Fitrah manusia – bersedih


9508108139_f0fc7fb987_o

Apa yang berlaku diMesir, sebenarnya menguji sejauh mana fitrah kita masih kuat.

Apabila pembantaian dan pembunuhan berlaku diMesir, maka ketika itu fitrah kita teruji, adakah kita akan bersedih atau tidak? Adakah kita akan menangis atau tidak?? Adakah kita akan terkesan atau tidak?

Pernah suatu petang ketika berjalan raya disebuah rumah Pakcik, tiba – tiba Pakcik saya yang tidaklah rapat sangat menyapa saya.

Saya agak pelik dan janggal sebenarnya, kerana beliau tidaklah rapat dengan saya, malah boleh dikatakan ini kali kedua berjumpa, kerana beliau dari belah Isteri saya.

Tiba – tiba wajah yang mesra bertukar sedih dan perkataan pertama beliau ketika itu “Sedihkan apa yang berlaku diMesir”

Dan kami mula bersembang rancak tentang kesedihan tersebut.

Apa yang saya dapat simpulkan atas perbualan ringkas kami, fitrah ini menyatukan.

Apabila fitrah kita bersedih dengan keadaan tersebut, maka mereka yang bersedih ini bisa bersatu walaupun kali pertama kenal, ataupun kali kedua kenal ataupun sudah kenal lama.

Maka, saya yakin ramai rakyat Malaysia baru mengenali sebahagian rakyat Mesir.

Sebelum ini ramai hanya mengenali rakyat Palestin dan Syria yang dibantai, namun hari ini kita mula mengenali rakyat Mesir.

Walaupun pertama kali kenal, namun fitrah kita untuk sedih terhadap apa yang berlaku menyatukan kita. Kita sama – sama sedih, sama – sama simpati, sama – sama berdoa.

Persoalan, kalau kita sudah tidak bersedih dan menganggap perkara ini tiada apa2, maka adakah fitrah kita masih ok? Ataupun sudah dikotori oleh dogma – dogma yang mengarut dan dosa – dosa yang mengotor, menebal hingga sukar untuk fitrah tersebut bergerak dan sedih dengan apa yang terjadi.

Adakah seteruk itu keadaan kita?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s