Sarawak for daie Sarawakian


image

Semalam, saya berpeluang berjumpa denga seorng Sarawakian, seorang pelajar UiTM Kota Samarahan. Nama beliau Thaqhif.

Beliau pada sepanjang perbualan dikedai makan, beliau senyap sahaja.

Ketika beliau menghantar saya ke hotel beliau berkata :

“Ustaz, saya syukur kenal PEMBINA, saya Sekolah Mubaligh, hidup takda erti, tiada feel. Bila mula mengerti hidup perlu berdakwah ikut Nabi, saya rasa hidup ini bererti dan begitu syukur Allah menunjuk jalan”.

Saya ketika mendengar telahan beliau, melihat seorang yang lebih muda dan hijau berumur 20 tahun, dgn pengalaman dan fikrah yg sedikit namun jauh lebih menghargai dakwah berbanding diri yang sudah hampir belasan tahun ikut Usrah..

Satu sahaja kesimpulan saya, didalam dakwah IKHLAS dan TULUS akan membawa kita pergi jauh, dan pantas, lebih dari yang kita mampu bayangkan.

Lebih mengharukan, beliau berkata hanya kecintaan sepenuhnya untuk berdakwah di Sarawak mampu selesaikan krisis umat Islam Sarawak.

Sembang sembang dikedai makan tadi bersama akhi Nizzal seorang yang berjuang untuk dakwah Sarawak walaupun bukan berasal dari Sarawak. Maka Thaaqif berkata “akhir sekali kami akan kekal diSarawak dan bangunkan dakwah disini”- bukan perkataan asal, mafhumnya begitulah akhi Nizzal juga apabila tekad dengan semangat cintakan Borneo beliau berjaya memacu dakwah dengan lebib tinggi, ni’ma ajrul aamiliin

Diakhirnya apabila sampai di Jalan Simpang Tiga dan tiba dihotel, saya berpisah dengan beliau dengan penuh kepercayaan, dengan daie – daie sebegini dakwah suatu tempat bakal naik tinggi.

Diakhiri malam tersebut dengan perasaan insaf dan cemburu..

Aku ketika berumur 20 tahun masih bermain-main dengan hidup..namun seorang yang hijau dengan keikhlasan beliau, sudah mampu menjadi lebib matang dari diriku dari sudit hati yang cintakan dakwah.

Ya Allah, banyak perlu aku ubah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s