beginner's mindDalam design, “Beginner’s Mind” adalah WAJIB dan KRITIKAL untuk diaplikasikan. Maksud “Beginner’s Mind” adalah dalam sesuatu perkara seolah kita bermula daripada kosong, tanpa terikat apa – apa perkara. Lawannya adalah “Expert’s Mind”.

“Expert’s Mind” pula adalah kita mengikut pola, sistem, contoh, bentuk, sedia ada. Maka dalam EM (expert’s mind) seseorang akan terikat dengan disiplin, expectation, contoh, dan undang – undang sedia ada, dan hasil yang telah wujud.

BM (Beginner’s mind) mengajar kita beberapa perkara penting dalam design :

1. Jangan takut buat salah, yang penting buat, buat dan terus buat!

2. Jangan takut untuk delete hasil yang kita tak suka, sebab nothing to lose sbrnya!

3. Jangan takut dengan persepsi orang, yang penting kita tahu nak apa, dan biarkan minda menjadi kreatif dan bergerak jauh!

Contoh dalam pembikinan slide. EM, akan mencari apakah TEMPLATE sedia ada dan apply didalamnya.

Manakala BM, akan melihat setiap slide seperti KERTAS PUTIH KOSONG yang mana terdapat padanya JUTAAN KEMUNGKINAN !!

EM akan menghasilkan keseragaman, namun akan membosankan, kerana pembikinan akan terikat dengan ‘boxes’ untuk buat tulisan, dan tempat dan susunan gambar yang sama etc. Manakala BM akan membawa kita kepada ikut kita untuk letak dimana dan lain2, dan fokus sepenuhnya kepada KESAN yang boleh diberi kepada audience. BM adalah ibarat seorang budak yang tidak takutkan apa sahaja untuk berfikir, bertanya dan bertindak.

Maka kita akan terkejut dengan hasil yang penuh dengan kreativiti ! EM, normal dan jutaan manusia mengambil pendekataan ini kerana ianya jauh lebih mudah. Maka, adakah SLIDE anda ISTIMEWA, jika JUTAAN manusia menggunakan bentuk dan design yang sama?

 

 

*kreativiti diatas umum untuk semuaj neis, termasuk nasyid

*post adalah refleks trhdp post akh Ramadhan Awang, harap membantu

*5 minit pomodoro, baik untuk dilakukan aktiviti seperti post yang menarik. Maka rehat yang penuh dengan berfikir pun membantu juga hehe

*siapa tidak tahu pomodoro boleh search Pomodoro dan GTD

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s