Sembang Merdeka, AlQassam bersama Khayrat dan Sayyid


Dipagi merdeka, bersembang dengan anak anak, betapa perlu bersyukur dengan nikmat kemerdekaan.

Bercerita perlu syukur kepada Allah atas nikmat ini, hidup aman dan damai penuh harmoni. Dekat anak anak ni kita cerita dalam bentuk mudah, sebut boleh jalan dengan selamat tak ramai orang jahat dan lain lain.

Kemudian sambung cerita, bila kita ini umat Islam, kita kena tolong dan doakan untuk mereka di Palestin. Mereka ada orang jahat baling bom dekat mereka, kena tembak dan lain lain.

Kemudian Sayyid menyampuk “lepas tu dia mati kan Abah, kesiaaan” Alhamdulillah anak anak faham qadhaya di Palestin.

Cerita bersambung dengan cerita Power Rangers. Bukan main seronok diorng beruda, tapi itu hanya ‘hook’ untuk point seterusnya.

“Siapa lagi kuat dari Power Rangers?” 

Mereka jawab, Allah ! , adui hook fail.

“Allah memang paling kuat, manusia/orang yg paling kuat?”

Mereka sneyap.. Kemudian khayrat tanya “siapa abah?”

“AlQassam lah!” 

Terus mereka semangat bercerita pada abahnya macam mana AlQassam terer lompat, terer lari, terer tembak, terek lawan org jahat dan diulangi point satu hingga empat beberapa kali. huh teringat macam iklan burung murai.

At the end, ditutup dengan persoalan, “nak jadi AlQassam tak?” Terus semua semangat nak jadi.

Maka munculah projek topeng ringkas ala AlQassam. 

alhamdulillah, dalam keadaan ramai kuasa besar dunia melabel mereka sebagai pengganas dan discredit mereka sebagai tentera terhormat menjaga negara dan kedaulatan bumi Palestin, usaha kecil pada anak kecil ini saya kira ada kesan jangka masa panjang.

Semoga perasaan kebersamaan dalam isu Palestin bukan sekadar dalam memberi sumbangan tetapi pengiktirafan dan kebersamaan terhadap usaha membebaskan Palestin.

Semoga Palestin kembali bebas !

Advertisements