Dakwah dan strategi


Melaksanakan dakwah secara individu menuntut Daie melakar perancangan individu dengan baik, kemudian melaksanakan rutin produktif secara harian, mingguan, bulanan, dan tahunan.

Apabila Du’at ini bergabung dan bergerak dalam objektif yang sama, maka cara pengurusan berbeza.

Perbezaan sesama mereka dilihat sebagai percambahan idea dan semangat membawa dakwah maju.

Kritikan sesama mereka dilihat sebagai cermin dan catalyst untuk gerak ke hadapan. 

Sebarang masalah dilayan dengan positif dan dijadikan sebuah persoalan ringkas : 

“Apa langkah strategik kita seterusnya?” 

Langkah strategik terbaik, mampu menyelesaikan masalah dan menolak pergi lebih hampir kepada objektif kita.

Cara fikir melihat kepada peluang perlu berjalan dengan dua disiplin dan langkah :


1. Mentaliti dan jiwa pandang hadapan.

– perlu mempunyai dan mendidik jiwa untuk tidak terlalu tersekat dengan masalah, samada masalah itu berbentuk peribadi mahupun kumpulan. 

– mereka yang sentiasa ‘mencela’ dan menyumoah masalah tidak akan mampu bergerak ke hadapan, kerana sikap menyumpah masalah lepas berpunca dari sikap yang tidak ingin maju dan keinginan yang tinggi untuk hidup dimasa lampau. Hiduplah dimasa hadapan yang bakal ditempuh dengan pelbagai kemungkinan dan peluang!

2. Plan, action, Plan, Action

– kitaran tacit to explicit Knowledge dengan praktis dan rancang perlu sentiasa berjalan membentuk sebuah konsep kaizen yang masyhur. Insyallah akan disyarah dipost yang lain.

– asasnya, rancang dengan baik sehingga jelas didalam kepala apa yang bakal berlaku, bumikan perancangan dengan perlaksanaan dan menggarap realiti dan situasi sebenar. Dicerna sebagai pengalaman, kemudian dengan pengalaman tersebut buatlah perancangan yang lebih kemas dan maju.

– dengan fakta bahawa kesilapan masa silam adalah pengalaman, maka ianya diurus untuk tindakan seterusnya dan bukanlah diurus dengan rasa menyesal sahaja. 

Untuk mendidik pada tahap individu perkara ini agak mudah jika seorang itu mampu memahami bahawa dunia sentiasa berubah, dan jika dia tidak berubah dia pasti akan tidak releven.

Namun untuk sekelompok manusia pendekatan instrumen seperti powerpoint, tools seperti strategic planning, balance score card, SWOT, net worth analysis, PESTLE analysis, semuanya wajar digunakan supaya kita mampu menjadikan pengalaman tersebut tersusun dan mampu diambil menjadi panduan didalam melakar langkah.

Maka tidaklah sebuah pengalaman sekadar cakap – cakap di kedai Haji Tapah (sebuah restoren yang masyhur d Bangi) dan sekadar perasaan tidak puas hati.

Nilai maju ke hadapan bermula dengan pemimpin yang ingin maju dan berjiwa besar. Dakwah wajib diurus dengan pemimpin sebegini dan konsep pengurusan yang maju.

Persoalan paling penting, disebalik semua perbincangan diatas, dimanakah kedudukan kita didalam semua ini? Berada dalam kedudukan tidak faham apapun diatas? Ataupun didalam kedudukan yang merasakan ini pentingapi saya “tak mampu” saya “tak layak” dan semua alasan dari mereka yang berjiwa rendak dan lembik.

Umat sudah terlalu tenat untuk melayan kelembikan anda. Semoga kita sedar.

Advertisements