semuanya disini.

Manakala dibelah kanan, berintipati konservatif, dengan mengekalkan kebaikan yang ada. Spektrum parti bermula denan parti Republikm konservatif dan dihujungnya Narionalist.

Mudah cerita menekankan aspek berpegang kepada agama, pragmatik, struktur sosial dan persaingan tinggi dalam kerangka sedia ada.

Dakwaan saya kerajaan PH menuju pembinaan left wing adalah jelas dengan setiap titik-titik usaha sedia ada seperti :

  1. Terbocor, forum mengubah kedudukan Islam di dalam perlembagaan. 
    1. Nilai kiri adalah dengan menolak perlembagaan sedia ada yang memberi kelebihan kepada Islam dan Melayu (serta pribumi) berbanding yang lain.
  2. Pembelaan terhadap Wan JI
    1. Wanji sendiri seorang yang bernilai far left dengan idea anarki seperti syaitankan sultan dan jelas mengambil nilai equaliti di dalam menilai manusia tanpa berpegang kepada keizzahan Islam.
    2. Anwar Ibrahim dan lain-lain, berusaha menentang keputusan mahkamah, kerana dasar dan nilai kepada Akta Hasutan adalah konservatif (sayap kanan) manakala undang-undang sepatutnya bernilai progresif dan kesamarataan mutlak, malah naratif sebahagian besar mereka adalah struktur sosial sedia ada yang mempunyai sultan sudah archaic. Saya percaya, mereka begitu berani kerana undang-undang hanyalah aturan dan yang lebih penting bagi mereka adalah nilai liberty dan equality tersebut.
  3. Tindakan Mujahid yang konsisten membawa equality dengan agama lain, dan kelompok LGBTQ. Didalam Islam jelas LGBTQ adalah dosa selagi tidak bertaubat, ianya bukanlah isu equality tetapi isu dosa yang perlu bertaubat.
  4. Tindakan dan prinsip KKM
    1. Melantik trans ke dalam KKM. Dilantik kerana ‘jantina’ dan bukannya kerana kredibiliti dan kelayakan.
    2. Usaha menjadikan penagih dadah sebagai mangsa kepada sistem adalah suatu prinsip sayap kiri yang amat jelas. Sedangkan mereka juga adalah penjenayah jika mengikut laras islam.

Banyak lagi contoh yang boleh dibawa, namun cukuplah beberapa contoh diatas. Perkara ini merisaukan, kerana melihatkan Amerika bukanlah negara yang maju di sudut sosial, malah kemajuan Amerika menipu dari pelbagai aspek. Lebih mundur andai kemajuan Amerika dilihat dari neraca Islam. Ekonomi yang terbina dengan paksaan penggunaan dollar, sosial yang semakin runtuh, masalah gelandangan yang amat dasyat, kadar jenayah dan pembunuhan, penjara sebagai indsutri dan pelbagai aspek lagi.

Pembangkang sebagai sayap kanan tidak perlu diulas, lantaran mereka hanya berpegang pada apa yang ada, tanpa apa-apa solusi baru terhadap Malaysia. Seronok mengkritik dan masih melantik ”Bosskur” dan DSZ ??. Benarlah taubat bukan perkara yang mudah.

Hakikatnya, perlu tanya semula, apa struktur yang Islam minta kita bina? Andai tidak mampu menjawab soalan ini, tanya semula adakah mengambil rangka Amerika ini bakal membawa kebaikan kepada Malaysia?

Orang Amerika pun dah terpecah kepada tidak percaya pada sistem mereka dah, kita terhegeh hegeh nak tiru. Tak malu sungguh.

فالحاصل أن الموعظة إشارة إلى تطهير ظواهر الخلق عما لا ينبغي وهو الشريعة ، والشفاء إشارة إلى تطهير الأرواح عن العقائد الفاسدة والأخلاق الذميمة ، وهو الطريقة ، والهدى وهو إشارة إلى ظهور نور الحق في قلوب الصديقين وهو الحقيقة ، والرحمة وهي إشارة إلى كونها بالغة في الكمال والإشراق إلى حيث تصير مكملة للناقصين وهي النبوة

Perbincangan lanjut “bilakah malam lailatul qadr?”

Perbincangan lanjut berkaitan post sebelum ini.

Rujukan : Fathul Bari
Rujukan lain : https://www.alukah.net/spotlight/0/58411/#_ftn1

Web tersebut berjaya ringkaskan perbahasan puluhan muka surat Fath bari, dan mengambil hanya hadis sohih berkaitan perbahasan

Di dalam fath bari disebut juga syarahan galakan malam 27 dan jelas tidak mengambil sebagai HANYA 27 kemungkinan lailatul qadr

Saya tidak bersetuju dengan pandangan penulis yang mana melebihkan malam 27 adalah bidaah.

Saya cenderung mengambil pendekatan Ibnu Abbas dan Ubay bin Kaab seperti dinyatakan di dalam Fath Bari.

Wallahu aalam.

Bilakah lailatul qadar?

“Bilakah malam lailatul qadr? Malam ni ke? (Sebab malam 27)”

Lailatul qadr adalah peristiwa ghaibiyat yang tiada yang mengetahuinya melainkan Allah

Maka seperti disiplin perkara-perkara ghaib yang lain, jalan mengetahuinya hanyalah melalui al-quran dan hadis

Kemuliaan lailatul qadr disebut didalam sebuah surah didedikasikan khas untuknya surah Al-Qadr (syarahan di post lain insyallah)

Tentang bilakah ianya berlaku? Berikut perbincangan hadis berkaitan.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
تحرُّوا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان

“Carilah lailatul qadr pada 10 malam terakhir di dalam Ramadhan”

Kemudian didalam hadis riwayat Aishah r.a, dikhususkan kepada malam malam ganjil sahaja. Khilaf ini dinyatakan oleh Imam Ibnu Hajar AlAsqalani bahawa ulama khilaf sehingga 40 lebih pandangan bilakah berlakunya lailatul qadr.

Walaubagaimanapun fokus kebanyakan khilaf adalah malam ganjil yang mana?

Nas hadis menyebut melalui riwayat Abu Saied Alkhudri ianya jatuh pada malam 21 (riwayat bukhari dan muslim)

Riwayat Abdullah bin Unais adalah pada malam 23 (riwayat Muslim)

Riwayat yang paling banyak diambil adalah riwayat Ibnu Umar yang mana ianya berlaku di 10 malam terakhir dan khusu pada malam ke 7 dalam 10 terakhir (malam 27) – (riwayat bukhari dan muslim)

Riwayat ini juga disokong oleh Ubay bin Kaab dan Ibnu Abbas (Ibnu Khuzaimah)

(Kesemua riwayat hadis diatas adalah sahih)

Kesimpulan yang diambil oleh Ibnu Kathir, Ibnu Hajar AlHaithami, Ibnu Hajar AlAsqalani dan beberapa ulama lain adalah ianya bertukar tukar dari satu malam ke malam yang lain.

Maka jika mampu pulun 10 terakhir dengan sekuat yang mampu, andai tidak mampu penuh 10, pulun malam ganjil..

Andai tidak larat kesemua malam ganjil jangan sampai terlepas 7 malam terakhir. Itulah maksud hadis diatas jika difahami didalam konteks perbahasan mengejar lailatul qadr.

Andai tidak dapat keseluruhan maka pulun lah di malam ke 27 mengambil pandangan Ubay bin Kaab dan Ibnu Abbas.

Moga kita berjaya mendapat ibadah yang terbaik, dan rahmat ilahi malam lailatul qadr. Amiin.

Isu Pembudayaan, tarbiah dan keperluan semasa di dalam Ikhwan Muslimin

Ikhwan Muslimin berjaya membentuk pembudayaan yang cukup hebat dari sudut perkara asas seperti sistem Usrah, Mabit, Daurah, dll

Pembudayaan ini pada asalnya mempunyai semangat dan tujuan tarbiah yang membuak-buak.

Namun dikemudian hari, ianya bertukar menjadi sebuah sistem yang mantap dan berjaya membentuk generasi yang istiqamah atas sesebuah perjuangan.

Isu yang timbul adalah sistem ini dibina atas asas-asas kuat ketika zaman awal penubuhan Ikhwan Muslimin.

Eh, mungkin tertanya mengapa ianya menjadi masalah pula?

Kerana beberapa kelemahan sistem awal didalam aplikasi di zaman semasa :

  1. Topik yang menjurus keperluan masa itu.
  2. Struktur yang masih boleh ditambah baik.
  3. Kesetaraan pada pertembungan dengan jahiliyah

Kerisauan adalah apabila seorang yang ditarbiah selama 30 tahun perkara yang sama, tidak mampu menguasai urusan baru dan topik baru, malah masih berfikir struktur dakwah,tarbiah dan tanzim lama sesuai untuk kehendak (saiz, jenis dan kepelbagaian ahli) semasa, malah tidak mengukur kekuatan menandingi kekuatan jahiliyah…. bukankah itu membawa kepada masalah?

Kebaikan lama membuktikan bahawa aqidah yang kuat mampu thabat dan membina sebuah ummah, namun andai aqidah tersebut gagal diserapkan melalui dakwah yang semakin hebat dan tarbiah yang semakin unik, maka kebaikan lama menjadi eksklusif kepada situasi lama tersebut.

Membataskan potensi dakwah dan tarbiah, ini merupakan kerisauan yang nyata.

Contoh yang mudah, penguasaan Dakwah Fardiah. Maka jika seorang itu beramal dengan kepekatan, kepantasan dan kesibukan dakwah fardiah pada format Universiti selama 20 tahun, bolehjadi mereka menyangka itulah asolah fikr/keaslian fikrah yang dicari. Sedangkan perubahan semasa menuntut pengurusan Tawasul Ijtimae dan Rabtul Aam.

Hasilnya, mereka hanya mengenal dakwah fardiah dan dakwah aammah tanpa mengenal penghubung antara keduanya.

Mereka berhujah “inilah cara berkesan yang sekian lama perlu dibuat?? Terbukti berkesan, apa masalahnya??”

Hasilnya, pelajar di universiti dapat diajak berukhuwwah dan beragenda kerana mudah untuk didakwah fardiah mahupun diadakan dakwah aamah (program umum) namun sesuatu malapetaka berlaku dalam masa yang sama.

Kegagalan berdakwah dan mentarbiah jiran sebelah rumah yang bersama dengannya dalam tempoh 20 tahun beliau melakukan dakwah fardiah universiti..

Bukankah Musab ketuk pintu semua rumah di Madinah? Beliau hanya mampu mengetuk pintu asrama dan gagal mengetuk pintu rumah jiran…

Amat malang…

Isu Maqasid dan qiym – nilai tanpa dalil

Di dalam penghujahan sistem barat, mereka akan menggunapakai nilai secara mutlak, dan undang-undang dan aturan akan mengambil nilai tersebut.

Contoh nilai “kesamarataan mutlak”, maka semua perkara akan diperjuangkan ke arah kesamarataan, dan seolah nilai kesamarataan ini tiada sempadannya. Contoh samarata dari sudut seksual, maka pelaku maksiat seksual LGBT adalah sama dengan manusia normal.

Ini salah dari semua sudut, di dalam Islam pelaku maksiat tidak boleh mendapat hak atas maksiat yang dilakukan. Maka haram perkahwinan sejenis. Mereka kata ini diskriminasi atas cinta kerana cinta tidak mengenal batas dan perbezaan, itu utopia. Hakikat cinta adalah mencintai sesuai dengna redha Allah. Maka hak yang tercabul adalah meninggalkan Allah dan bukannya perkahwinan sejenis.

Dalam islam ada maqasid dan qiym (taqwa), ada muslimin yang jahil menggunakan maqasid ini sama seperti penggunaan nilai didalam kerangka barat seperti berikut :

1. Maqasid dan qiym (taqwa/nilai islami) berdiri tanpa dalil khusus. Contoh menjaga agama dengan merujuk sifat pemerintah. Begitu banyak dalil syarat no1 adalah muslim, maka ditinggalkan semua dalil ini dan mengatakan nilai yang dituntut adalah keadilan. Maka keadilan itu adalah pada tafsiran barat juga tanpa merujuk maksud keadilan ialah menurut arahan Allah SWT. Apatah lagi melihat sudut keadilan juzriy bukan wadzifi yang merupakan asas keadilan dalam Islam.

2. Maqasid dan Qiym adalah diekstrak secara istiqraie dengan penilaian dalil menyeluruh. Apa yang dilakukan asalah menggunapakai dalil yang teramat umum seperti “rahmat sekalian Alam” dalam semua perkara khusus atas alasan nilai “rahmah” yang ada. Tanpa menggunapakai metodologi yang betul. Kaedah satu dalil ‘nilai’ diaplikasikan kepada semua adalah kaedah barat dalam menetapkan nilai. Sedangkan di dala. islam ma’aalaat mempunyai kaedahnya yang tersendiri.

Wallahu aalam