Polemik antara Individu dan Jemaah


Hari ini, kepelbagaian  Jemaah yang ingin memperjuangkan Islam merupakan sesuatu yang diterima didalam konteks perjuangan Islam hari ini. 

Dan didalam diversiti yang ada, setiap jemaah sentiasa menuntut ahlinya untuk bergerak dan memperjuangkan kehendak jemaah yang jelas ingin menegakkan Islam, samada menerusi apa – apa strategi yang wujud, politik, kebajikan, perihal umat, bangasa dan lain – lain., jika tidak mengapa seseorang itu perlu semangat memasuki jemaah tersebut?

Setelah seseorang individu berpuashati dengan visi dan misi Jemaahnya, maka disitu mulalah polemik individu vs Jemaah, adapun polemik sebelumnya hanyalah mainan – mainan hidup yang ringkas, mudah difahami dan diurus.

Polemik ini merujuk kepada isu, adakah saya ingin meneruskan Visi hidup ataupun saya meneruskan Visi Jemaah?. 

Ramai pening dan melihat seolah ianya perlu diurus dengan begitu sukar sekali, seolah jika saya meneruskan visi peribadi maka saya meninggalkan visi Jemaah dan begitulah seterusnya. Secara umum sebenarnya, isu ini timbul lantaran sesuatu yang kita tidak jelas dan kabur. Maka post ini bertujuan menyingkap kekaburan tersebut. 

Rata – rata yang bertanya kepada saya tentang isu ini, berpunca dari ketidakjelasan Visi Peribadi, ataupun ketidakjelasan Visi Jemaah, ataupun kedua -duanya sekali. 

Ingat………… anda tidak akan mampu mengurus dan mengimbang sesuatu yang kabur dan diluar pengetahuan anda.

Faktor utama kerana untuk menjadikan Visi jelas, maka ianya bukan sekadar menuntut untuk merancang, namun lebih dariitu adalah ianya menuntut tindakan demi tindakan yang menghampirkan kita terhadap Visi tersebut. Contohnya, Visi jemaah, seseorang yang hanya melihat dari luar tidak akan mampu menggarap dengan lebih baik Visi tersebut berbanding mereka yang berjam – jam cuba menguasai menerusi amal yang berterusan, tarbiyah yang mendalam dan muhasabah yang berkali – kali. 

Begitu juga visi peribadi, kadang – kadang seorang bercita – cita menjadi Peguam contohnya, namun tidak pernah mengambil walaupun selangkah ke arah Visi tersebut, maka beliau tidak akantahu, benarkah itu yang dia mahu, ataupun dia hanya hidup dalam angan – angan!

Kesimpulan, Polemik ini hanya wujud kerana, penguasaan seseorang terhadap Visi Peribadi dan Jemaah itu sendiri kabur. Dan punca kabur, kerana pengorbanan, amal, dan ketelusan beliau terhadap apa yang diinginkan tidak berlaku pun, malah kebanyakannya hanya hidup dalam angan – angan. 

Dalam dunia angan – angan, memang sukar mengurus polemik, kerana ianya tidak tetap, sentiasa berubah dan tiada batas, kerana itulah sifat angan – angan. 

Namun jika anda berpegang kepada suatu kukuh, dan kita terlalu inginkannya, angan – angan itu sudah tidak dipanggil angan -angan, ianya dipanggil Visi dan Cita- cita. Kerana itu, semua yang datang kepada saya dengan polemik diatas saya tanya mereka semua soalan yang sama “Apa perkara yang jika anta tak dapat, anta akan mati tebeliak??”

Selepas itu, jika ada jawapan, polemik itu secara automatik hilang kembali kepada Mat Jenin – Mat Jenin diluar sana….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s