Wikipedia, rujukan dan Magnum Opus


Siapa yang masih hanya merujuk wikipedia sebagai sumber utama encyclopedia, sebenarnya agak ketinggalan zaman.

Dunia hari ini mudah dengan internet. Anda sepatutnya sudah mula merujuk ensiklopedia dan mu’jam yang lebih established seperti Brittanica, American Heritage Dictionary, Columbia Encyclopedia, Gale Encyclopedia, Dictionary of Cultural Literacy dan lain – lain. Semua ini sudah didapati dengan mudah secara online!.

Saya masih menunggu dengan harapan beberapa buku di’internet’ kan seperti silsilah lengkap “Great Books of The Western World”, Siri “Discourse” oleh Machiavelli yang malangnya hanya ada didalam bahasa italy secara online.

Bagi saya kesemua ini membantu didalam menulis dan memahami sesuatu perkara.

Walaupun begitu, tiada yang boleh menggantikan keenakan dan kelazatan helaian – helaian buku yang dibaca secara offline, ditambah kalaulah ianya berasaskan Quran mahupun sejarah Islam. Tak tahu kenapa, terfikir juga, namun begitulah.

Terfikir untuk menjadikan khazanah Islam sedemikian juga, Insya’allah pasang cita – cita dahulu.

Semoga cita – cita saya menulis “magnum opus” saya sendiri menjadi realiti. Sebuah impian yang sudah ditanama sejak tahun kedua diMesir.

Setelah 5 tahun impian tersebut ditanam, saya masih tersekat dengan tuntutan kehidupan, kerja dan beberapa perkara kewajipan yang perlu diutamakan buat masa sekarang. Terfikir bilakah akan sampai masa, tenaga dan umur ini diberikan sepenuhnya kepada perkembangan Islam dari sudut keilmuan dan ketinggian Islam.

Tidak mengapa, apa yang boleh buat pada hari ini, fokuskan kepada jiwa yang lebih besar, dan skil asas didalam penulisan, dimana perlu hidup dengan penulisan sebelum mula menulis. Insya’allah untuk menulis tentang Islam secara lengkap dengan khazanahnya, perlu berusaha mengembangkan diri didalam ketamadunan Islam dan pembinaan peribadi mengikut Islam, membangun Ummah beragenda. Semoga langkah awal ini mendapat barakah.

wallahua’alam

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s