Barakallah lakuma ! (Semoga diberkati kedua mempelai !)


Hajar dan Nas

Antara keadaan yang sukar didalam hidup adalah apabila keadaan perasaan terlalu berbolak – balik dan tidak dapat diklasifikasikan dengan satu ekspressi yang mudah seperti gembira, sedih, excited, suram dan sebagainya. Walaupun ramai menamakannya sebagai berbolak – balik,

Namun ternyata disaat itu kita lebih mudah jika ianya hanya satu perkara kerana ketika satu perasaan kita mampu dengan mudah menjelaskan apa yang kita inginkan dan apa yang kita takutkan. Seperti seorang yang sedang bersedih, pasti beliau inginkan kesedihan itu pergi, dan perkara yang menyedihkan itu dihilangkan, namun untuk seorang yang gembira pastinya beliau inginkan kegembiraan itu kekal dan memastikan perkara yang menggembirakan kekal disisinya. Namun dalam keadaan berbolak balik? Bagaiamana? INginkan sesuatu kekal dalam masa sama inginkan ianya pergi?

Disini saya gemar untuk memilih satu sahaja perasaan dan menolak yang lain ketepi.

Pemilihan pula dibuat dengan memilih mana yang terbaik ketika itu, dan selepas itu, andai gembira itu baik, kekalkan kegembiraan dan tolak kesedihan ketepi, dan gerakkan perasaan itu kepada sesuatu yang mampu membawa kita lebih bahagia dalam kehidupan.

MInggu ini keadaan berbolak balik ini akan dijadikan dua post, satu pada hari ini dan kedua untuk keesokan hari.

Hari ini khusus untuk adik kesayangan saya Siti Hajar kerana melangkah lebih jauh dalam hidup dengan Nasrul.

Saya gembira kerana beliau pergi lebih jauh dan gembira. Malah menjadikan Nasrul sebagai pilihan hidup teramat menggembirakan saya!

Alhamdulillah, beliau agak tampan, kelihatan soleh, dengan keluarga yang islamik, apa lagi yang abang ipar inginkan dari adik ipar? Saya teramat bersyukur mereka disatukan dengan sekali lafaz dengan gaya cool En.Nasrul. Alhamdulillah saya melihat secara live menggunakan app Tango dari Mesir.

Namun kesedihan tiada disana disamping beliau, kesedihan perhatian dari seorang adik yang selepas ini bakal menumpukan lebih tumpuan kepada seorang suami, tidak saya nafikan sedikit sebanyak memberi mendung dalam hidup ini.

Namun, saya memilih untuk gembira, dan teruskan kegembiraan, dan menulis post ini dengan tangisan gembira! Alhamdulilllah.

Melihat penyatuan ini, saya yakin mereka akan bahagian,

Cuma nasihat awal saya, kenallah pasangan dengan lebih rapat dengan dua cara :

1 Hubungan yang baik dengan ALLAH

2. Hubungan yang baik sesama pasangan

3. Hubungan yang baik dengan keluarga

 

Hubungan yang baik sesama pasangan sentiasa menjadi bualan permulaan perkahwinan. Pelru lebih mengenali peribadi dan peranan masing – masing. Sentiasa membuka ruang perbincangan sehat, ruang kasih sayang, dan sentiasa berusaha kearah lebih baik. Lupakan kalau tergiti lidah, tertepuk, tercubit, kerana semua itu bukanlah niat asal yang suci kedua pasangan untuk terus hidup dalam bahagia.

Ketiga, hubungan dengan keluarga, kena ingat perkahwinan bukanlah antara dua pasangan, namun antara dua keluarga. Jadi kenalilah pasangan menerusi keluarga, dan rasailah bahawa ianya keluarga bersama.

Namun yang pertama teramat penting, kerana hanya dengan hubungan yang baik dengan Allah kedua perkara terakhir boleh tercapai.

Ingat Allah yang menyatukan dan memberi kebahagian, dan semua masalah dalam rumah tangga sentiasa merupakan muhasabah kita dengan Allah, cubalah untuk solat sekali, tadarus sekali, dan berpuasa sekali.

Malah kalau boleh, cubalah nasihat menasihati didalam agama, kerana buat Nas, didiklah isterimu, adikku Hajar dalam agama kerana ianya tanggungjawab suami. Dan Hajar, adikku, terimalah Nas bukan sekadar suami, tapi sebagai ustaz yang memandu perjalanan agama, sebagai syeikh yang akan merapatkan Hajar dengan Allah.

Semoga rumahtangga dibawa hingga ke Syurga.

Semoga berbahagia !

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s