Simbiosis Ibu dan Isteri


Mak dan Mama

” Mak dan Mama “

Simbiosis antara kehidupan bersama Isteri dan Ibu sendiri cukup mengejutkan dan memberi sapaan yang lembut kepada sesiapa yang pernah bergelar suami.

Ini kerana, seorang lelaki apabila menjadi suami dan ayah barulah dia memahami pengorbanan seorang Isteri dalam menghidupkan dan membina rumahtangga.

Dan beliau akan mula tertanya – tanya soalan biasa, adakah Ibuku juga mengalami keperitan dan ketabahan seperti isteri aku?

Ketika itu semakin beliau menempuh rumahtangga sepatutnya kasihnya terhadap ibunya sentiasa bertambah.

Maka mudahnya, semakin beliau sayang isteri, beliau juga akan semakin menyayangi ibunya.

Mungkin kerana itu hikmah, Allah memaksa dan mewajibkan seorang lelaki untuk lebih menyayangi Ibunya lebih dari Isteri beliau sendiri, kerana mengikut perjalanan yang harmoni, simbiosis itu akan muncul, dari reaksi hidup suami kepada isteri, membawa anak kepada Ibu.

Ditambah, dalam keperitan ibu membesarkan anak, si-anak tidak akan mampu memahami kesukaran Ibu membesarkan beliau, kerana banyak faktor yang berkait, termasuklah siu kematangan anak, dan pendedahan terhadap pengorbanan tersebut, ialah, bagi saya antara manusia paling ikhlas didunia adalah ibu – ibu kita, untuk mengungkit itu jauh sekali, dan andai kalau mengungkit pun hanyalah setitis air dari lautan pengorbanan ibu kita.

Contoh yang saya rasai sendiri, adalah apabila melihat Isteri saya bersalin.

Diakhir malam sebelum tidur, saya pasti terfikir, begitu jugalah sakitnya Ibu saya ketika dahulu.

Malah kesukaran demi kesukaran saya lihat pada Isteri saya, mengingatkan saya kembali bahawa Ibu saya dahulupun sukar!

Malah apabila kekadang, isteri saya penat melayan karenah anak, beliau berkata “Penat layan anak ni kadang – kadang, ialah dia bukan tahu kita penat”, walaupun keluhan itu hanya untuk menceritakan keadaan penat menjaga 3 orang anak, namun hati kecil saya menangis, mungkin itulah keluhan ibu saya suatu masa dahulu apabila saya tidak memahami kesusahan beliau.

*disclaimer – tulisan ini tiada kaitan dengan hari ibu, ianya hanya coretan melihatkan berauturnya rakan – rakan dibilik bersalin 

*kepada yang baru menjadi ayah, lihatlah kehidupan setiap hari dengan dua pandangan, satu penghargaan kepada isteri atas pengiorbanan beliau, dan juga penghargaan kepada Ibu atas pengorbanan beliau suatu masa dahulu.

*Dan Tahniah kepada semua yang baru menjadi Ayah !

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s