Resipi Ayam Bakar Tandoori, bersama kuah youghurt pudina


IMG_4740

ayam tandoori siap, sesuai dimakan dandihias dgn daun sup

Baru – baru ini ketika hidup dibawah tekanan yang tinggi menyiapkan Proposal Master, pelbagai cara mengurus stress dilakukan.

Antara yang paling berkesan adalah makan makanan yang terbaik dan paling meliurkan nafsu.

Namun masalah makanan – makanan tersebut biasanya overbudget. Jadi kami terpaksa mencari sesuatu yang kekal dalam budget bulanan dan masih merasai keunikan dan kesedapan yang menjilat jari.

Jadi, kami pusing sejarah makanan yang kami makan, teringat tandoori.

Bersandarkan kepada sembang – sembang tepi dgn seorang Chef diSuncity (difood court, sebuah restoren India, dan dia mmg asal dari India!) dan menyemak 3 ke4 web resipi, kami tawakal dan terus buat!

Dan ini adalah hasilnya!

Sudah lama tidak berkongsi resepi, insya’allah saya akan cuba berkongsi resipi full.

———————————

IMG_4757

sedia untuk dibakar

Bahan peram :

1. Satu Zabadi/Yoghurt saiz sederhana (2.50 Le)

2. Ayam separuh ekor (dipotong kecil sederhana dan disiang) (15 Le)

rempah – 

3. Paprika – 5 sudu

4. Serbuk Cili – 3 sudu

5. Jintan manis – separuh sudu

6. Sebuk kayu manis – separuh sudu

7. Serbuk ketumbar – separuhsudu

8. Garam dan lada hitam secukup rasa

9. 4 biji limau nipis

*gaulkan semua bahan peram dan peram sekurangnya 12 jam, maksima sehati setenghah

——————

IMG_4772

bahan – bahan membuat kuah yoghurt pudina

Bahan untuk kuah Yoghurt.

1. Yoghurt saiz sederhana

2. Separuh timun saiz sederhana

4. Separuh genggam daun pudina

5. Garam dan gula secukup rasa.

*Blender semua!

——————————–

Cara masak selepas selesai peram semua :

1. Bakar, dan sementara bakar, air peraman yang dicampur minyak masak disapu keatas ayam untuk mengelakkan hangit.

2. Bakar pada api sederhana selama 15 minit, dan api kuat selama 5 ke 10 minit terakhir.

——————————-

Sedap dimakan dengan pelbagai jenis roti!

Selamat mencuba!

IMG_4730

cadangan hidangan, roti, limau nipis, timun, ayam dan kuah youghurt pudina dan sesuai dimakan bersama kanak – kanak comel

*tulisan khas atas permintaan beberapa sahabat yang sedang periksa dandalamkeadaan tertekan 🙂

Advertisements

5 comments on “Resipi Ayam Bakar Tandoori, bersama kuah youghurt pudina

  1. hoodsunny berkata:

    Fuh mmg mengancam tgk! >.< *tu belum rasa lg
    kalo separuh sudu tu kira sudu besar ke sudu teh?

    • suhailsufian berkata:

      haah, kalau boleh tabur biar tutup ayam, pastu baru salut dgn yoghurt sampai rata, trylah untuk semua tercinta hehe

  2. Cayalah ust suhail! :9

  3. din berkata:

    bukan sebarang RESIPI LULUR..resipi
    perap lama tersohor
    …sila lawat link untuk lebih info

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s