Pemandu Teksi, Dr Mursy, dan kambing hitam sang pemalas!


pakcik ini tiada kaitan dengan tajuk secara terus

Sehari selepas 30 hari bulan, setahun selepas pemerintahan Dr Mursy, saya pulang ke rumah menaiki teksi (waktu ketika itu pagi).

Namun kali ini  bersama 2 orang rakan atas tujuan penjimatan kos, mereka dengan baik hatinya ingin membelanja saya. Masuk sahaja ke dalam teksi, kedua rakan saya mula memerli diiringi gelak ringan “Cepatlah Ustaz Suhail, Ustaz bukan selalu sembang dengan pemandu teksi? ” .

Sebenarnya tiada mood untuk bersembang kerana penat berbincang tentang kepincangan yang ada. Namun , untuk meraikan seorang kawan saya mula membuka bicara dengan soalan yang mudah dan biasa “Pakcik, rasanya apa akan jadi lepas Tamarud dan Tajarud semua ni?”

Dengan pantas, tanpa ragu Pemandu tersebut menjawab “Mursy akan letak jawatan!”.

Saya meneruskan skrip seperti yang lepas, namun jawapan pemandu kali ini agak bijak dan berfakta (dan dia memakai kasut). Bagi dia, tempoh percubaan transisi dari Diktator ke Demokrasi biasa sahaja beberapa pertukaran drastik, kalau perlu kita tukar.

Penat melayan skrip yang didoktrin oleh media, saya mula bersembang dengan rakan disebelah saya.

Rakan saya, Ahmad Farhan memberi pandangan “Mereka ini semua perkara salahkan Mursy, kalau dekat Malaysia kita tahu, kabinet ada peranan, kerajaan negeri ada peranan, polis peranan lain, tentera peranan lain dan lain – lain, jadi kita ikut kerjalah, siapa yang salah dialah kena, bukan semua perkara salah Perdana Menteri!”. 

Sampai dirumah saya cuba mengingat kembali perbualan – perbualan bersama rakyat Mesir, sebahagian yang menyokong Mursy dikalangan Ikhwan dengan jelas menceritakan tempoh yang perlu, siapa yang pendajal, penyelesaian praktikal dan sebagainya. Dan sebahagian rakyat biasa berkata, kita pun salah sebab kita tidak bersama tolong Mursy!, dan pelbagai respon lain.

Kesimpulan awal saya, sebahagian pemikiran rakyat Mesir masih mentah didalam beberapa aspek politik. Mereka tidak memahami sistem kerajaan dan sentiasa mencari kambing hitam untuk disalahkan, cari punya cari, maklumat yang ada hanyalah dari media. Maka yang diceritakan dalam media, semuanya disebabkan Mursy tidak mengurus tadbir Mesir dengan baik, dan buat mereka skrip media terpahat dikepala masing – masing tanpa tapisan.

Kesalahan ratusan (atau sebahagian berpendapat ribuan) pegawai kerajaan yang masuk kerja jam 10 dan keluar kerja selepas zohor (sekitar jam 1), birokrasi melampau, tangguh kerja yang melampau, tiada ISO semua ini tidaklah dilihat sebagai masalah. Mungkin kerana ianya telah berdarah daging didalam rakyat Mesir. Disamping sebahagian besar yang hanya menghabiskan masa dikedai kopi tanpa apa – apa produktiviti untuk Negara. Semua ini membarah didalam masyarakat Mesir, tanpa dinafikan sebahagian bekerja keras untuk hidup, namun untuk Negara?…..

Masalah pokok yang dilupakan, pekerja – pekerja yang ingin bangunkan Mesir sendiri bermasalah, bukan semuanya pada ketuanya (Mursy bukanlah maksum, boleh jadi ada kesalahan beliau) dan nisbah mereka ini besar.

Tukarlah ketua macam mana pun, dari sudut sistem dan pekerja didalamnya masih akan menghasilkan natijah yang sama, malah mungkin teruk lagi. Yang bosan apabila bergaul dengan para pengamal kambing hitam ini mereka suka main the blaming game, tanpa penyelesaian konkrit, mahupun isu yang konkrit untuk diketengahkan.

Kerana itu Syeikh Qardhawy menempelak mereka “Kamu sanggup bertahan Mubarak selama 30 tahun, dengan Mursy setahun pun kamu tak tahan? Apa kena dengan kamu!”

Diakhirnya, scapegoating atau mencari kambing hitam merupakan sikap para pemalas. Contohnya jika didalam mana – mana mesyuarat, mereka yang mencari kesalahan orang lain untuk menutup keaiban diri sendiri, biasanya kita dapati mereka ini sangat pemalas.

Jadi, membuatkan saya terfikir adakah ramai – ramai yang ingin Mursy jatuh, dikalangan mereka yang hakikatnya ingin menjadikan Mursy kambing hitam, dan menutup keaiaban sendiri sebagai seorang yang pemalas? atau bagaimana?.

Masakan, setahun yang lalu, beberapa siri untuk menstabilkan kerajaan dengan cara diplomasi dan perbincangan ditolak mentah – mentah. Malah pelawaan untuk turut serta membantu kerajaan juga ditolak dengan alasan tidak mengiktiraf pemerintahan Mursy, jadi hakikatnya apa yang telah kelompok ini buat untuk membantu membangunkan Negara dalam tempoh setahun ini? Yang kedengaran dari mereka hanyalah aduan dan ketidak puas hati. Untuk bercakap dan melenting tidak memerlukan kerajinan, seorang yang malas pun mampu membuka mulut lama – lama, dan untuk menyelesaikan masalah perlu rajin dan bekerja.

Mudah cerita, 2 masalah besar yang lain lesap dari mereka :

  1. Rakyat yang tidak produktif
  2. Penentang yang hanya merosakkan dan tidak membantu sedikitpun Kerajaan walaupun diberi peluang.

Dan perkara yang sentiasa keluar dari mulut mereka boleh disimpulkan bahawa Mursy paksi semua kefasadan Mesir, ayat klasik scapegoating. (ayat paling klasik scapegoating adalah menasabkan semua masalah pada seseorang sahaja, walaupun kita tahu secara hakikatnya takkan lojik perkara itu berlaku didalam mana – mana pemerintahan dan pengurusan, kerana semua ada bahagian dalam kesalahan ; rujuk Emotions Revealed, Dr Paul Ekman)

Mungkin zaman Mursy menuntut rakyat menjadi lebih rajin, dan pemalas tidak suka bila disuruh untuk rajin, lebih mudah mencari kambing hitam dari menjadi rajin.

Advertisements

3 comments on “Pemandu Teksi, Dr Mursy, dan kambing hitam sang pemalas!

  1. Sabry Jabar berkata:

    mungkin dasar pandang ke timur yang diambil oleh malaysia untuk reformasi pentadbiran awam satu ketika dulu boleh diambil kira oleh mesir untuk membangunkan semula produktiviti pekerja.

    • suhailsufian berkata:

      yup, boleh jadi itu sebahagaian jawapan.

      Tapi belum tentu apa2 pun boleh dilakukan dalam masa terdekat, berhubung pembangunan Negara, masalah dalaman terlalu teruk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s