Air disebelah komputer – skil Taqwa


Presentation1

Antara perkara yang paling kami disiplin didalam rumah adalah aturan tidak boleh meletakkan air disebelah komputer. Sebabnya jelas, kerana dikhuatiri air tersebut bakal tumpah.

Namun, apabila baru sahaja pulang dari Mesir tempoh hari, saya dengan lagak Mesirnya merasakan takpalah, kemungkinannya rendah.

Saya rasa, semua sudah boleh baca kesudahan cerita, tumpahlah air diatas keyboard milik komputer Ummu KHayrat.

Yang menariknya, ianya adalah susu Sayyid didalam cawan.

Berkaitan dengan Taqwa, taqwa ni seperti peraturan tadi, ianya bukan berkaitan air yang tumpah, tetapi mengawal diri dari perkara yang bakal membawa air tumpah. Contoh yang lebih mudah difahami, puasa.

Puasa bukannya menghalang kita dari makan haram secara terus, tetapi menghalang kita dari makan makanan halal untuk satu tempoh masa, dan dengan pentarbiyahan ini mampu menghalang dari makan makanan haram dengan mudah.

Kerana itu, mereka yang memahami maksud puasa, akan mudah untuk menolak makanan hasil curi yang haram, apatah lagi bak kut teh yang sedang masyhur pada hari ini.

Ingat, makan hanyalah sebahagian kecil daripada tuntutan puasa.

Bagaimana dengan mata? Telinga? Mulut? Facebook ? dan sebgainya.

Ditambah pula dengan kewajiban hari ini, seperti isu TITAS, rang undang2, dan yang pilu juga isu diMesir dan Syria.

Apa yang kita boleh buat? Paling kurang halang diri kita dari lalai terhadap isu2 ini, peka dan bertindak.

Jangan sampai air dah tumpah, baru sedar sepatutnya tidak boleh letak air disebelah komputer.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s