Apa nak buat, ketika keadaan KRITIKAL/EVAKUASI ?


Keadaan Mesir sekarang ibarat TIMEBOMB. Apa – apa boleh berlaku, ditambah keadaan esok akan menjadi lebih dasyat.

Sebahagian Kabilah sudah mula memberi tekanan untuk lancarkan perang, sebahagian pihak Islamis juga sudah tekad untuk pertahankan Negara hingga titis akhir, begitulah ke akhirnya.

Maka, jangkaan evakuasi adalah tinggi, tambahan Negara maju seperti US, UK, Kanada, Perancis dan Australia sudah siap evakuasi. Maka saya tangguhkan beberapa post diblog, kerana difikirkan post ini lebih membantu situasi sekarang.

Draf

Post yang ditangguhkan “Pemandu Teksi terakhir, TV dan Dr M****”

Keadaan sedang kritikal, Evakuasi mungkin berlaku, apa yang patut saya buat dan sediakan? Soalan ini perlu dijawab oleh semua mahasiswa diMesir, samada yang sudah habis peperiksaan, mahupun maish ada kelas, mahupun sedang periksa.

Cadangan dari saya seperti berikut :

1. SKEPTIK DENGAN SUMBER

Masa beginilah pelbagai cerita pelik akan muncul, untuk menjadi skeptik diperingkat awal bagus, jangan mudah percaya, banyakkan bertanya. Kekuatan ketika ini adalah bagaimana kuatnya sumber kita, sejauh itu kita mampu membuat keputusan yang baik, yang menakutkan apabila keputusan kita dibuat atas agak – agak dan maklumat yang tidak tepat seperti cerita masa Revolusi dahulu tidur dengan pisaulah dan sebagainya

2. PERCAYA PADA AUTORITI

Masa begini adalah masa yang paling menyusahkan autoriti apabila kerjasama diperlukan, tidak perlu banyak kepala, jangan nak jadi Hero masa ni sebab tak berbaloi jika ianya menyusahkan orang. Autoriti merujuk pada pihak berkuasa, mahupun pimpinan pelajar yang mengurus kebajikan dan keselamatan pelajar.

Ianya tidak bercanggah dengan perkara satu, kerana autoriti bukanlah tempat yang kita perlu selalu skeptik dalam keadaan ini, skeptik pada sumber difacebook, twitter membantu tapi tidak pada pengurusan evakuasi dan pelajar.

 

3. SATU BEG HUTAN

Beg Hutan, adalah konsep yang saya ingin ketengahkan. Konsep dia mudah, anda disebuah hutan, hilang dan kemungkinan mati, jadi anda perlukan semua barang penting untuk survive. Jadi ianya perlu mempunyai perkara berikut :

  1. Ringkas
  2. Semua pengenalan diri (dokumen penting)
  3. Baju yang fleksibel dan sedikit

Adapun laptop etc, adalah optional kalau ada ruang baru isi. Untuk perkara seperti pisau dan kit survival dihutan boleh abaikan hehe

4. JADUAL HIDUP TERSUSUN DAN BERSEDIA

Antara cabaran musim panas adalah tidur yang stabil.  Tapi dalam keadaan tidak stabil ini, tidur dan makan yang stabil sangatlah kritikal, kerana apabila evakuasi berlaku jika tidak cukup tidur akan menyusahkan semua pihak kerana tidak mampu memberi bantuan, dan lebih menyedihkan apabila lapar dan kita menjadi orang pertama minta untuk disediakan makanan. Lagi parah kalau lapar dan mengantuk, emosi tak stabil dan semua permintaan dibuat dalam keadaan mengamuk, lagilah tidak membantu.

5. UPDATE PLEASE !

Ini merupakan perkara paling kritikal. Sentiasa update tentang keadaan, follow facebook pegawai, sentiasa update dengan pimpinan pelajar. Kalaupun selesai perkara satu hingga empat, tapi tidak update maka tiada guna juga. Dan sentiasa bersedia dengan 2 ke 3 cara update, kerana dijangka internet akan bermasalah esok ke hari – hari berikutnya, hari ini pun panggilan telefon agak terganggu.

——-

Jangan jadi kita yang perlu diberitahu, biarlah kita yang memberitahu dan membantu situasi. Peka dan sentiasa berjaga, malulah kalau orang lain sentiasa berkhidmat untuk kita, tanpa sedikitpun bantuan kita berikan walaupun dengan secebis kerjasama.

Evakuasi dalam OPS PIRAMID, tempoh hari telah membuktikan betapa niafnya dan menyusahkan sebahagian pelajar Mesir. Saya sendiri merasai perkara tersebut apabila membantu autoriti diJeddah secara sukarela dalam memastikan semua Ibu bapa yang mempunyai kanak – kanak dilepaskan dahulu, ke hulu ke hilir mencari. Buat pengumuman dan menunggu tidak datang – datang, akhirnya saya mencari mereka dibilik. Rupanya mereka sendiri ingin duduk dan pulang ke Mesir, dan enggan memberi kerjasama, malah sebahagian mengeluarkan kalimah yang cukup menyakitkan hati. Tidakkah mereka sedar mengurus anak – anak diMadinatul Hujjaj, Jeddah merupakan suatu yang menyusahkan? Dengan stok pampersnya, susu tepungnya dan sebagainya?

Namun, saya tidak nampak perkara baru pada tahun ini pada komuniti pelajar Mesir, tapi boleh jadi saya salah. Saya berdoa saya salah kali ini.

Oh, dan pesanan terakhir, perkara diatas hanyalah perkara dalam bentuk pengurusan dan persepsi,2 perkara yang menjaga kita secara umum :

1. Mentaliti ingin membantu, sentiasa letak dan tanam, saya ingin bantu orang dan bukan dibantu.

2. Kedua,dan yang paling utama rugi buat mereka yang tidak bersedia dari segi hati dan amalan lain. Yang menjanjikan kelancaran Evakuasi adalah bagaimana Allah membantu kita, bersedia canggih macam manapun jangan lupakan Allah, kalau tidak takut Allah menyerahkan perkara tersebut dalam pengurusan hambaNya bersorangan tanpa bantuanNya.. Naudzubillah..

Wallahua’alam, selamat mencuba!

*Evakuasi atau tidak bergantung perkembangan hari esok, dimana pihak Pro Mursi akan melakukan Revolusi Islami besar – besaran, jangkaan ramai pihak Mesir sedang menuju ke Perang Saudara, namun sama – samalah berdoa, esok menjadi lebih baik. 

Advertisements

One comment on “Apa nak buat, ketika keadaan KRITIKAL/EVAKUASI ?

  1. @Kiyai Jr berkata:

    Reblogged this on Keriau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s