“Holier than thou” = doktrin menghilangkan Izzah


ahli hak

Seorang muslim perlulah ada sifat Izzah terhadap pegangan Islamnya.

Hanya orang yg tidak berprinsip, ataupun tidak mahu menegakkan prinsip akan tidak Izzah dgn pegangan sendiri.

Sesetengah pula suka melabel mereka yang izzah dan cuba memegang prinsip sebagai ini sikap ‘holier than thou’ etc.

Kalau berdsrkan konsep ‘holier than thou; dilihat dlm konteks sejarah, adakah golongan liberalis barat akan melabel Nabi Muhammad dan para sahabat sebagai pelopor doktrin ‘holier than thou’ ni?

Kita melihat Nabi adalah manusia yang paling mengatakan dirinya betul didalam perkara prinsip, jika tidak pastilah muslim akan meragui kebenaran prinsip didalam hadis dan pesanan nabi.

Kalau disingkap betapa banyaknya kisah para sahabat dalam mengangkat Izzah dan mempercayai Islam adalah benar.

Malah analisis Imam Asy Syahid Hasan Al – Banna sendiri sangatlah tepat.

Beliau menganalisis proses pembentukan para sahabat dan apakah perkara yang membezakan Sahabat dengan kita pada hari ini. Beliau berkata didalam Risalah Dakwah Kita di-Era Baru :

  1. Rasulullah menanamkan dalam hati mereka bahwa risalah yang dibawanya adalah al-haq, sedang selain itu adalah al-bathil. Risalah beliau adalah sebaik baik risalah, manhaj beliau adalah manhaj yang paling utama, dan syariat yang beliau bawa adalah sistem perundang-undangan paling sempurna, yang dengannya akan terwujud kebahagiaan manusia dunia-akhirat. Di samping itu beliau juga membacakan sebagian ayat-ayat Allah kepada mereka, umuk menambah keteguhan jiwa dan keterikatan hati mereka.

Kebanyakan konteks perbincangan “Holier Than Thou” dikembalikan kepada isu pembawakan dan pemerintahan gereja pada zaman kegelapan Eropah. Doktrin yang dibawa oleh gereja menjadikan manusia hilang rasional, malas berfikir, jumud, tidak produktif dan ketinggalan zaman.

Perkara ini menjadikan mereka melihat isu kegelapan yang berlaku berpunca daripada doktrinisasi agama. Maka Islam yang merupakan sebuah agama, dan rapat dengan kristian dari sudut agama samawi, ataupun berpunca dari Tuhan yang sama daripada langit, menjadi mangsa untuk abad ini bahawa sesiapa yang menggunakan kaedah dan perlaksanaan keagamaan akan dilihat sebagai doktrinisasi holier than thou, malah dikira cuba memperbodohkan dan menjadikan manusia lain jahil dan hina.

Mereka tidak melihat bagaimana kekuatan Izzah Islam menjadikan, zaman paling cemerlang dalam sejarah manusia adalah ditangan umat Islam.

Ketika mempraktikkan falsafah sindiran “holier than thou” bersama Islam, Islam hanya diambil dari sudut yang membawa kepada kesamarataan mutlak antara manusia kerana itulah maksud yang ingin dibawa oleh falsafah doktrin “Holier than thou” yang bersifat memerli dengan jelas.  Maka sudut Islam yang meraikan semua, merendahkan diri, unsur – unsur Insani, dan aspek kita berasal dari satu bapa lebih ditekankan berbanding aspek perlaksanaan Islam dalam sudut jihad, dakwah dengan ketegasan dan perlaksanaan undang – undang.

Boleh dikatakan juga, apa – apa bentuk jihad, dakwah dengan ketegasan dan perlaksanaan undang – undang akan dilihat menindas dan tidak adil hasil doktrinisasi falsafah ini.

Maka muncullah kelompok yang mengambil sebahagian kitab dan meniggalkan sebahagian kitab yang direkodkan didalam Quran. Maka tepatlah apa yang Allah sebutkan kepada mereka, “dan mereka ini didalam kehidupan dunia dalam keadaan hina”. Mengapa hina? kerana tidak mampu berpegang kepada prinsip, dan tidak akan mampu untuk Izzah. Bukankah lawan Izzah itu kehinaan?.

Merasa Izzah bukan bererti memperlekeh, sedangkan ramai yg melawan ‘holier than thou’ ni yg suka memperlekeh org lain dgn itilah ‘holier than thou’. Mereka sendiri dengan jelas memandang hina mana – mana golongan agamawan yang tidak sebulu dengan mereka. Lafaz itu sendiri dalam sighoh/bentuk memerli ketika digunakan, jadi hakikatnya siapa yang menghina siapa? Siapa yang tidak megnhormati siapa?.

Kalau apologetik, Izzah seorang muslim akan dalam perkara remeh dan rendah, dan bukan dakwah, perlaksanaan undang – undang mahupun prinsip. Seorang muslim hanya mampu Izzah didalam pakaian dan “rahmata lila’alamiin” yang digunakan berkali – kali sebagai hujah. Sedang kan “rahmata lil a’alamiin” itu sendiri berjaya diwujudkan apabila Islam diagungkan dan diambil sebagai prinsip yang paling betul dihadapan orang yang meyakini Islam dan tidak yakin dengan Islam.

Kesimpulannya, lafaz “holier than thou” yang sering digunakan adalah sebuah doktrinisasi untuk menjatuhkan Izzah seorang Muslim. Malah dirujuk Quran dan Sunnah, adakah ianya mempunyai sandaran daripa Kalam Allah mahupun Sunnah? Jika tidak, mengapa ianya perlu didoktrinkan dan digunakan dalam lafaz dan budaya kita. Seorang yang takut berhadapan dengan falsafah ini akan cenderung menjadi apologetik, tidak mampu menegakkan prinsip selain prinsip – prinsip dalam kerangka “playsafe” dan akan terlalu takut untuk mengatakan orang lain salah. Samada dari sudut aqidah mereka salah, apatah lagi perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan Islam diMalaysia.

Lebih mudah menyebut “holier than thou” dan merendah diri sengan penuh profesionalisme kononnnya berbanding berdiri dan mengatakan aku dengan prinsip Islam aku betul. Itu keadaan hari ini. Esok, mungkinkah lebih teruk dan buruk?

Untuk Izzah dengan Islam dilihat sebagai sebuah kesalahan, maka nak Izzah atas apa lagi? Semoga Allah membantu kita.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s