Harga barang naik dan hadis Nabi, respon terhadap tulisan Ustaz Fathul Bari


Capture 6Post ini jelas ingin menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada tulisan Ust Fathul Bari. Semoga ianya menjadikan pembuka kepada perbincangan yang baik dan penilaian yang sehat sesama muslim.

Apabila membaca tulisan Ust Fathul Bari hari ini, saya merasakan tulisan beliau misleading dari hadis – hadis yang digunakan. Namun saya merasakan boleh jadi misleading yang dibawa tidaklah menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat, kerana perbahasan beliau berkaitan konteks akidah yang ada didalam hadis tersebut. Namun saya salah.

Ramai bertanya kepada saya, malah beberapa Ustaz dan Ustazah lain juga ditanya mengenai status dan perbincangan hadis ini.

Hadis tersebut boleh didapat didalam tulisan asal beliau disinar harian. *link http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/fathul-bari/harga-barang-ketetapan-allah-1.199821

Hadis tersebut benar menceritakan  tentang perihal menyerah diri kepada Allah didalam soal rezeki dan perkara ini adalah didalam perkara akidah, iaitu mempercayai bahawa Allah telah menetapkan rezeki seseorang.

Namun isu didalam konteks perbincangan kenaikan harga bukanlah sekadar tawakal, namun lebih kepada isu siyasah syar’iyyah dan muamalat yang mana untuk dimudahkan adalah bagaimana pengurusan menegakkan maslahah agama dan rakyat dibawah kaedah yang masyhur tasarruf al-imam a’la ra’iyyah manut bilmaslahah atau didalam bahasa melayunya, pengurusan pemimpin ke atas rakyat adalah didalam aspek menjaga maslahah atau kepentingan. Ini adalah salah satu misleading yang saya dapati kritikal dalam menentukan perbincangan hadis tersebut dalam mahal niza’  atau konteks hari ini. Jadi tindakan Nabi adalah dalam konteks menjaga kepentingan rakyat dimana zaman tersebut pengukuran Nabi adalah bagaimana tindakan tersebut bisa menzalimi peniaga dan pembeli, dan setelah ditimbang Nabi mengambil pendirian untuk menolak penetapan dan pengawalan harga. Bukalah mana – mana kitab yang mensyarahkan hadis ini, syarahannya sama. Namun isunya bukan pada keputusan akhir Nabi sahaja, tetapi mengapa Nabi membuat keputusan tersebut? Apakah kepentingan yang dijaga? dan sebagainya.

Misleading kedua pula adalah apabila perbincangan tidak diurus dengan melihat kepada hukum yang dikeluarkan oleh hadis secara terus tanpa melihat bagaiman Imam 4 mazhab dan ulama’ – ulama’ lain membahaskan isu penetapan harga secara menyeluruh.

Jika dibuka mana – mana kitab utama Fiqh seperti nihayat matlab untuk mazhab Syafii, badaai’ sonaai’ untuk mazhab Hanafi, atau hasyiah dusuqi untuk mazhab Maliki, ataupun syarah umdah  untuk mazhab Hanbali, semuanya bersepakat hukum asal kepada Tas’ir ataupun penetapan harga siling adalah tidak boleh kerana menghilangkan maksud jual beli  iaitu pembeli redha dengan harga yang diletakkan dan pembeli redha dengan barang dengan harga yang ada. Namun ianya boleh bersyarat. Antara syarat yang disepakati oleh 4 Mazhab adalah penetapan adalah daripada pemerintah, penetapan berlaku secara bertempoh, dan sebagainya. Manakala sebahagian syarat yang tidak disepakati contohnya didalam kedaan inflasi dan kesusahan, dan sebagainya, maka lebih baik jika perbincangan berkisar disekitar syarat – syarat ini, dan tanzil al-hukm wal waqi’ iaitu membicarakan perlaksanaan kaedah klasik/turath yang muncul dari hadis tersebut, dinilai dan cuba diaplikasikan didalam keadaan semasa.

Saya dapati dari metodologi kajian fiqh dan ekonomi Islam apabila hadis tersebut tidak dilihat dan dinilai dari perbincangan Ulama’ terdahulu, ianya membawa kepada misleading  yang ketara, dimana jika perbincangan berjalan disekitar isu penetapan harga, maka akan membuka ruang perbincangan dan perbahasan yang luas dan membuka kembali mutiara – mutiara hikmah Nabi Muhammad S.A.W dan para ulama’ dalam mengurus tadbir dan memberi nasihat kepada pemerintah dan rakyat, seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid, penasihatnya Imam Abu Yusuf telah menulis kitab Khiraj yang menceritakan pengurusan ekonomi sebuah Negara secara lokal dan antarabangsa menurut Quran dan sunnah Nabi. Sayang apabila ianya hanya dilihat dari sudut akidah.

Kesimpulan saya, apabila misleading yang ketara, Ust Fathul Bari membawa perbincangan ini hanya pada isu akidah dan tawakal dengan dua cara, iaitu tanpa menentukan isu ataupun konteks perbincangan yang lebih luas, dan tanpa melihat khazanah hikmah para Ulama’ terdahulu maka perbincangan mati, dan menjadikan seolah isu ini jangan dibuka lagi!.

Alangkah cantiknya apabila ianya membincangkan perihal fiqh nawazil atau fiqh kontemporari tentang isu ini, ditambah apabila dilihat rupa – rupanya pandangan Nabi Muhammad 1400 tahun dahulu, dan pandangan – pandangan ulama’ dari zaman Nabi dikalangan para sahabat sehinggalah berlalu 4 zaman pensyariatan Islam (zaman asas, zaman pengembangan, zaman taqlid dan jumud dan zaman moden) releven dan menyelesaikan masalah dan kemelut yang ada pada hari ini.

Dalam keadaan ini, pasti perbincangan akan menampakkan kecantikan dan realistiknya Islam diaplikasikan pada hari ini, jika tidak khazanah hikmah Islam hanya dilihat sebagai kitab – kitab kuning yang kuno dan menyebabkan jumud, minda tertutup, keterbelakang dan ketinggalan zaman bagi sesiapa yang mempelajarinya dan cuba mempraktikkannya.

Sedangkan sifat yang telah Allah design didalam agamaNya adalah ianya realistik sepanjang zaman, dan ini saya tegaskan ianya adalah sebahagian daripada akidah.

Advertisements

5 comments on “Harga barang naik dan hadis Nabi, respon terhadap tulisan Ustaz Fathul Bari

  1. cc berkata:

    Salam, lihat artikel asal ust fathul bari yg dhantar ke editor sblm edit/cut penjelasan hadis tu (sbb ruang terhad) dlm blog beliau: http://www.ustazfathulbari.wordpress.com

  2. Alyaniff berkata:

    Jawapan yg terlalu complex. Cuba try “layman” kan sikit supaya orang kebanyakan boleh faham. Kami ni bukan semua yg mengaji kitab hadis 😉

    • suhailsufian berkata:

      Yg ringkas saya ada tulis distatus facebook sahaja. INsya’allah akan cuba membumikan lagi bahasa. Syukran atas komen 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s