Aku 27 tahun


Alhamdulillah semalam genap 27 tahun hidup didunia. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

Persoalan yang bermain setiap kali hari jadi adalah….siapakah diri aku sekarang?

Semua kekuatan dan kelemahan ditulis semula

Semua kejayaan dan kegagalan juga dicatatkan untuk dimuhasabah.

Kesimpulan yang saya dapat lihat, kalaulah hidup saya sebagai mahasiswa lagi, walaupun dengan sepuluh orang anak, saya yakin boleh mengurus dan bergerak dalam kerangka mahasiswa dengan cemerlang.

Semua onak duri kehidupan pelajar, nampak mudah untuk diurus.

Namun alam telah bertukar, dan dihadapan sekarang adalah kabus tebal yang menghalang jalan.

Penuh dengan kabus sehingga tidak keruan melihat dan bergerak dalam kerangka idealistik dunia kerjaya.

Saya sangkakan, persediaan dialam pembelajaran sudah cukup, namun rupanya Allah meminta untuk sentiasa belajar dan sentiasa memahaami apa yang bakal berlaku. Pemikiran dalam kerangka punctuation yang betul memastikan hidup sentiasa bergerak dan berubah menjadi lebih baik. 

Namun saya bersyukur kerana dunia siswa saya penuh dengan pembacaan, tarbiyah, pengkajian, penulisan dan berfikir membuatkan sebahagian dunia kerjaya mudah untuk diurus.

Namun kabus tebal masih ada. Dan saya tetap melangkah walaupun risau, namun apa yang Allah suruh itu yang dibuat.

Tahun depan Khayrat akan masuk tadika, Isteri saya pula memerlukan panduan suami dalam perihal yang lebih kompleks, anak anak yang lain pun semakin membesar, semua cabaran semakin berbeza.

Alhamdulillah, Allah beri banyak nikmat dan rezeki membuatkan kabus yang ada sanggup untuk ditmepnuh. Alhamdulillah.

Doakan kejayaan dialam ini dapat dicapai, insya’allah.

Alhamdulilllah, Allhamdulillah, Alhamdulillah

Advertisements