“Saya, seorang rakan salafi dan syiah”


Pada awal tahun saya diAzhar, saya salah faham, dan mempercayai bahawa Taqrib antara Sunni dan Syiah bisa berlaku.

Idea ini muncul daripada bacaan beberapa cadangan Taqrib, yg dilakukan oleh Dr Yusuf Qardhawy hafizahullah, ini berlaku disekitar awal 2009. Ketika itu saya melihat Syiah hanyalah mazhab, mudah cerita tidak pernah ada usaha melainkan dengan bacaan beberapa artikel dan berita ringkas diweb Syeikh Qardhawy.

Namun, suatu hari apabila menziarahi seorang rakan beraliran salafi, beliau dengan jelas menghentam idea tersebut dan melabel syiah sebagai kafir.

Saya tersentak, dan menukar topik dengan tekad, ingin memahami mengapa beliau berkata demikian.

Maka bacaan diinternet bertukar menjadi bacaan tarikh syiah, pengamalan syiah dan apa yang terjadi pada hari ini dengan lebih menyeluruh.

Saya cuba melihat lebih dari sudut fiqh dan isu “ahli qiblah”

Cuba mendalami isu :
1. Politik syiah
2. Ideologi Syiah
3. Aqidah Syiah
4. Perancangan syiah
5. Rakan sekutu dan musuh syiah
6. Tindakan terkini syiah

Usai dua minggu, ternyata saya faham dan percaya, usaha taqrib bukanlah penyelesaian bagi mengurus penipu, pembunuh dan pihak beragenda seperti syiah.

Malah saya cenderung mengatakan mereka kafir, namun tidak berani kerana mengkafirkan seseorang adalah suatu yang berat dalam Islam. Maka saya berpegang mereka ini gerakan dan fahaman Islam yang paling sesat dan bhaya didunia sekarang.

Namun sekarang Dr Yusuf Qardhawy pun sudah memfatwakan mereka kafir, barulah saya berani mengambil pendirian sedemikian.

Boleh saya katakan rakan saya tersebut membuka hati memehami Syiah.

Kesimpulan, dengan muslim kita berukhuwwah, jangan caci, bincang elok – elok, dan cuba memahami, namun perlu berhati – hati supaya tidak naif, kerana sebahagian yang menipu dan berpura – pura seperti syiah, akan senyum dihadapan kita dan gelak dibelakang kita.

Saya dengan beliau rapat, walaupun beliau tidak menyukai Ikhwan dan manhajnya, beliau sering mengkritik, namun saya boleh katakan keharmonian mazhab dapat dicapai dalam keadaan ini. Bagi saya taqrib yang patut berlaku bukan sunni dan syiah, kerana sesuatu yang benar seperti sunni, tidak akan bersatu dengan syiah yang sesat.

Namun menegakkan semula roh kebersamaan sesama sunni, bersama membina perkara – perkara usul yang disepakati, contohnya menguatkan iman masyarakat dimalaysia, menjauhkan mereka dari maksiat, ini semua objektif umum yang smeua gerakan dan ideologi sepakt bersama.

Apatah lagi isu yang besar seperti syiah, maka aliran sufi, salafi, ikhwani, hizbi semua sepakat ianya sesat, cuma metodologi mungkin perbincangan lain, namun andai diadakan mukatamar dihadiri smeua pihak ini, pasti usaha membanteras Syiah akan menjadi sesuatu yang mudah dan realistik Syiah diMalaysia hanya mampu duduk diam tanpa menzahirkan secebis aliran tersebut diMalaysia.
—————————————
Selepas 3 minggu baru teringat rakan saya tersebut, dan saya terus PM facebook – melafazkan ucapan Syukran dan menceritakan apa yang berlaku. Alhamdulillah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s