Zikir, aku sayang Allah, aku sayang Nabi…


Ada kawan bertanya nak zikir apa dimasa lapang?

Maka, saya kongsikan zikir yang paling saya gemari dan tiada khilaf.

Saya bilang, banyakkan membaca Al-Quran, fahami dan hayati sampai menangis!

Kemudian barulah cari zikir lain yang kuat dari sudut maknanya seperti AstaghfirullahalAdzim, kemudian Lailahaillallah, kemudian Subhanallah, kemudian, Alhamdulillah, kemudian Allahu Akbar.

Zikir inilah yang paling banyak membuatkan Nabi Muhammad yang dicintai menangis suatu masa dahulu.

Kemudian dia bertanya lagi, “Tapi kalau zikir lain lebih mudah nak faham, zikir yang faham baru rasa khusyu'”

Itu lagi mudah, bukankah Quran pun wajib untuk difahami pada kemampuan kita? Mengapa utamakan memahami zikir daripada quran, malah kalau faham Quran, solat akan lebih khusyu’, dan apabila tilawah akan dapat rasa khusu’ hidup dapat panduan, dan setiap huruf dapat pelbagai kebaikan yang dijanjikan! Itu kalau tak faham, ada ulama’ sebut kalau faham lebih tinggi pahalanya dari sepuluh kebaikan sebab ianya lebih utama!

“Oklah, tapi kena berguru dan tak boleh baca tafsir gitu – gitu je? Jadi agak lecehlah, kalau zikir ni tersalah tafsir dan baris ke tak dosa” 

Kalua begitu, mengapa tak nak belajar? Belajarlah, dan cuba dahulu belajar tafsir juz 30 dahulu, faham dan belajar, malah sebahagian ayat quran bukanlah akan terpesong kalau baca terjemahan, cuba tanay Ustaz- ustaz, ada sebahagian boleh dan tidak boleh, sama sahaja macam zikir tadi, kalau nak faham kena belajar juga hehe

——————————

Kesimpulan, syaitan apabila ingin menjauhkan manusia dari Islam, bermula dengan cubaan mengkafikran manusia, kemudian jika gagal syaitan akan cuba membid’aahkan aqidah mereka seperti yang berlaku kepada nasrani dan juga syiah, kemudian jika gagal akan cuba menjatuhkan mereka kedalam dosa besar, kalau gagal ke dosa kecil, kalau gagal ke dalam lembah bergelumang dengan perkara harus, dan kalau gagal juga buat kali terakhir mereka (syaitan) akan mengharubirukan awlawiyat ataupun keutamaan pada ketika itu.

Maka didalam perkara zikir, jika jelas ianya adalah ibadah dan bukan bid’aah, maka ternyata syaitan akan cuba pesongkan manusia dari zikir yang lebih utama kepada zikir yang kurang memberi kesan dari petunjuk hati dan kefahaman dari Allah.

Maka bukankah Nabi dan sahabat mengutamakan zikir dengan Quran dan zikir2 ringkas diatas dan menghayati dan khusyu’ sekuatnya, walaupun sebahagian sahabat tidak mampu membaca, bukankah sukar, kena hafal dahulu, kemudian tasmi’ kemudian baru boleh membaca Al-Quran.

Namun segala halangan remeh (seperti belajar dan mencari guru), apabila tujuan jelas dan betul – betul jujur inginkan sesuatu. Malah lebih remeh apabila sudah mengetahui jalan yang dituntut.

Berapa banyak sudah ayat Quran yang boleh anda hayati? Saya tidak terkejut kalau hari ini ada manusia yang mampu menghayati pelbagai zikir namun, Al-Fatihah sendiri tidak faham. Sedih.

*seruan kepada semua, baik yang mengikut tasauf atau tidak. KHas kepada merkea yang meninggalkan hak Al-Quran dalam kehidupan seharian, namun mereka yang tidak tinggalkan hak quran dan berzikir, ok sahaja.

Advertisements

One comment on “Zikir, aku sayang Allah, aku sayang Nabi…

  1. @Kiyai Jr berkata:

    Reblogged this on jiwarasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s