Bercampur baur kedua : perasaan ditinggalkan..


459341_10151557538114588_332509523_o

 

Perasaan kedua berbolak balik untuk minggu ini.

Ianya boleh dikatakan lantaran, sebahagian hidup saya yang telah pulang ke Malaysia.

Bagi saya, Mesir bukan sekadar kerana ilmunya, dan suasananya, namun lebih dari itu, Mesir merupakan suatu kehidupan yang dikongsi dengan sahabat – sahabat.

Maka apabila sebahagian sahabat pulang ke Malaysia, maka sebahagian hidup sudah pulang ke Malaysia.

Perit, kerana perpisahan itu menyebabkan hidup kita rasa berkurangan dan tidak lengkap. Rasa seolah sebahagiannya telah dicarik menaiki kapal terbang.

Irfan, dengan pendamping yang jujur, sentiasa merekod dan menegur perjalanan hidup disini dengan hikmah seorang sahabat.

Isa, dengan keikhlasan dalam semua perkara, dari sekecil senyuman sehinggalah sekeras peringatan.

Amin, sahabat setia, kalau inginkan sahabat periang yang sentiasa sudi mendengar dan sentiasa memahami, tak jumpa selain beliau.

Anas, cekal dengan prinsip, kalau nak goyahkan dengan apa carapun, takkan berjaya, maka ketika anda goyah, melihatkan sahabat seperti beliau anda akan bersama cekal.

Ikmal, jujur sentiasa, lantaran kejujuran beliau, mudah untuk menjadi cermin.

Hazwan, sentiasa tersenyum, memberi gambaran everything is ok, Hafiz pun sama,

Adam, hebat dalam senyap, begitu juga Hanif

Namun semua diatas takkan lengkap tanpa Aman, seorang doktor yang bervisi tinggi dan sentiasa memberi gambaran kepada sesiapa yang melihat beliau, bahawa kasih sayang dan persahabatan merupakan sesuatu yang mahal, dan tidak mampu dibayar dengan apa sahaja didunia ini, andai sudah mula terhubung, maka tiada yang menjadi pengganti.

Syukran semua, persahabatan kita memang indah, insya’allah kita sambung hingga ke syurga.

Mesir pada sebahagian adalah perhentian, namun saya lebih suka melihatnya sebagai kehidupan dan kebahagiaan, terutama paabila ianya bukan kerana tanah yang ada, namun kerana kasih sayang yang dirasai. Alhamdulillah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s