Cinta suami dibilik bersalin – 3 tips praktikal


Dalam hidup seorang suami, setiap saat berbeza. Ada ketika yang mana, saat itu lebih berharga dari saat yang lain.

Contohnya ketika saat makan malam lain dengan saat makan pagi, saat berkelah lain dengan saat pergi shopping. Namun ada saat- saat yang terlalu mahal kita takkan mampu menggantikannya dengan saat lain.

Contohnya seperti kelahiran cahaya mata.

Insya’allah, saya akan bekongsi 3 tips praktikal untuk bakal bapa.

Sebelum tips, kena faham konsep umum dahulu.

Ingat, bahawa ketika saat kelahiran, perkara yang paling penting adalah SATU DUNIA BOLEH TUNGGU, YANG PENTING ADALAH ISTERI KAMU. Perkara ini kena faham, dahulu, ketika itu yang paling penting adalah memberikan yang terbaik kepada isteri dari sokongan moral dan doa, adapun perkara lain boleh tunggu. 

3 TIPS :

1. Bersedia awal. – kelengkapan, bilik, mental dan doa

Maksud saya bersedia awal, ialah memang awal – awal betul!

Sebulan sebelum due date pastikan dah siap shopping. Dan dalam shopping pastikan dapat nasihat mereka yang berpengalaman supaya mampu untuk sekali harung sahaja.

Kemudian pastikan beg yang ingin dibawa ke hospital sudah tersedia sebaik habis shopping, jangan tangguh! Siapkan beg, baju yang ingin dipakai, baju spare yang ingin dibawa, pampers, babywipe, pakaian dalam, tuala, sabun mandi bayi dsbg lengkap sebulan sebelum!

Dan juga pastikan tempat bayi sudah tersedia awal, sebulan sebelum terus pun takpa.

Kesan persediaan awal ini sangatlah penting supaya dari awal sudah bersedia mentaliti tentang prubahan dalam rumah, malah yang lebih penting bersedia mentaltiti dan bayangkan berkali2 apa yang bakal anda lakukan didalam labour room, beg yg akan dibawa, pakaian yg anda akan pakai dan sebagainya.

Jangan lupa, berdoa pun termasuk persediaan awal, doa siap – siap dan pastikan sebulan sudah mula doa khusus.

2. Dunia boleh tunggu ! – fokus, buat apa yg dah plan

Ini tema yang sesuai ketika mula ada tanda – tanda akan bersalin, dengan contraction setiap 15 minit. Maka ingat keyword “Dunia boleh tunggu”. Maksud keyword ni simple, jangan sebok dengan facebook, dan sebagainya dgn gambar, kalau minta doa, buat kurang dari 30saat, jgn tgk siapa komen dan sebagainya, minta doa dan fokus kepada apa yang penting, Isteri.

Ketika ini fokus kepada apa yang sepatutnya berlaku, ingat semula persediaan yang telah dibuat.

Mungkin saya kongsi untuk baru ini anak ketiga, apa yang saya sudah susun didalam kepala :

1. Call 4 org – Dr Mahaa, Soleh Ismail, Mak, dan Mama

2. Ambil beg sahaja (dokumen boleh tunggu)

3. Soleh drive ke Hospital

4. Duduk beri semangat sampai habis bersalin.

5. Jangan bagi orang jumpa sampai nampak isteri selesa dan kuat.

Jadi saya pusing 5 step ni sahaja dalam kepala, jadi saya buat ini dan lupakan yang lain. Selepas habis step kelima, barulah saya mula ‘online’ adapun sebelum itu, henfon saya dan isteri saya tutup, dan sampai sahaja diHospital saya simpan Jam supaya semuanya fokus kepada Isteri dan ingat biarlah Doktor menjadi Doktor, anda kekallah sebagai suami yang penyayang.

Ayat penguat saya ketika itu untuk Isteri simple – Sayang boleh! Sayang kuat! Sikit je lagi!

3. Raikan

Yang terakhir, jangan lupa bersedia juga untuk beri sentuhan special dari suami kepada Isteri.

Teks ucapan saya ketika hari bersalin yang saya rahsiakan sentiasa saya ulang, supaya ianya menjadi snetuhan istimewa.

Malah plan 2 minggu selepas bersalin juga dirahsiakan dari Isteri, dan jadikan ianya natural.

Tapi ini sangatlah penting! Suami yang biasa buat perkara biasa, suami yang sangat mencintai isteirnya fikirkan yang terbaik untuk insan istimewa.

Semoga post ini membantu memberi insight kepada semua tentang dunia dibilik bersalin dari sudut persediaan. Semoga kelahiran baru bakala menambah keceriaan dunia ini !

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s