Persoalan : COMANGO dan kesetiaan kepada negara?


Adakah COMANGO sangat setia kepada Malaysia? Terutama dari sudut pembawakan dan tindakan?

Perkara yang paling menjengkelkan saya mengenai COMANGO adalah ideologi dan cara pembawakan atau tindakan mereka.

Pertama, ideologi yang dibawa jelas ideologi liberalisme dan pluralisme.

Persoalan, adakah liberalisme dan pluralisme merupakan ideologi yang tertanam kokoh diMalaysia? Dalam sejarah Malaysia bilakah kedua – dua ideologi ini muncul diMalaysia? Siapakah yang mula membawanya ke Malaysia? Bagaimana ianya dibawa masuk? Dan mengapa ianya dibawa masuk?

Kerana kesmpitan masa, persoalan ini saya jawab dengan jawapan ringkas dahulu tanpa penghujahan lanjut.

Jawapannya, ianya bukan daripada budaya diMalaysia, yang membawa masuk adalah mereka yang mengambil barat dan kemodenan US dan Eropah sebagai kiblat dan rujukan, ianya dibawa masuk dengan Ngo dan tokoh – tokoh yang ada. Cuma persoalan “mengapa ianya dibawa masuk” perlu huraian lanjut.

Ada beberapa teori yang saya lihat popular dalam menerangkan sebab ianya dibawa.

Pertama, ianya atas tujuan menanam nilai progresif dan memajukan sesebuah masyarakat. 

Mereka melihat pengekalan nilai – nilai lama seperti bangsa, kekuatan agama, adalah nilai lama yang mana mengekalkannya menjadikan kita ditakuk lama dan ketinggalan. Maka mereka akan melabel golongan yang ingin mengekalkannya sebagai konservatif dan diri mereka sebagai golongan progresif. Tujuan ini masyhur dikalangan pejuang liberla dimana mereka sentiasa melihat golongan yang cuba mengekalkan sesuatu budaya dan prinsip dengan pandangan kasihan dan simpati.

Menjawab tujuan ini, dengan jelas mereka tidak memahami tujuan dan peranan agama. Agama islam bertujuan dengan jelas membawa manusia kehadapan dalam hidup dengan meletakkan beberapa tujuan progresif seperti menjadi khalifah yang mentadbir dunia. Seseorang yang memahami konsep khalifah sahaja sudah cukup untuk memahami nilai progresif dalam Islam. 

Malah budaya kembali kepada Quran dan Sunnnah merupakan budaya asas dan penting dalam Islam, adakah dengan kembali dan merujuk kitab yang diturunkan 1400 tahun dahulu dikira tidak progresif? Jadinya mengapa mereka merujuk tulisan Machiavelli, Adam Smith, Thomas Jefferson yang juga bersifat archaic jika dilihat dari sudut zaman?

Masalahnya adalah apabila mereka sudah mencop dari awal bahawa manusia tidak progresif apabila bersifat mengekalkan ( konservatif) dan merujuk Quran , Sunnah dan hasil ilmiah ulama’ silam. Maka terus meraikan tanpa batasan sedangkan jika dilihat dengan lebih baik boleh disimpulkan bahawa progresifnya manusia dari sudut akal , adalah dengan  semakin menajauhkannya dari garis akal haiwan, jadi, yang mana satu lebih menghampiri garis tersebut? LGBT yang mengamalkan seks tanpa batasan dengan ideologi liberal ataupun Islam yang memandu manusia menghampiri garis kemanusiaan sebenar?. Itu baru dari satu sudut, iaitu meraikan akal,dan belum dibahaskan persoalan lain berkaitan jatidiri, bangsa dan lain – lain.

Apabila mereka melihat Malaysia dengan sudut begitu, iaitu ianya mundur kerana tidak mengambil budaya keji antarbangsa, adakah ianya dilihat menguntungkan Malaysia? Ataupun ianya menjadikan mereka bersikap seolah merekalah paling maju diMalaysia dan boleh melakukan perkara sesuka hati?,   persoalan persoalan yang saya lihat penting untuk dinilai.

Namun yang lebih merunsingkan, adakah ideologi ini disusun secara teratur untuk masuk ke Malaysia, atau ianya berjalan by chance sahaja disebabkan beberapa rakyat Malaysia yang belajar diluar negara dan terpengaruh?. 

Jelas ianya tersusun dan memang diatur masuk ke Malaysia. Namun mengapakah jutaan USD disalurkan  melalui NDP ke Malaysia? Apa manfaat ” pelaburan ” ini dalam jangka masa panjang dan pendek? Adakah sikap para imperialis barat yang selama lebih 500 tahun menjajah situ dan sini, berubah dan mereka sudah tidak inginkan kekayaan, tanah, pengaruh dinegara kita seperti dahulu? Dan jutaan duit pelaburan itu bertujuan murni untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih harmoni dan maju? Jika ya mengapa pula mereka menekan dari sudut ekonomi dengan TPPA dan seolah membantu dengan ideologi? 

Persoalan ini juga penting untuk dinilai dan dilihat kerana implikasinya, jika mereka masih ingin menjajah, maka segala bentuk usaha mereka akan tertumpu untuk menjajah, itulah budaya pragmatik mereka, maka bolehkah disimpulkan pergerakan NGO ini bertujuan jelas ingin menguasai Malaysia? jika tidak dan mereka ini sudah baik dan berhati mulia, maka kemungkinan pertama(mereka ingin menjajahdan merosakkan Malaysia) hanyalah teori konspirasi, walaupun Allah telah menyifatkan mereka dengan “tidak akan redha (terhadap umat islam) selama – lamanya”. 

Kemungkinan ini penting untuk difahami dan dinilai. Kerana jika mereka bertujuan menjajah dan menguasai Malaysia dari pelbagai sudut, pengukuhan ideologi mereka boleh menjadikan seseorang itu khianat kepada Negara, dan ini bukanlah perkara baru, sejak zaman dahulu lagi pertembungan pertama sentiasa bermula dengan akidah dan fikrah atau ideologi yang dipegang, kemudian barulah masuk kepada peperangan berbentuk fizikal seperti ketenteraan dan ekonomi.

Tercalarnya kesetiaan seseorang merupakan persoalan yang penting, walaupun generasi hari ini tidak peduli persoalan ini, jika peduli apa yang mereka fikir dan buat untuk bangunkan negara? Sejauh mana mereka berfikir untuk malaysia? Nak buat macam mana sistem pendidikan kita tak membentuk ke situ.

Namun ingat persoalan tadi, jika ideologi ini jelas membantu penguasaan terhadap Malaysia dari apa juga sudut yang mungkin, dengan cara merosakkan nilai setempat dan menjadikan rakyat Malaysia bangsa yang terpaksa mengimport dan merujuk budaya tak tentu hala ini, maka adakah penerapan dan perlaksanaannya diMalaysia  menguntungkan atau merugikan? Adakah ianya merapatkan Malaysia kepada tuntutan proksi dan kehendak luar, ataupun lebih menjadikan Malaysia lebih berdikari dan membentuk budaya progresif yang tersendiri tanpa perlu mengimport dari mana – mana pengaruh luar?

Persoalan ini perlu difikir dan cuba dijawab.

Tentang pembawakan pula, insya’allah akan saya sambung dibahagian kedua.

Advertisements