Mengapa Ust Abdullah Zaik dituduh? ….semakin jelas sebuah hipokrasi.


10392314_742171442487267_4829813652878782599_n

Mengapa Ust Abdullah Zaik dituduh dengan sedition act oleh mereka yang despise akta tersebut dan berusaha untuk menghapuskan akta tersebut?

Sebuah self refuting ideas, yang jelas kontradiknya. Biasanya ianya akan selari dengan attribute seorang yang hipokrit.

Ibarat seorang yang meminta supaya dilarang menggunakan pisau didalam rumah ini kerana ianya bahaya, pantas terbukti dialah antara paling awal mengambil pisau tersebut dan menikam siapa sahaja yang mereka inginkan. Itulah DAP. Dalam situasi sekarang agak jelas.

Ditambah terkini, dengan promosi dan sindiran pesat arak ‘Oktoberfest’ . Kononnya pada awal mencela siapa yang menghalang perkara tersebut kerana tidak menjaga sensitiviti mereka yang ingin hadir ke program tersebut, dan diakhirnya merekalah yang tidak menjaga sensitiviti orang Islam yang tidak mahukan budaya minum arak di Malaysia berleluasa.

Kelompok sebegini bukanlah yang pertama didunia. Kisah orang munafiq dalam surah Al-Baqarah dengan jelas seperti ayat 11 dan 12 menceritakan  self refuting ideas . Apabila pihak munafiq mengatakan “Ye kamilah pihak yang akan membuat kebaikan (supaya tidak melakukan fasad) ” sesungguhnya “merekalah orang yang melakukan kefasadan”.

Itulah sifat kemunafikan…hipokrit.

Jadi mengapa Ust Abdullah Zaik?

Saya petik tulisan Ustaz Fauzi Asmuni, Naib Presiden ISMA, kerana kegagalan saya mengatur ayat yang lebih baik :

Hakikat Pertuduhan Terhadap Presiden ISMA

1. Telah selesai sesi sebutan pertuduhan ke atas Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman. Mahkamah Sesyen Kajang menetapkan 18 Julai untuk sebutan semula pertuduhan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan wang ikat jamin sebanyak RM 5,000.00.

2. Ustaz Abdullah dituduh melakukan hasutan atas aduan kepada polis yang dilakukan terhadapnya oleh Lim Lip Eng, seorang ahli Parlimen DAP. Beberapa perkataan yang digunakan oleh Ustaz Abdullah seperti ‘Cina dan Inggeris penceroboh’ telah dijadikan alasan aduan tersebut.

3. Sebahagian rakan-rakan dari NGO lain menyokong Ustaz Abdullah atas kenyataannya. Manakala ada juga rakan-rakan dari sesetengah NGO yang menasihati agar Ustaz Abdullah dan ISMA berhati-hati agar tidak lagi mengucapkan apa-apa perkataan seperti penceroboh dan seumpamanya.

4. Adakah Ustaz Abdullah terpaksa berhadapan dengan proses mahkamah hari ini semata-mata kerana perkataan ‘penceroboh’? Adakah yang tersinggung itu Lim Lip Eng sahaja atau siapa sebenarnya di belakang beliau?

5. Ustaz Abdullah hanyalah seorang individu yang dihadapkan ke mahkamah mewakili umat Islam yang mempertahankan kedaulatan negara dan perlembagaannya. Lim Lip Eng adalah seorang ahli Parlimen DAP yang mewakili DAP dan sekutunya. Ini bukan pertembungan antara dua individu tetapi pertembungan antara peruntuh kontrak sosial dan perlembagaan melawan pihak yang mempertahankan perlembagaan dan kedudukan Islam Melayu.

6. Perkataan ‘penceroboh’ hanyalah alasan pertuduhan. Ustaz Abdullah, ISMA, PEMBELA dan lain-lain NGO Islam sebelum ini telah menentang agenda Evangalist, agenda golongan liberal, tuntutan IFC, tuntutan Comango dan lain-lain usaha DAP dan sekutunya untuk mengubah perlembagaan negara. Siri-siri penentangan terhadap agenda DAP itulah sebenarnya punca kenapa mereka berusaha mengheret Ustaz Abdullah ke mahkamah. Selepas Ustaz Abdullah akan ada mangsa seterusnya atas pertuduhan-pertuduhan yang mungkin berbeza pula.10613070_293654274179071_3148648229695648273_n

Hukum pertembungan ini memang suatu yang benar.

Bukalah lembaran sejarah tulisan Ibnu Katheer didalam Al-Bidaya wa’l-Nihaya dari sejarah Nabi Adam sehinggalah ke akhir kurun ke – 8 yang dicatat sehinggalah ke Newton’s third law of motion didalam Philosophiæ Naturalis Principia Mathematica. Akhirnya seolah semua perkara ada berlaku pertembungan.

Jadi persoalan terakhir yang patut dibahaskan bukanlah Mengapa Ustaz Abdullah Zaik, tetapi seperti apa yang dinyatakan di akhir ulasan Ustaz Fauzi ;

7. Persoalan yang lebih penting dari semua di atas; penggerak NGO Islam, pemimpin parti politik orang Islam, tokoh masyarakat, cendekiawan Islam, golongan ulamak dan masyarakat Islam keseluruhannya …… di pihak manakah sepatutnya mereka? 

Ditambah dengan hipokrasi yang nyata, masih kita tidak nampak. Jadi didalam semua ini mungkin persoalan lain yang lebih awal patut ditanya, dimanakah hidup kita sebenarnya. Jika didalam mereka yang ingin menanam Islam pun tidak diluar pun tidak..dimanakah sebenarnya  kita?.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s