Mengapa hukuman bunuh? cerita Machiavelli, Firaun dan Dajjal


10155080_10201757632168671_2054415171_n

Mengapa hukuman bunuh? 

Soalan yang mudah dijawab apabila deduksi dilakukan dengan mudah dan terus.

Pertama senaraikan apakah hukuman yang bisa dijatuhkan :

  1. Nasihat
  2. Kurung didalam rumah.
  3. Penjara
  4. Siksa
  5. Buang negeri
  6. Bunuh

Carilah dari mana – mana kitab, samada yang Islam mahupun Jahiliyah, inilah hukuman yang bisa dijatuhkan kepada pesalah. Dari kitab ahkam sultaniyah, nidzom qadhaie sehinggalah ke Machiavelli, pilihan antara ini sahaja.

JIka kita deduksikan mengapa tidak pilih nasihat? kerana jelas mereka takkan mendengar kalimah batil dan tunduk pada kebatilan.

Mengapa tidak kurung didalam rumah? Jelas kerana rumah tidak akan mampu menyekat kemaraan nasihat serta seruan halus dan lembut mereka kepada masyarakat.

Begitulah sehingga ke Buang negeri, semuanya tidak akan mampu menyekat dakwah dan nasihat mereka. JIka tidak sudah cukup dengan buang negeri seperti yang dilakukan kepada Komunis diMalaysia suatu masa dahulu, dengan mereka dibuang negeri fahaman komunis luput sedangkan dahulu mampu memberi ancaman kepada penajajah Jepun.

Bunuh?

Machiavelli bercerita cara fikir orang yang bersalah, lemah, bodoh, rosak namun ada kuasa ditangan, dalam masa sama takut hilang kuasa :

“Apabila, kamu memukul seseorang, maka pukullah mereka sehingga dia tidak mampu bangun,

Kalau dia mampu bangun, maka bunuhlah mereka,

Jika selepas membunuh mereka, keluarga mereka bangkit membalas dendam, maka bunuhlah semua ahli keluarga mereka”

Sejarah orang yang bodoh, pengecut, zalim dan rosak ternyata berulang kembali. Selepas perginya seorang syaitan dan firaun, kembalilah syaitan dan firaun yang lain.

Apakah kita masih menunggu Dajjal baru percaya mereka yang memperjuangkan Islam akan diuji?

Advertisements

One comment on “Mengapa hukuman bunuh? cerita Machiavelli, Firaun dan Dajjal

  1. Hayani Mhd Nor berkata:

    Islam juga menetapkan hukuman mati kepada mereka yang melakukan dosa besar. Contohnya, hukuman mati kepada seorang pezina yang telah berkahwin dan telah terbukti bersalah dengan disaksikan oleh 4 orang saksi yang boleh dipercayai. Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s