Brother kedai, Dr Mursy, dan semangat Mesir.


جدال-مصري

2 haribulan 7, masuk hari ketiga berturut  bercerita tentang Mesir dan keadaannya, walaupun hari ini tidak bercadang menulis, namun sembang – sembang diba’aalah (kedai runcit) dengan Brother jaga kedai tadi cukup menarik untuk dijadikan kesimpulan cerita ‘Setahun Dr Morsy, rakyat mesir dan perubahan’. 

Pulang dari solat Isya’, tiba – tiba hati tergerak untuk membeli Jus asli dikedai runcit, lantas tanpa ragu berjalan terus kekedai membawa duit syiling sebanyak 20Le. Tiba dikedai Brother kedai baru siap menampal bendera Mesir degan tulisan kecil padanya “Mursi takkan berundur!”. Selepas berhari – hari bersembang dengan pemandu teksi dengan mentaliti menyedihkan, tiba – tiba hati rasa teruja untuk mula membuka kalam dengan Brother tersebut.

“Bro, cantik bendera, kedah miyyah miyyah! (cenggini 100 peratus, maknanya terbaik)” ujar saya dengan isyarat thumbs up. 

Kemudian dengan pantas beberapa orang mula mencelah dan terus mengutuk Mursi dengan teks yang seolah dihafal terus dari televisyen. (rujuk post sebelum ini untuk dialog yang ada).

Dengan pantas Brother tersebut membalas “Mudah je nak tahu kenapa orang tak sokong Mursi, mereka tak nak Islam atau mereka ni tidak iltizam dengan Islam,  tu sahaja! Kalau betul nak bangunkan Negara bukan lepas setahun, sejak kau akil baligh kau dah bangunkan, ni tidak senyap, tunduk dekat Mubarak!, Masa mursi baru naik tahu cakap sahaja, bila masalah petrol tahu bising tak tahu nak tolong beritahu berita sebenar, bila tiba – tiba setahun, semua semangat nak jatuhkan,

Lepas tu puluhan yang kena bunuh kamu senyap, ratusan yang cedera senyap, masa Syria haritu senyap, kenapa sekarang tak senyap dan biar perintah? Baru Mursy boleh buat kerja, aku pun kalau orang bising sangat tak boleh buat kerja, ni kalau bising macam dekat Tahrir kamu ingat Mursi boleh kerja dengan baik?” 

*dakwaan penentang Mursi mereka ingin bangunkan Negara dan Mursi tidak bangunkan Negara, hanya bangunkan Ikhwan, sebab itu Brother tadi terus menyeang point tesebut.

Memang bertubi tanpa sedikitpun peluang diberi kepada dua pengunjung kedai tadi.

Diakhirnya mereka membeli sedikit air dan berlalu begitu sahaja.

Apabila bercerita tentang bangunkan Mesir, saya dapati sebenarnya ramai yang mampu sepakat. Sebagai contoh didalam kes kedai tadi, hakikatnya kedua tadi bercakap diawal untuk jatuhkan Mursi kerana inginkan kebaikan pada diri aau negara, atau kedua – duanya sekali. Namun yang memisahkan antara mereka adalah cara yang diambil dan diyakini.

Apa yang saya lihat, sebahagian yang hadir ke Tahrir menolak Mursi sendiri tidak memahami pertembungan yang berlaku.

Mereka gagal melihat bahawa yang menguntungkan perkumpulan diTahrir bukannya Mesir, tetapi sebahagian kecil kelompok yang degil, yang menolak semua dialog, menolak semua pelawaan Mursi untuk mengurus kerajaan, malah berterusan menabur fitnah dan menjadi dajal kepada Mesir, yang mana sebahagian mereka inilah sebab utama Rakyat bangkit ketika Revolusi yang lepas.

Bagi mereka, setahun pemerintahan Mursi, kemajuan yang disangka sekelip mata tidak dicapai. Malah terpaksa bertungkus lumus beratur mengambil minyak selama berjam – jam, terpaksa menanggung kenaikan harga barang, terpaksa bersusah itu dan ini, malah sebahagian terpaksa bekerja lebih didalam kerajaan sedangkan pda zaman Mubarak 2 ke 4 jam bekerja memadai, zaman Mursi perlu lebih 6 jam!.

Perkara ini jelas, tanyalah mana – mana rakyat Mesir, anda tolak Islam tak, mereka menjawab tidak, namun keadaan ini yang tidak difahami menjadikan Negara jauh tidak stabil, malah bagi saya yang paling dasyat risiko terhadap Projek Islam itu sendiri amat tinggi. Namun untuk mereka yang memikirkan periuk nasi dan berfikir cukup sekadar menunaikan Ibadah wajib didalam Islam, maka dalam keadaan ini, menyokong jatuhnya Mursi dikira bijak.

Namun persoalan yang mereka tidak fikirkan, apa selepas ini? Jika Mursi jatuh, siapa calon paling layak selepas Mursi? Kalau adapun, bagaimana cara pemilihan akan berlaku? Andai dia menang, katakan setahun lagi berlaku lebih teuk adakah akan dibuat demonstrasi besar – besaran sekali lagi?

Kalau semangat Mesir bagaimanapun, tidak terpandu, tanpa pemimpin yang jelas, pasti dipimpin oleh mereka yang berkepentingan, yang sentiasa mengintai Mesir, masakan tidak disini ada Terusan paling kaya didunia, ada piramid dan sebagainya.

Dan biasanya mereka yang terlebih semangat ini yang tidak nampak apa yang ada dihadapan. Macam berjalan, kalau seorang berlari dengan semangat pasti terjatuh lubang atau terlanggar sana sini, tergelincir dan sebagainya. Namun kalau berjalan dengan tenang, dengan jelas ke mana ingin pergi, mana lubang yang ada, tempat mana kena tundukkan kepala, pasti berjalan dengan baik, walaupun tercalar sikit, takkan seteruk mereka yang lari dengan penuh semangat.

Akhirnya, apa yang saya pelajari, kalau dalam hal sebegini semangat, semangat juga, tapi lebih penting dari semangat jelas, supaya tidak diperguna atau merosakkan lebih dari membaiki, yang seronoknya hidup diMesir ni kedua – dua jenis manusia ini ramai, tak percaya tengoklah TV, diTahrir dan diRabaah kedua – duanya ramai, bila faham keadaan ini terasa kagum betul dengan kesabaran Mursi, bukan senang nak jadi Presiden Mesir, usaha sudah banyak tapi….. inilah Mesir!.

Advertisements

2 comments on “Brother kedai, Dr Mursy, dan semangat Mesir.

  1. Mohd Azriq berkata:

    Sangat setuju.. Semangat tu semngat juga, tpi kita kena la bekerja utk bangunkan negara.. Ini cuma tahu ‘riot’.. Sedih..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s