Menang kalah adat bertanding!


547619_447719171980974_1478343709_n

Saya suka pepatah melayu, kalaupun ianya bukan pepatah saya suka ayat ini :

 “Menang kalah adat bertanding”

Kenapa saya suka?

Kerana ianya akan menjadikan kita objektif dalam melayan sesuatu persaingan.

Mereka yang memahami pepatah ini akan berjaya dari dua keadaan :

1. Seseorang yang taksub dan tidak rasional, akan terlalu obses dengan kemenangan sehingga tidak mahu ada sedikitpun pesaing, malah semua pesaing akan cuba dicantas walau denga apa jenis cara, islamik atau tidak. Malah dengan kweujudan pesaing sahaja sudah menjadi hujah untuk mengutuk dan menghina.

2. Manakala yang lemah jatidiri akan takut bersaing, kerana takutkan kalah dan takut untuk maju ke hadapan bermain dengan bayang – bayang sendiri. Mereka tidak akan mampu untuk membuat keputusan sendiri, akan hanya bertempel dengan kejayaan orang lain. Risiko yang ada sentiasa dibesar – besarkan, kekuatan yang ada sentiasa dikecil – kecilkan.

Walaupun kedua – dua keadaan ini nampak dasyat dan merosakkan, namun rupa – rupanya hikmah yang tersembunyi didalam pepatah diatas cukup jelas menjadi kunci ketenangan mencapai rasional dan objektiviti didalam sesuatu keadaan dan melayan isu.

Selamat semua pada hari penamaan calon !

“Menyokong calon muslim berwibawa”

——–

#disclaimer : slogan menyokong calon muslim berwiabawa sesekali tidak menafikan kebaikan yang ada pada parti lain, dan kewibawaan calon anda, kecuali memang tak wibawa, tu lain ceritalah hehe

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s