Syria… Iraq kedua?


 

Apabila mendengar respon Obama, bahawa mereka mungkin menyerang Syria, perkara pertama yang bermain dalam kepala saya adalah “Adakah Syria bakal menjadi Iraq kedua?” Saya rasa semua setuju, Iraq jelas merupakan sebuah Negara yang korup dan bermasalah, namun adakah penyertaan Amerika ke dalamnya bisa menjadi penyelesaian?

Modus operandi yang hampir sama juga digunakan, dengan justifikasi yang sama, penggunaan senjata yang dilarang. Jika diIraq kerana ada sedikit kemungkinan keupayaan Iraq membina WMD, namu diSyria kerana penggunaan gas sarin.

TIba – tiba, kehendak menjadi hero ditonjolkan oleh media.

Sedangkan 100 000 orang sudah tebrunuh, dan 2 juta sudah menjadi pelarian, dalam erti kata lain hampir 10 peratus dari rakyat Syria sudah tiada dibumi Syria, samada sudah dibunuh atau lari.

Sepanjang berlakunya semua ini, respon Amerika hambar, namun tiba – tiba kerana beberapa orang (angka paling ramai mungkin ratus) dibunuh dengan gas sarin (juga tiada pembuktian yang jelas) maka menjadi tanggungjawab mereka untuk turut serta didalam peperangan ini.

Logik yang sangat tidak siuman !

Jelas, ianya hanyalah sebab sampingan yang mampu digunakan media.

Persoalan yang bermain, adakah tujuan yang ingin dicapai oleh Amerika seperti diIraq, iaitu mengaut kekayaan minyak? Walaupun tidak sebanyak Iraq, namun boleh jadi ianya bebraloi dengan krisis ekonomi yang dihadapi oleh Amerika.

Ataupun ada tujuan lain, dari sudut menegkang pengaruh serantau Timur Tengah dengan kebangkitan Islamis disekitar Syria, Mesir yang bisa berjangkit ke negara arab yang lain?

Yang pasti, Amerika sentiasa menjaga kepentingan Israel, malah sentiasa memastikan Islam jatuh secara konsisten, melainkan Islam yang didesign oelh mereka seperti Islam Liberal, dan kesaramatan mutlak berlandaskan human right canangan mereka.

Yang penting dan terakhir, untuk bersangka baik bahawa Amerika datang membawa kebaikan, seperti menegakkan masyarakat sivil yang maju, dan menjaga kepentingan rakyat, perlulah dibuang awal – awal. Kerana terbukti, tiada Amerika memasuki sesuatu negara melainkan penduduk negara tersebut dhina dan kepentingan Amerika menjadi keutamaan. Adapun harta mahupun nyawa penduduk asal adalah kedua, terutama jika penduduknya muslim sunni.

Seperti kata – kata Ahmad Ar-Rashed, sesiapa yang tidak jelas bahawa Amerika ingin memusnahkan Islam maka dia masih didalam kenaifan yang sangat dalam dan teruk.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s