Minggu ujian maksima, Alhamdulillah


Ujian pada minggu ini sangat mencabar. Kekalutan yang dihadapi melangkaui apa yang dihadapi pada tahun ini secara umum.

Sakit yang sudah lama tidak hinggap datang pada minggu ini.

Permaisuri yang sedang berpantang dalam keadaan pertama kali caeserian dirumah.

Di ofis pula dengan pelbagai kerja yang agak berbeza berbanding sebelum ini..

Amal yang semakin rancak dengan deadline malam Pejuang dan sebagainya…

Mudah cerita, ini tahap sangat mencabar..

Malah banyak perkara sangkut dengan kesihatan yang suram, dengan Jerebu yang teruk pula mengatakan pada diri, Allah menguji kamu…..

Bila dilihat disekeliling, anak anak yang menceriakan, isteri yang menenangkan, ikhwah yang memahami, keluarga yang mendokong, dan lebih daripada itu Allah yang maha mengasihani, maka apakah nikmat tuhanmu yang ingin engkau dustai?

Senyap hati sebentar.

Ini hanyalah ujian kecil, bukannya perajurit dimedan perang lagi. alhamdulillah Allah maha menguatkan hambanya. alhamdulillah.

Advertisements