Apabila tidak mengerti kenyang…sumbat dengan tanahlah !


Barisan Nasional yang memerintah selama 60 tahun akhrinya kecundang. Banyak faktor yang menyebabkan kejatuhan Barisan Nasional namun yang menariknya perdana menteri Malaysia yang dilantik adalah dari rahim Barisan Nasional.

Beberapa pengamatan menarik dari kegagalan Barisan Nasional mengekalkan kuasa adalah antaranya adalah kerana tidak pandai mengatakan cukup, bagi DS Najib. Ya, beliau bertakhta, namun apabila sampai waktu perlu turun, perlu sedar diri perlu dikorbankan untuk parti UMNO dan Barisan Nasional, namun apakan daya mungkin hati dah terlalu melekat.

Ramai penganalisis mengatakan kalau DS Najib ditukar dengan Hishamuddin atau Zahid Hamidi sepertimana Tun Mahathir meletak jawatan dan memberi laluan kepada Tun Abdullah. Zaman Tun Mahathir dahulu Tun Abdullah dikenali sebagai clean person, pada zaman DS Najib pula boleh dikatakan Hishamuddin dan Zahid Hamidi kedua duanya mempunyai jasa yang jelas dalam tempoh pemertinahan terkini, Hishamuddin dengan pengurusan MH 370 dan Zahid Hamidi untuk krisis Lahad Datu. Namun apakan daya tidak mampu mengatakan berhenti.

Bagi saya beberapa video viral dimana Tun berulang kali menceritakan kisah ibunya tentang makanan.

Ibu beliau berpesan “Bila dah rasa sedap, berhenti”

Ringkas, tapi saya rasa cukup menggambarkan disiplin dalam menilai sesuatu perkara untuk memanjangkan kekuasaan, kesihatan dan lain – lain perkara.

Disiplin untuk mengatakan berhenti !.

Itu yang Tun lakukan ketika menyerahkan kepada Tun Abdullah, disiplin untuk mengatakan berhenti dikala tengah ‘sedap’. Dan itulah yang tidak mampu dilakukan oleh DS Najib.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s