Tamarud, pemandu Teksi dan perubahan


“bukan pemandu teksi sebenar”

Suatu petang saya pulang ke rumah menaiki Teksi, dan seperti biasa ruang masa yang ada digunakan untuk update dan bersembang perihal Mesir, dan tajuk pilihan pastinya 30 haribulan ini, Ulang tahun setahun Mursi memerintah.

“Apa khabar Aamil Hag(Haji)?” sapa saya ringkas. Beliau menjawab dengan biasa “Alhamdulillah, semua ok, dan Insya’allah Mursi akan jatuh!”

Saya tergamam, niat saya mungkin telah dibaca lebih awal oleh beliau dan dari awal pendirian beliau untuk tidak menyokong Mursi telah jelas.

Kemudian saya bertanya mengapa dia ingin jatuhkan Mursi? Beliau menjawab selamba “Sebab setahun tiada yang timbul melainkan kerosakan! Mursi ni tak pandai urus negara, dia buat negara ni jadi negara Ikhwan dan yang memerintah sebenarnya Murshid Ikhwan dia boneka, kami tak nak boneka!”

Kemudian saya bertanya, siapa yang akan mengganti? Beliau menjawab “Ahmad Syafiq akan ganti! Zaman dahulu masa Ahmad Syafiq memerintah tiada masalah pun, sekarang macam – macam masalah!”

Kemudian, saya cuba rasionalkan dan bertanya “Adakah Mursi yang menyebabkan semua ini atau siapa? Bukankah orang lain yang buat masalah, dan timbulkan huru – hara dekat Mesir? Kenapa Mursi pula kena? Mursi hanya nak baiki Mesir sahaja kan?”

Kemudian beliau terdiam sebentar, dan menyambung “Tapi Mursi sebab kepada semua ini!! Mereka buat sebegitu sebab Mursi menang! Kalau Mursi kalah, dan Syafiq memerintah mereka takkan buat begini dekat Mesir!! Tetap Mursi salah!”

Saya terdiam sementara, terfikir adakah Pakcik ini mampu untuk dirasionalkan atau bagaimana?

Maka saya menyusun ayat untuk soalan terakhir berharap ia mampu memberi sedikit cahaya, saya sambung “Tapi………saya pelik.”

“Kenapa?” balas beliau ingin tahu.

Pantas saya jawab “Kenapa semua nak marah Mursi tapi tak marah dekat perosak? Kenapa tak kumpul dekat Tahrir untuk buang fulul dan baltagi (perosak negara dan sameseng) sebab semua tahu, sebab saki – baki pengkhianat negara ini, dan perosak masyarakat inilah menyusahkan Mursi dan rakyat – rakyat, kenapa tak lawan mereka, kalau lawan Mursi tak kurangkan masalah pun, tapi kalau lawan fulul dan samseng sedikit sebanyak membantu, bukan?”

Dia terdiam lama.

Diakhir perjalanan, sebelum saya turun saya tanya pemandu teksi itu soalan biasa sebagai penutup bicara “Ahad ni kerja tak?” (hari Ahad adalah hari perkumpulan besar – besaran diTahrir menentang Mursi).

Beliau menjawab “Tidak, aku akan ke Tahrir, menentang Pemerintahan Murshid (jatuhkan Mursi)!”

Saya hanya mampu tersenyum dan meninggalkan pemandu teksi tersebut yang memandu teksi tanpa memakai selipar atau kasut……. berkaki ayam.

Kesimpulan, saya lihat Mesir bukan sahaja memerlukan pemerintah yang hebat dan baik, namun lebih dari itu masyarakatnya perlukan perubahan yang mendalam dan meliputi semua lapisan. Mungkin hari ini (30 hari bulan, kemuncak demonstrasi) penyokong Mursi mampu menang, ataupun sebaliknya, namun kalaulah rakyat tidak berubah, lambat laun masalah demi masalah akan timbul dan meleret.

Pertembungan yang berlaku pada hari ini jelas bukan bermula hari ini, ianya bermula dengan kehendak individu yang membentuk kehendak kelompok dalam masyarakat, dan telahpun bermula ratusan malah ribuan tahun yang lepas.

Kembali kepada kehendak asas yang diuji pada setiap manusia, adakah aku ingin hidup untuk Allah atau sebaliknya hidup untuk diri sendiri?

Kalaupun susah, perlu mudah dan rasional sahaja dengan kehendak tidak inginkan kerosakan dan kefasadan dimuka bumi, kalau ini pun susah, bagaimana jika mereka memerintah?.

*angka kecederaan mencecah ribuan, dengan pembakaran berterusan dipejabat Kerajaan dan Markaz – markaz Ikhwan

Advertisements

One comment on “Tamarud, pemandu Teksi dan perubahan

  1. nadhirah2210 berkata:

    mohon share.. jzkk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s