Minyak 20 sen, GST dan sikap amanah yang hilang


 

1. Pengurangan subsidi minyak dan perlaksanaan GST merupakan beberapa tindakan kerajaan Malaysia yang kontrovesi pada tahun 2014. Namun ada beberapa isu berkait yang tidak menjadi fokus kepada rakyat walaupun ianya juga adalah isu yang besar juga.

2. Apabila isu subsidi dan GST dinaikkan dari perspektif ethic, sentiasa dibangkitkan sikap amanah dalam penyempurnaan tanggungjawab. Apabila distributive justice tidak diteliti, maka kelihatan yang kaya terus kaya, middle class terperangkap dan yang miskin kekal miskin. Persepsi bahawa keadilan tidak tertegak adalah betul, namun apabila meneliti punca masalah kebanyakan kita kembali kepada kesimpulan “ketirisan merupakan punca segala masalah”.

3. Tanpa menafikan isu ketirisan yang juga merupakan hakikat, tetapi kritik saya adalah apabila subject matter dalam soal ketirisan dan hilangnya amanah hanya kembali kepada pemerintah tanpa melihat pihak lain yang memberi kesan dalam kemelut yang disebut di-point kedua. Untuk berbicara mengenai ketirisan kerajaan maka carilah ratusan artikel lain yang berbicara mengenainya disini sudut pandang hilangnya amanah dipihak lain menjadi fokus utama.Greed

4. Hakikat perlaksanaan dan kesan terus kepada pengguna (marhaen) kita selalu terlepas pandang kedudukan peniaga yang mengambil keuntungan melampau didalam perniagaan mereka. Adakah kerajaan mampu mengawal mereka? Ataupun kerajaan perlu memberi ruang sebesar – besarnya kepada mereka dibawah kerangka hak asasi individu?. Ini merupakan sebahagian persoalan yang muncul bila menceritakan isu kenaikan barangan runcit.

5. Contoh mudah untuk memahami argumen saya adalah begini, margin kenaikan minyak adalah 9.5 % (20 sen per harga sebenar sebelum naik RM2.10), persoalannya adakah harga barang yang naik selepas pengurangan subsidi adalah berdasarkan 9.5 % lebih pada kos kenaikan minyak kepada kos perniagaan secara actual (sebenar) mahupun indicative yang hampir kepada kos sebenar. Ataupun peniaga akan melihat ini sebagai peluang dan menaikkan harga runcit melebih 9.5 % daripada kos minyak?.

6. Disini isu amanah dan ketirisan timbul. Ditambah konsep jual beli yang digunapakai meluas adalah konsep bai’ musawamah, dan bukannya bai’ amanah seperti konsep murabahah, tauliah mahupun wadhi’ah. Dalam konsep musawwamah peniaga tidak perlu menyatakan margin keuntungan daripada perniagaan tersebut, cukup sekadar wujudnya keredhaan daripada kedua belah pihak. Adapun konsep bai’ amanah seperti murabahah, margin keuntungan adalah diisytiharkan sebelum urus niaga selesai. Malah segala nafaqah (kos selanggara dan sampingan) adalah telus dan diisytiharkan oleh penjual kepada pembeli sebelum transaksi selesai dimana dalam isu minyak pembeli akan tahu kenaikan yang dikenakan adakah sama dengan 9.5 peratus ataupun lebih secara melampau.

7. Maka dalam situasi ini (pelanggan tidak mengetahui margin untung) ruang membesarkan margin keuntungan wujud seluas – luasnya untuk peniaga. Bukankah hakikat dan konsep keuntungan dan perniagaan adalah pada keupayaan membentuk dan memanipulasi margin. Disini saya menyokong pandangan Tun Dr. Mahathir dimana menghapuskan BR1M lebih memenangkan rakyat daripada mengurangkan subsidi minyak.

8. Argumen sama juga wujud pada implementasi GST. Konsep input tax credit yang menghilangkan kos cukai berganda pada setiap lapis pada kertasnya cantik dan mampu mengurangkan margin kos yang perlu ditanggung oleh penjual terakhir yang berurusan terus dengan rakyat (seterusnya mengurangkan sebahagian harga runcit barang yang dijual). Namun adakah dengan sistem pengawasan sedia ada mampu mengawal peniaga daripada mengaut keuntungan melampau daripada situasi ini?.

9. Didalam implementasi GST, peniaga berpeluang mengurangkan kos yang ada dengan input tax credit (klaim terhadap cukai kepadanya) dan menaikkan harga barang dengan alasan GST. Apabil kos rendah dan harga makin naik, margin keuntungan peniaga akan meningkat dengan banyak. Adakah peniaga akan melepaskan peluang ini?. Ditambah dengan keadaan pelanggan tidak akan tahu kos sebenar yang berlaku. Yang menjadi mangsa akhirnya biasanya peniaga – peniaga kecil, petani – petani, middle class yang hidup dengan makan gaji, dan para asnaf zakat.

10. Kesimpulannya, andai diatas kertas cantik bagaimanapun, tanpa sikap amanah maka sikap tamak haloba akan menguasai dan merosakkan masyarakat dan negara. Ketirisan yang wujud bukanlah sekadar berpunca dari sebuah parti yang lemah yang sering dijadikan scapegoat dalam semua keadaan, namun berpunca juga daripada masyarakat yang memandang rendah akhlak/ethic dan adab didalam kehidupan seharian. Maka mengkritik memang bagus dan diperlukan, namun yang lebih penting daripada kehebatan mengkritik adalah pembudayaan yang mengakar umbi sikap amanah.

11. Andai didalam semua keadaan ini, jika situasi kita berniaga, adakah kita tidak akan mengambil kesempatan terhadap situasi dan memilih untuk bersifat amanah? Ataupun kita sentiasa melihat semua perkara sebagai peluang dan mengambil kesemuanya sambil memberi justifikasi mudah, “orang lain pun buat”, “ini semua salah kerajaan” ataupun “orang lain sudah kaya bolehlah”.

Maka apa yang membezakan kita dengan ketirisan yang berlaku?.

Niat saya bukan ingin menyuruh semua pihak menjadi badan kebajikan (fokus argumen pada ethic/akhlak vs economy) , dan mengurangkan margin keuntungan sebesar – besarnya sehingga perniagaan lingkup, peniaga adalah peniaga dan kerajaan adalah kerajaan. Maslahah rakyat/aammah adalah dibawah amanah dan tanggunggjawab pemerintah itu adalah hukum yang jelas didalam Islam. Namun untuk membawa kita sedar bahawa bukan sahaja kerajaan yang mampu memberi kesan tetapi sebagai peniaga mahupun rakyat biasa kita juga memberi kesan yang besar kepada kemelut yang berlaku.

Yang mudahnya adalah mencari scapegoat dan menyalahkan semua kepada mereka, yang sukarnya adalah melakukan perubahan walaupun secebis.

12. Kerajaan perlu menjadi kerajaan yang efisien, kompetitif dan amanah. Peniaga dan rakyat juga perlu mempunyai nilai yang sama. Untuk melengkapkan amanah dari sudut pengurusan harga maka zakat perniagaan, sedekah dan perkara yang membantu masyarakat perlu dipupuk juga sesama peniaga dan bukan sekadar dijadikan justifikasi setelah mengambil peluang terhadap marhaen.

Jangan bersikap seolah berkata si-peniaga “Aku bayar zakat untuk mengurangkan rasa bersalah mengenakan harga yang tinggi kepada orang ramai dan menyusahkan hidup mereka”  jika ini yang berlaku adakah masih wujud sikap amanah. Malah lebih teruk daripada tidak amanah adalah dengan zalim tanpa menunaikan hak kepada lain dengan membayar zakat dan bersedekah.

Bukankah Allah telah berfirman :

Capture

dan sesungguhnya pada harta – harta kamu ada hak kepada mereka yang orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta daripadanya

Dengan amanah iaitu etika, akhlak dan adab yang benar , maka hak akan ditunaikan, malah mereka yang dengan jujur membayar zakat dan bersedekah akan memahami keperitan mereka yang miskin dan kesakitan marhaen. Namun mereka yang kekal tamak haloba akan berat untuk membayar zakat, bersedekah, mahupun membantu marhaen. Maka adakah tersisa sifat amanah didalam keadaan itu?.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s