Gajet, pornografi dan kematangan


Alhamdulillah baru baru ini diberi nikmat sebuah henfon yang baru. Henfon Samsung yang sudah berusia mencecah tiga tahun sudah tidak dapat berfungsi dengan baik. Selalu tidak dapat menerima dan membuat panggilan, buarpun skrin sudah nampak separuh sahaja, masih boleh digunakan, namun apabila masalah paling asas iaitu membuat dan menerima panggilan tidak boleh berfungsi, maka sampailah masa untuk mencari pengganti.

Apabila mencari diPAS (plaza alam sentral) soalan saya kepada puluhan kedai yang ada simple sahaja, henfon paling murah dan boleh whatssapp. Fungsi lain sudah diambil alih oleh gajet yg lain yga juga insyaallah akan ditulis mengenainya dalam masa yg lain.

Terkejut saya melihat sebuah henfon yang pada level smartphone yg mampu memainkan kebanyakan app penting hanya berharga 300 lebih. 

Untuk mengumpul 300 ketika zaman sekolah dahulu hanya perlu menunggu masa raya insyaallah boleh membeli dua henfon ini !

Dengan harga semurah ini, kerisauan saya, sesuatu yang sangat eksklusif suaru masa dahulu seperti telefon pintar, sudah mampu dibeli oleh budak sekolah rendah.

Keadaan ini memberi mereka kemampuan diluar batas dan melampaui kematangan dan tanggungjawab yang mereka mampu pikul.

Dunia tanpa batasan dihujung jari, maka apa yang menjamin mereka akan bertindak didalam batas syariat?

Sedangkan perangsang – perangsang nafsu bersepah sepah pada hari ini. Dari kelibat artis kita yang semakin terlebih berani, sehinggalah watak – watak kartun yang juga tidak berpakaian dan melakukan aksi sopan.

Maka apa yang menanti generasi kita hari ini? Apakah yang bakal terjadi kepada mereka?

Yang pasti jika dibiarkan kesudahannya tidak baik, pemantaian dan pembentukan perlu dilakukan sedalamnya. 

Advertisements