Satu perkara yang menarik mengenai manusia adalah default kepada manusia hanyalah boleh difahami melalui Quran dan Sunnah.
Dan segala perjalanan empirikal memahami manusia berkaitan ilmu jiwa dan sebagainya sebenarnya adalah gap yang diisi antara realiti ke arah penjelasan default tersebut dengan lebih jelas.
Default yang ingin ditekankan adalah “pengembangan” atau peningkatan.
Nabi bersabda “sesiapa yang sama dua harinya maka, dia telah tertipu”
Jelas, sebagai contoh dalam kehidupan pembelajaran, jika duduk didarjah satu misalnya untuk satu tempoh, maka pasti dia akan bosan. Seorang yang berkareer, duduk sebagai eksekutif tanpa peningkatan bidang tugas, tanpa cabaran baru, tanpa kenaikan gaji yg siginifikan…pasti akan menghadapi masalah hidup, pasti akan mendapat sakit jiwa.
Bererti pengembangan adalah default berdasarkan hadis di atas.
Soalan, jika begitu maka adakah ada pengulangan di dalam Islam? Bukankah solat itu sendiri pengulangan? Jadi bercanggah atau bagaimana?
Ibadah-ibadah harian benar repitasi, namun cabaran yang dihadapi di dalam hidup untuk dibawa mengadu kepada Allah di dalam solat-solat kita bukankah tidak berulang?
Solat menjadi tawar andai repitasi tersebut tidak berjalan seiring aduan kehidupan kepada Allah.
Namun menjadi lebih tawar andai kehidupan yang ingin diadukan kepada Allah sudah berhenti menerima perubahan, sudah menjadi statik.. statik.. statik..
Sudut yang merisaukan adalah statiknya di dalam urusan dakwah.
Hidupnya mengulangi usrah yang sama berminggu-minggu, tiada nafas baru, tiada perbincangan baru, tiada kemaskini fikrah, soalan yang dibawa boleh digoreng semula sejak 10 tahun lepas semenjak mula mengikuti usrah.. kemana nafas dan ruh kehidupan andai ini yang berlaku?
Banyak faktor untuk dikenalpasti, antaranya :
- Kekurangan penguasaan bahan bahan tarbawi dan ulum syarak.
- Kedudukan fikrah dan perbincangan kekal dalam keadaan tawar dan tidak berkembang. Walaupun IHAB meletakkan batu asas, dan menjadi tanggungjawab generasi seterusnya memberi kesegaran berterusan dengan syarahan dan qawaid yang realisitik.
- Dakwah yang hambar.
- Mentarbiah umat masih sangkut kepada nak ajak satu dua individu ikut usrah di sesebuah universiti misalnya, sedangkan jiran disebelah tidak pernah cuba didakwah. Metod mengajak anak-anak taman tidak dikenalpasti. Bermain bola masih dengan peminat lama. Arus dakwah yang harian kekal dalam bentuk yang sama semenjak 5-10 tahun lepas. Maka, dakwah hambar membawa kepada tawarnya institusi tarbiah. Sedangkan andai cuba dikaji dan disusun manhaj pentarbiahan ummah dengan beberapa jenis kelajuan (laju ; universiti, perlahan; 40-an) contohnya pasti perasaan tawar akan hilang.
- Hilang fokus.
- Pada awal hidup di dalam arena dakwah, dihadapan kader-kader dakwah hanyalah belajar, berbakti kepada ibu bapa dan dakwah. Maka cita-cita yang ada tulus murni, fokus amat tajam, mata tidak melihat perkara lain melainkan dakwah. Namun menyeramkan tatkala hidup berkareer, apabila dua keadaan di atas berlaku…
- Bahan-bahan tarbiah yang segar sudah dikhatam, bahan-bahan kompleks tiada skil, kehendak dan program disusun untuk khatam…maka aspek fikrah di dalam program dilihat sudah tawar dan hambar, ditambah dengan penyusunan dakwah yang masih tidak tajam, hasilnya fokus yang ada mula diputarkan kepada aepek lain seperti kerjaya dan keluarga.
- Kalau diawal penglibatan mudah sahaja mengurus jadual, makin kaya dan maju dalam kareer tampak makin sukar nak susun. Walaupun kelihatan duit sudah tidak menjadi isu, jadi apakah isu untuk tidak bergerak? Nampak ideal, tapi bukankah kita bermula dengan sebuah ideal dan perlahan-lahan kita susun satu persatu bata menjadikan ianya mampu dibina..
- Cita-cita dunia tidak salah, tapi cita-cita dakwah? Tampak sudah sunyi…. bersembang cita-cita dakwah kelihatan ganjil dan pelik pula….
Tulisan umum ini, sekadar refleksi dan tiang memaksa diri sendiri menjadi insan cekal.
Ialah, di awal kerja dunia ni bertujuan survival sahaja, bila sudah ada kemampuan untuk membeli itu ini, kemampuan untuk ‘melabur’ dan sebagainya… seram tatkala cita-cita terhakis…. cita-citalah yang sentiasa membawa perubahan dan kesegaran di dalam apa-apa aspek kehidupan, bukankah begitu?
Benar, sebahagian punca kembali kepada penyusunan tarbiah dan aspek perancangan dan gerak kerja dakwah, namun andai seorang bercita-cita dakwah maka dua perkara ini difahami dan tekad untuk diselesaikan.
Kembali, apa cita-cita kita? Muhasabah.. moga Allah mengekalkan hati ini. Amiin.