Musafir : menghilangkan ke”poyo”an


Setiap manusia wujud ke”poyo”an dalam diri mereka. Erti kepoyoan dalam konteks yang ingin saya bawa saya simpulan sebagai ghurur, ataupun tertipu dengan diri sendiri. 

Imam Ghazali menyebut didalam ihya’ bahawa ghurur pelbagai jenis dan tertipu dengan diri yang paling teruk adalah ghurur kufur terhadap Allah, kemudian ghurur maksiat dan fasad.

Namun yang nak dihighlightkan disini adalah betapa kita mudah tertipu dengan perjalanan hidup yang rutin.

Seorang yang rutinnya terlalu sama, dengan bermula bangun pagi ke masjid solat subuh, kemudian ke tempat kerja, balik makan malam dan mungkin berhibur sejenak…takkan ada masa untuk berfikir adakah ada kefasadan yang dilakukannya? Adakah ada maksiat yang menjadi rutin hidup beliau?

Ditambah, jadual hidup hari ini bukanlah seringkas itu, dicelah pelbagai rutin terselit rutin – rutin dan komitmen – komitmen kecil yang bila dikumpul, letaklah 25 jam seharipun takkan habis. 

Bayangkan berapa banyak whatssapp, 9gag, facebook, instagram yang menjadi wirid harian kita dicelah kesibukan.

Didalam keadaan inilah saya dapati hidup dipenuhi dengan keadaan poyo/ghurur. Apabila tiada walau sedetik masa untuk berfikir tentang kelalaian diri, maka kita tertipu dengan hidup yang sibuk. Tertipu dengan komitmen yang menggunung sedangkan diakhirnya terlalu banyak kelalaian dan maksiat dicelah semua itu.

Contoh mudah maksiat mata, dicelah semua itu seorang yang mata keranjang takkan sempat koreksi tabiat maka keranjangnya, seorang yang berfikiran lucah pun sama, begitu juga seorang yang menipu takkan sempat insaf dan membetulkan penipuan beliau.

Namun apabila seorang musafir, keadaanya rutin yang lama berubah..kita banyak masa untuk berfikir berbanding melakukan rutin…

Kita lebih banyak masa merenung dengan mendalam berbanding berlari setiap masa mengejar lif, deadline kerja dan anak yang akan pulang dari nurseri, ialah kalau lewat huru hara hidup.

Nikmat berfikir dan merenung kembali diri dan potensi, sambil melakukan benchmarking semula terhadap hidup, perkemas visi supaya lebih jelas.. Dan pelbagai peluang mencapai self awareness adalah rahsia kenikmatan musafir.

Didalam kapal terbang melihat awan yang putih sejauh mata memandang cukup memberi ruang kepada minda untuk berfikir dan hati bermuhasabah.

Malah andai yang ada hanya kehitaman yang nyata diluar tingkap ataupun ketika mata ditutup, juga ruang berfikir dan merenung menjadi istimewa, dimana saya selalu melihat kegelapan itu sebagai koreksi apa kekurangan diri, dimanakah cahayamu yang kamu ingin berlari kepadanya… Perasaan itu hadir, dan seluruh fokus menjadi satu…dan kita semakin mengenali diri.

Tapi andai nikmat ini tidak dihargai, maka tinggallah kegelapan hanya kegelapan, dan perjalanan hanya kepenatan yang bertengkek tengkek.

Dan paling malang, kepoyoan diri kekal menjadi sifat ghurur yang membunuh jiwa.

Advertisements