Perubahan, Tarbiyah dan Qudwah


  1. Perubahan daripada Tarbiyah bukanlah semata pembacaan bahan, dan bukanlah semata pembentangan, tetapi yang lebih memberi kesan mendalam adalah Qudwah dan Pengaruh Pemimpin terhadap organisasi. Maka dapat diperhatikan beberapa “mazahir”/fenomena yang konsisten seperti berikut;
    A. Apabila seseorang anak buah mempunyai masalah, maka dia akan kembali kepada “masul” atau Qudwah yang beliau hormati.
    B. Perubahan setiap individu pasti mempunyai “jalur-jalur” Naqib yang boleh dikenalpasti akhlak mulia dan tabiat yang diwarisi.
    C. Kecenderungan Penggerak-Penggerak di Timur Tengah yang mencari “sanad-sanad” di dalam Tarbiyah, bagi mendapatkan faedah, ilmu, dan fikrah melalui Qudwah-Qudwah yang diwarisi.
  2. Sebahagian Qudwah berjaya menembusi bukan sekadar tahap Usrah dan “Katibah” tetapi mencapai tahap Qudwah Kawasan, dan Qudwah Nasional. Mazahir yang membawa kepada kesimpulan ini seperti;
    A. Thabatnya penggerak-penggerak Ikhwan Muslimin bukanlah kepada dalamnya fikrah yang dilalui, tetapi kesan daripada Qudama’ yang mewariskan, Qudama’-Qudama yang telah pergi menjadi inspirasi dan meniupkan ruh perjuangan luar-biasa berbanding taujihat mereka yang masih hidup.
    B. Contoh individu adalah seperti Syeikh Ahmad Yassin, beliau menjadi Qudwah sepanjang zaman yang berterusan meniupkan ruh perjuangan di dalam Hamas, walaupun beliau telah pergi lebih belasan tahun. Namun Qudwah ini kembali kepada usaha tanpa henti beliau semasa hidupnya, di mana dari sekecil-kecil masalah di Gaza (Isu kejiranan dan rumahtangga contohnya) sehinggalah kepada sebesar-besar masalah (perjuangan dan jihad) semuanya mempunyai sentuhan beliau yang tidak lelah menyumbang berkorban untuk umat di Gaza. Inspirasi beliau menjangkaui Harakah HAMAS, dan menjadi insan yang menghidupkan Gaza dan hati-hati diluar Palestin.
    C. Fenomena yang sama turut dilihat kuat kepada Ikhwan Muslimin di Mesir. Apabila terkenangkan semangat juang Hasan Al-Banna, Syed Qutb, Mustafa Masyhur, maka intima’ dan wala’ serta perjuangan akan terus dinyalakan, walaupun “dos” Fikrah/Bahan, dan program amat minima.
  3. Persoalan di Malaysia bagi mencapai OBI2040 adalah, adakah kita akan turut menanti pemergiaan Tokoh-Tokoh yang mengakar umbi di dalam Harakah dan Masyarakat untuk pergi barulah tercapai objektif dakwah dan ketamadunan?. Sepertimana yang kita tampak di dalam Harakah yang sudah lama seperti PAS, di mana sebahagian besar cukup kuat ikatannya hanya dengan mempertingati Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tn Guru Hasan Shukri, Almarhum Ust Fadzil Noor, Dr Burhanudin Al-Helmy, dan lain-lain.
  4. Walaubagaimanapun hasil yang sama MUSTAHIL untuk diperolehi melainkan dengan sumbangan dan jasa yang ikhlas, secara istiqamah ke dalam ummah dan harakah, barulah pemergian seseorang akh di dalam perjuangan menjadi nadi kepada kebangkitan dan kesatuan (serta intima’ dan wala) Ummah.

Tinggalkan komen