Penipuan, oh penipuan


Politik dan penipuan dalam dunia hari ini seolah sangat rapat. Malah bila membaca perihal ekonomi pun, penipuan berpunca kerana duit tidak boleh dipisahkan dengan politik.

Jika penipuan diMalaysia dalam politik, yang zahir dan selalu berulang adalah menifesto dan janji – janji yang tak tertunai dan sentiasa dijadikan gula – gula.

Belum lagi, penipuan yang menjelma menjadi fitnah dan propaganda murahan, yang langsung tidak membina minda masyarakat. Semua hanay tertumpu kepada meraih sentimen dan emosi para pengundi, bukannya minda yang terbuka dan rasional dalam mencari sesuatu penyelesaian buat manusia.

Seiring dengan nasihat Pakcik Machiavelli yang menasihatkan Putera – putera supaya sentiasa menipu, kerana itu lebih baik dari bercakap benar dan hilangnya kerusi dan pengaruh. Kerana hanya dengan kerusi dan pengaruh sesuatu kebaikan dapat dikekalkan, manakala penipuan hanyalah perkara kecil jika ingin dibandingkan dengan kebaikan yang kononnya bakal dilakukan. Macam biasa dengar sahaja ayat sebegini.

Namun, hasil dari penipuan adalah penipuan yang lain, dan berbalas tipu, hinggalah jika dilihat sesuatu itu boleh dijadikan penipuan diambil sepantas mungkin tanpa usul periksa dan hujah. Malah justifikasi untuk berbalas tipuan cukup sekadar, dia tipu saya pun boleh.

Selain faktor nature politik Machiavelli diatas dengan justifikasinya, mungkin juga sebab ianya ketara kerana kegagalan membezakan half truth dengan whole truth. 

Ini masalah klasik, dimana half truth adalah keadaan dimana, sesuatu ayat dan dakwaan, boleh diputar – putar tanpa fakta yang solid dan pembuktian terhadap tuduhan, maka timbullah ayat justifikasi seperti “Saya hanya bertanya tal menuduh” atau “Maksud saya bukan itu tapi ini” dan sebagainya. Malah biasanya jawapan yang lebih biasa adalah “Cuba kamu lihat kesan kalau dia menang, dia teruk!” Tanpa menjawab soalan mahupun melayan kehendak mengetahui kebenaran sesuatu dakwaan.

Kesimpulan, jangan bermudah – mudah menipu, kerana ianya melekat dan amaran Allah jelas, silap – silap Allah yang akan cop kita sebagai penipu dan bukan manusia.

Tapi zaman sekarang lagi susah, sebab kita mudah menyebarkan penipuan, walaupun bukan kita yang menipu pada asalnya !

(tertipu dengan penipuan dan akhirnya menipu juga)

Nauzubillah mindzalik.

Advertisements

2 comments on “Penipuan, oh penipuan

  1. Nawfal Ahmad berkata:

    maaf. Boleh ustaz tolong bezakan dengan memberi contoh pada half truth dan whole truth.

    • suhailsufian berkata:

      half truth : Abu memang pengecut! Betul memang pengecut!

      whole truth : Abu memang pengecut ketika berhadapan harimau.

      Beza1 – Pemahaman melalui konteks.

      Beza 2 – menyembunyikan dan putar belit dgn cara2 lain.

      Syukran bertanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s