Allah maha pelindung – saya mungkin …… tadi.


2013-10-27 15.06.01

 

“Allah maha pelindung”

Pengalaman tidak dapat lupa.

Demam masuk hari kedua, ditengah hari Alhamdulillah kebah sedikit dan bersiap ke Bangi untuk mesyuarat.

Ditengah highway SKVE, tiba – tiba tayar kiri belakang rasa tidak bergerak….. kereta terlari ke kiri jalan, mmg terkejut.

Kereta diperlahankan dan berhenti ditepi jalan. Bila ditngok, tayar semua ok sahaja.

 

Jalan diteruskan secara perlahan..

 

Tiba – tiba bunyi seperti ditarik dan terseret…agak seram. maka berhenti sekali lagi.

 

Tengok keluar asap dari dalam rim tayar kiri. Semakin seram, namu njalan diteruskan secara perlahan. Dengan doa supaya Allah lindungi dan berkati perjalanan.

 

Tawakal kerana kurang 5 km ada tol.

Sampai ditol, berhenti dan parkir kereta, sambil memerhati kepulan asap dari dalam rim kiri belakang.

Mekanik sampai atas bantuan seorang peronda SKVE.

 

Sampai sahaja mekanik beliau melihat tayar dia kata ‘ni bahaya ni’

Kemudian dia dengan lembut mengusik tayar dan kami semua terkejut.
Dengan terlalu mudah tayar tersebut terbuka dari kereta.

 

Muka Aie (mekanik tersebut) terkejut dan sedikit takjub, dia sebut “Ni memang Allah nak tolong adik ni, patutnya dah lama tadi dia tercabut masa adik tgh drive” beliau menyambung “Jika tercabut macam – macam boleh jadi, biasanya paling kurang tangki bocor, boleh meletup kereta, dia bukan macam eksiden lain, tambah sini banyak lori lalu, lagilah macam – macam boleh jadi, adik ni kira nasib baik sangat ni”

 

Suasana sepi sebentar…dengan gerimis hujan turun membuatkan perasaan yang istimewa. Tidak pernah merasa sedemikian rupa, walaupun sedikit terkejut.

 

Hanya mampu bersyukur, dan mengerti erti Alhamdulillah dengan nafas baru sebentar tadi.

 

Alhamdulillah, Alhamdulillah..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s