Ajar anak – anak zikir!


playlist zikir

Lagu Barney, Lagu Robocarpoli, lagu Mickey Mouse, dan mcm2, terfikir mencari alternatif yg lebih baik.

Maka tiba – tiba terdengr Khayrat berlari dkt rumah sambil berzikir Laailahaillah dengan gembiranya (dengan nada mcm dodoian sblm tido, cuma beat laju sikit)

Terus buat playlist Zikir dari Album Pelita HIdup Hijjaz.

Alhamdulilah, lebih sejuk dengar alunan zikir dari Khayrat, ditambah suara beliau lebih sedap dari Ayahnya.

Saya percaya anak – anak belajar jauh lebih laju, mereka lebih peka dari kita yang sudah tua, semua perkara masuk tanpa sebarang tapisan.

Suasana yang ada, itulah sebahagian besar identiti yang bakal beliau nikmati.

Saya mencadangkan kepada para Ibu dan Bapa, perlu refleks, apa yang masuk ke dalam peribadi anaknya setiap hari.

Cuba recall dan lihat semula apa yang beliau dengar dari pagi hingga ke petang? Apa yang beliau lihat dari pagi hingga ke petang? Apa yang beliau makan dari pagi hingga ke petang? Apa yang mereka cakap dari pagi ke petang?

Seminggu sekali, telitikan dan fikir dan buat perubahan dalam minggu selepasnya.

Ubah sedikit demi sedikit tapi konsisten.

Ingat, kalau apa yang didengar hanyalah lagu – lagu, suara gaduh antara Ibu dan Ayah tanpa sekelumit nama Allah, ataupun kalamNya (Quran), maka apa yang menjamin apabila mereka membesar mereka akan mengingati Allah?

Begitulah juga aspek yang lain.

Beberapa cadangan praktikal;

  1. Pastikan anak lazimi dan hafal SEMUA DOA yang boleh, supaya hidup mereka dipenuhi doa. Masa makan, masa tidur, masuk toilet, masa baca buku dan sebagainya.
  2. Sentiasa pastikan ada ruang mendengar Al-Quran ataupun Zikir dalam seharian anak – anak.
  3. Namun ketiga yang paling penting, TUNJUKKAN QUDWAH !

Perkara yang paling penting, apabila mereka melihat IBu dan Ayah mereka membaca Al-Quran, melihat mereka berzikir, melihat mereka solat, dan itulah yang paling mengesani Anak – anak, kerana bagi anak -anak dunia mereka adalah Ibu dan Ayah mereka, mereka masih tiada dunia sekolah, dan lain – lain, jadi itu yg paling mengesani hidup mereka.

Ingat cerita Syed Qutb apabila ibunya meninggal.

Beliau ketika itu sedang belajar diKaherah (lebih kurang 500 KM dari rumah beliau, Nubi) beliau tidak dapat pulang, dan bila ditanya kepada rakan – rakan perasaan beliau, dia gambarkan rindunya beliau :

“Sekarang aku sentiasa membayangkan bagaimana aku dari kecil melihat Ibuku duduk disebuah kerusi, bersebelahan radio. Sambil menghabiskan berjam – jam masa beliau (ibu Syed Qutb) mendengar Al-Quran sambil tersenyum”.

Dan Ibu beliau sangat mengesani hidup Syed Qutb.

 

*Syed Qutb merupakan penulis Tafzir fiZilal Quran, yang menjadi rujukan khusus Ikhwan Muslimin dalam memahami Fikrah Ikhwan, dan rujukan Ilmiah seluruh dunia.

Advertisements

One comment on “Ajar anak – anak zikir!

  1. @Kiyai Jr berkata:

    Reblogged this on riakrasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s