Refleksi dunia 2013


Boleh dikatakan dunia pada tahun 2013 merupakan salah satu fasa yang menyaksikan kebodohan, kezaliman dan kefasadan yang berleluasa pada hari ini.

2013 menyaksikan keadaan umat Islam dijajah , dibunuh dan dieksploitasi tidak berubah.

Pihak yang ingin merosakkan umat islam kekal merosakkan dunia.

Malah menyaksikan kerapuhan sistem – sistem yang sedia ada pada hari ini.

Sistem kewangan kapitalis yang berkali – kali diselamatkan dengan wang curi daripada rakyat sendiri. Beberapa kali kita lihat bailout dilakukan dinegara – negara eropah dan Amerika. Mereka cuba merawat dengan pelbagai sistem sokongan dan pelan pelan canggih dari German yang mengetuai pasukan penyelamat itu. Malah dalam masa sama, German diheret sekali dalam krisis yang pada asalnya hanya menular diAmerika dan GB. Merebak dan tersu merebak.

Penyelesaian sebenar masih tidak diambil, mereka perlu hidup pada nilai dan kemampuan sebenar mereka.

Kekayaan palsu hasil penjajahan selama 600 tahun dan eskploitasi negara – negara umat islam akhirnya nyata rosak danrapuh kerana ketamakan dan hawa nafsu yang tidak terbatas. 

Jika individu kita boleh kategorikan sebagai “live above their means” negara juga boleh dilihat dengan kecairan! Nilai inflasi, dan perbelanjaan negara tersebut. Malah kita boleh juga katakan bahawa budaya eropah dan barat yang kelihatan super kaya itu hakikatnya rapuh dan penipuan dengan sistem kekayaan yang terbina hasil kezaliman berkurun lamanya dan penindasan terhadap masyarkaat lain. Ialan mana – mana negara yang tidak bersama dalam siri perang duniadan siri imperialism tidaklah semaju negara yang menjajah dan mengeksploitasi negara lain, ini sebuah hakikat yang jelas.

Pada hari ini pula, kemelut kewangan diAmerika memaksa mereka menekan negara – negara membangun dengan perjanjian – perjanjian korupseperti TPPA. Cubaan menjajah ekonomi ini sangatlah hina dan jelas kelihatan samseng dan penjajahnya sifat Amerika yang kekal tidak berubah. Ini belum lagi kita bincangkan mengenai patriot act dan lain – lain.

Malah pembunuhan yang berlaku dinegara – negara umat Islam disenyapkan dunia dan kelihatan remeh. Seolah kehilangan beberapa juta ringgit lebih berharga dari nyawa – nyawa ini. Dan dinegara barat bukan wang lebih utama dari ini, malah Justin Bieber dan gosip – gosip lebih dilihat utama oleh ramai manusia berbanding pembunuhan dan pembantaian yang berlaku.

Falsafah YOLO, hedonisme dan liberalism menjadikan dunia ini penuh dengan orang yang pentingkan diri, tidak berprinsip menggunakan petunjuk ilahi dan cendekiawan jadian yang semakin merosakkan dunia. 

Mesir, Syria, Rohingya, hanyalah sebahagian cebisan dunia yang dizalimi penduduk dunia. Kelihatan keadaan dunia pada hari ini berbanding dunia pada tahun sebelumnya, mungkin keadaan yang paling tepat untuk digambarkan adalah kiamat sudah dekat.

Semoga usaha mereka yang masih ikhlas mengubah dunia diterima Allah dan diberi kekuatan.

Advertisements