ISMA bukan rasis. Asobiyah mungkin


Dari awal penubuhan sehingga hari ini, ISMA tidak pernah menjadikan RASIS sebagai agenda. Namun usaha mengambil asobiyah sebagai wasilah adalah jelas dengan motto “Melayu sepakat islam berdaulat”.

Keliru?

Ramai keliru kerana seolah kedua istilah ini adalah sama dari sudut intipati dan praktis.

Ringkasnya, rasis merupakan konsep barat yang jelas dengan menganggap bangsa lain lebih mulia dan membenarkan apa – apa kezaliman dalam perbezaan ini, dimana bangsa yang mulia bisa menindas bangsa yang lebih hina. Setakat pembacaan dibeberapa kamus (Oxford, Cambridge dll) itulah yang difahami.

Jika dilihat konsep ini berkembang lebih mekar dengan pengenalan konsep natural selection dalam kerangka fikrah evolusi  Darwin. Dimana manusia merupakan hasil evolusi.

Lanjutan perbincangan teori ini mencadangkan bahawa bangsa yang lebih maju adalah lebih mulia dan telah terpilih secara semulajadi, sehinggakan membawa kepada persepsi bahawa bangsa lain adalah hina sehina haiwan.

Siapa yang mengkaji isu ini pasti sedih dengan kisah Ota Benga. Dipamerkan seperti haiwan tanpa perikemanusiaan.

Fahaman rasis ini berkembang sehingga lahirlah golongan Fasis radikal seperti Mussolini yang mendakwa ingin mengembalikan keagungan rom dan menggunakan faktor ras Rom sebagai kekuatan membina empayar tamadun. 

Maka mereka berubah menjadi kejam dan zalim terhadap bangsa selain mereka dengan kekejaman yang dasyat.  Begitulah juga Nazi dan lain – lain. Disini konsep litaarafu, sangatlah sesuai diguna pakai, yang mana membawa kepada kesamarataan bangsa dan membezakan hanya taqwa.

Persoalan yang nak dibawa disini, adakah konsep rasis ini yang dikaji dan dijadikan sumber rujukan ISMA dalam membawa agenda melayu islam dibumi Malaysia? Adakah benih – benih kebencian seperti fasis dan nazi yang bertunjangkan kemuliaan kaum secara “natural selection” dan membenarkan menghina kaum lain secara mutlak ini asas perjuangan intipati ISMA?

Tentu tidak. 

Jadi apa beza dengan “semangat perpaduan Melayu” yang ingin dibawa ISMA.?

Asa yang dibawa telah dibincangkan dan disyarah panjang didalam beberapa siri muzakarah umum, beberapa konvensyen, kolokium, dan ratusan ceramah. 

Diambil dari pemahaman Quran dan Sunnah yang syumul dan melihat aspek ijtimaie dan dibawah helaian helaian tulisan Ibnu Khaldun, Imam Juwaini dan Imam Albanna (serta imam imam yg lain) dibawa konsep “asobiyah” dalam membentuk “syaukah” untuk mendaulatkan Islam.

Secara ringkas asobiyah itu adalah sebuah hakikat tautan kaum yang sedia ada. 

Ianya merupakan sebuah bentuk kekuatan, yang mana jika diguna untuk keburukan maka buruklah ia, dan jika diguna untuk kebaikan maka baiklah ia. Seperti pedang dan meriam. Ikutlah dimana ianya dihunus dan dihala.

Seperti mana sejarah Islam, semua khilafah itu sendiri dinamakan atas nama “asobiyah” yang wujud. Bukankah Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah itu nama nama asobiyah? Kenapa tak pakai Islam sahaja?

Disitu Ibnu Khaldun menjawab syarat tertegaknya kekuatan perlukan “syaukah” sokongan kaum. Secara ringkasnya begitu. 

Enggan saya ulas panjang kerana tujuan pos ini untuk membezakan dua konsep ini. 

Jadi tidakkah jelas perbezaan keduanya?

Rasis adalah sebuah konsep barat yang jelas menzalimi, kalau ingin dikaitkan dengan asobiyah maka ianya bukan asobiyah mutlak(tanpa subset/tanpa terikat) tetapi muqayyad(terikat) dengan lafaz jahiliyyah iaitu asobiyah jahiliyah

Jadi ISMA tidak rasis, tidak secara prinsip dan amali, asobiyah – mungkin dan itu tidaklah salah melainkan jika tujuannya salahdan bukan untuk menegakkan Islam. Jelas.

Mungkin akan ada yang mendakwa saya rigid dengan istilah arab, ikutlah nak cakap apa, saya berbangga dengan khazanah Islam. Kalau itupun salah, jelaslah siapa yang rigid.

Masih keliru ?

Mudah sahaja, boleh jadi anda masih terperangkap samada dengan rasis konsep barat, atau dengan kelemahan UMNO dalam membawa asobiyah, ataupun anda memang dari awal tak nak berubah dan ingin kekal tidak memahami.

Harapnya janganlah dibina didalam kepala KERANGKA FAHAMAN BARAT RASIS dalam menilai isu bangsa.

Dan pantas menyusun segala macam dalil mahupun kitab menolak bangsa walaupun secebis. Habis segala konsep sosial dan Islam dirosakkan dalam kerangka barat tanpa kaedah asas usul fiqh dan tafsir sedikitpun.

Malah mula melabel semua org yang sayangkan bangsanya sebagai rasis dalam kerangka barat. Islamiklah sedikit.

Masih keliru? Saya jelas.

Akhirnya kalau anda masih memilih untuk merosakkan konsep sosial dan islam secara mutlak, silakan itu pilihan anda. Saya pilih untuk “melayu sepakat Islam berdaulat” kerana berfikir untuk membina gagasan dakwah yang lebih besar dan bukan sekadar ingin syok sendiri berhujah diinternet.

Ingat rasis bukanlah asobiyah. Beza tu, dan ISMA tidak rasis, fullstop.

Advertisements