Kesalahan besar ! – facebook + fitnah ?


*fitnah : memalsukan hak dan batil, menyesatkan

*stressor : perangsang luar atau peristiwa yang membawa kepada stress

———————————

Semua kesalahan dan kekurangan yang besar bukanlah susah untuk difahami punca dan sebab berlakunya perkara tersebut.

Walaupun pada awal disetiap kesalahan kita bakal bertanya soalan yang sama, iaitu “Macam manalah sanggup buat begitu? Macam manalah boleh jadi sampai macam itu??” dan sebagainya.

Ambil contoh, membunuh, merogol, dan juga ………memfitnah.

Bagi saya ketiga – tiga ini diklasifikasikan sebagai kesalahan besar yang tiada tolok bandingnya. Bukan saya reka – reka, bukalah Quran, ianya konsisten untuk meletakkan ketiga – tiganya pada tahap yang hampir sama, sebagai Dosa besar, dan merupakan sesuatu yang jelek.

Seorang tidakkan lahir ke dunia dengan terus ada kekuatan untuk membunuh, namun kekuatan untuk membunuh bermula dengan perubahan – perubahan kecil dalam hidupnya dengan konteks dan suasana yang kondusif ke arah menjadi pembunuh.

Kebiasaanya bermula dengan justifikasi kecil dalam kesalahan yang kecil seperti kalau saya langgar perkara yang kecil seperti menengking dengan sepenuh hati, atau marah dengan sekuat – kuatnya atau dengan jenayah – jenayah kecil seperti mencuri, menipu dan peras ugut.

Dan apabila cukup stressor yang cukup untuk mengubah perjalanan seseorang dari manusia biasa kepada seorang pembunuh.

Seperti contoh pembunuh dan perompak termasyuhur US, Bonnie dan Clyde, muncul ketika fasa The Great Depression, dimana krisis yang menjadikan rakyat hamba kepada kemiskinan melampau, hidup mereka merana. Ketika itu sudahlah keadaan dasyat, namun lebih dasyat dari keadaan diluar, adalah keadaan penjara US ketika itu, keadaan ekonomi gawat dan jenayah naik, populasi dalam penjara naik mendadak, kerana jenayah dan juga kegawatan ekonomi.

Jenayah, maka ramailah masuk penjara kerana hukuman, kegawatan ekonomi kerana didalam penjara makanan percuma, maka sebahagian rakyat yang ingin hidup, melakukan kesalahan kecil untuk dimasukkan ke penjara, kerana disitulah makanan ada.

Dalam keadaan yang padat dan tertekan inilah lahirnya Clyde.

Pembunuhan pertama beliau berpunca dari kewujudan stressor yang pelbagai didalam penjara Eastham, Texas yang padat.

Namun stressor terkuat adalah suatu hari beliau diserang secara seksual berkali – kali, sehinggalah suatu hari beliau mengatakan pada diri beliau, cukup.

Lantas beliau memukul penghuni penjara tersebut sampai mati, dan itulah pembunuhan berpatama beliau. Dan selepas itu bunuh merupakan perkara biasa bagi beliau. Kerana itu ramai apabila menceritakan mengenai kesalahan besar, mereka bercerita bahawa ianya ibarat melepasi sebuah garis merah yang kita nampak jauh dan kita katakan pada diri kita kita takkan melepasinya kerana ianya jauh dari kita.

Namun apabila kita semakin dekat dengan garis merah tersebut kita akan kata pula, tidak apa, ini garis merah yang susah untuk dilepasi kerana tak ramai pun yang melepasi garis tersebut.

Hinggalah sampai ke satu tahap apabila hanya tinggal selangkah kita dan garis merah, kita katakan ia hanyalah sebuah garis merah, langkahlah terus !

Maka ianya sudah menjadi sesuatu yang normal bagi diri kita.

Begitulah juga fitnah – memfitnah, kalau dahulu untuk mengatakan seseorang itu buat jahat, begitu susah, jika tiada iman anda akan takut menjatuhkan maruah sendiri dan mengganggap ianya akan mencalit arang dimuka sendiri dengan menuduh bukan – bukan.

Maka anda perlu jadi penipu dahulu, kemudian pencuri, kemudian semua bentuk yang tidak menghormati orang lain dengan stressor yang mencukup seperti dibenci oleh masyarakat, ataupun ingin gilakan kuasa dan harta, barulah cukup untuk menjadi pemfitnah dan menyebarkan fitnah.

Namun hari ini apabila setiap hari membuka facebook dan melihat sesuatu fitnah itu beribu orang share, dan ramai difacebook bercerita mengenainya seperti biasa, dan terpampang dimuka akhbar dan web – web, tidak kira dari mana – mana pihak, maka apakah ianya menjadi suatu garis merah yang jauh? Ataupun sebenarnya kita sudahpun melangkah garis merah tersebut dan melihatnya sebagai sesuati yang normal.

Proses menjadi pemfitnah sangat mudah berbanding proses menjadi seorang yang bercakap benar. Itulah dunia hari ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s