Adik kesayanganku…berjalanlah dengan hebat !


latest 019

Imran (muka macam Khayrat), Hajar (yang bakal bernikah tak sampai seminggu), Iman (muka macam Sayyid) dan Hakim hujung kanan (vokalis Rabithah)

Saya cukup sayang semua adik-beradik saya, namun dalam tempoh minggu – minggu terdekat ni, rasa sayang dan rindu pada adik dibawah saya Hajar/Kaklang semakin menguat, iyelah bukan untuk nafikan sayang pada Hakim (vokalis Rabithah) dan yang lain, namun kerana kurang seminggu beliau akan bernikah.

Terlalu banyak kenangan bersama beliau, terutama setelah kakak kami (Sarah a.k.a Kaklong) berpindah ke UIA, dengan gaya sudah bukan budak sekolah, maka banyak masa kami diluangkan bersama. Sehinggalah sebelum saya terbang ke Mesir, Alhamdulillah saya banyak masa diShah Alam, beliau juga diShah Alam (UiTM Shah Alam), maka malam – malam, kami keluar makan diKedai Kopi, diSteambot, Rojak, Uptown dan banyak lagi.

Bagi saya, setiap adik – beradik saya ada kekuatan masing – masing , namun sesuatu yang banyak saya belajar dalam kehidupan dari adik saya Hajar adalah beliau pakar pengorbanan terhadap keluarga,  kepada Mak, dan kepada Ayah.

Jika dibandingkan dari pengorbanan beliau, saya cukup kagum, malah sebenarnya lebih terharu dan bangga mempunyai adik sehebat ini.

Beliau mampu berkorban dan berfikir dari sekecil perkara sehingga sebesar – besar perkara dalam hidup berkorban untuk keluarga, dari sekecil membeli henfon, hinggalah memilih perjalanan kehidupan. Terlalu banyak jika ingin ditulis disini perkara yang beliau pejamkan mata semata – mata untuk melihat Mak dan Ayah bahagia dan tidak peningkan kami.

Beliau boleh dikatakan pendidik ketiga didalam rumah selepas Mak dan Ayah, kepada Hakim, Imran, Iman, Sabiq dan Nusaibah. Iyelah bangah sudah jauh diperantauan. Teringat bagaimana beliau memastikan semua disiplin menyidai kain ketika saya habis STAM, semua dimarahnya, termasuklah abangnya yang Ustaz ni. Namun hasil didikan beliau apabila saya pulang baru ini ketika revolusi Mesir, adik – adik sungguh disiplin dalam mengurus rumah dan cukup ringan tulang, takjub saya !

Malah yang lebih membuatkan saya terharu, banyak tanggungjawab saya sebagai Abang sulung dipikul beliau tanpa beliau pinta apa – apa pengiktirafan, tanpa beliau minta untuk dibalas, malah tanpa beliau rasakan saya terhutang budi pada beliau, semuanya ikhlas untuk Allah dan keluarga kami. Serius, saya rasa cukup terhutang budi pada beliau.

Apabila, Mak mengumumkan tarikh perkahwinan beliau, saya cukup gembira! Saya meraikan disini dengan keluar makan bersama isteri dan anak – anak! dan belanja mereka mainan dan sedikit baju baru, saya cukup rasa gembira, gembira sehingga saya pernah cakap dekat Isteri saya “Kita balik Malaysia lepas tu, sambung je Master dkt Malaysia, tak pun Abang balik kejap pastu patah balik sini!” namun keadaan tidak mengizinkan, tiada rezeki pulang, namun rezeki cahaya mata sangat disyukuri 🙂

Akhir kalimah, saya cukup yakin adik saya akan menjadi Isteri yang hebat, yang mampu melahirkan puluhan Generasi yang hebat hasil dari perkahwinan ini, kerana saya hidup dan kenal adik saya dengan baik, dan setiap saat dengan beliau cukup saya rasakan berharga, walaupuan sekadar berjalan diPasar Malam, sekadar makan Char Kuey Teow, sekadar bergaduh tempat duduk didalam kereta, dan sebagainya.

Bangah juga pohon maaf semua kesalahan Bangah, dari sekecil, sembunyikan mainan Hajar masa kecil dan kata Kaklong hilangkan, cubitan – cubitan, kekasaran – kekasaran, dan semua kesalahan dan kekurangan hak bangah pada Hajar.

Insya’allah Hajar berjalanlah dengan hebat ! Bangah percaya Hajar seorang yang Hebat!

Selamat menjalani kehidupan baru, Hajar dan Nasrul. 

wasalam

Hajar dan Nas

Advertisements

2 comments on “Adik kesayanganku…berjalanlah dengan hebat !

  1. aidaroslan berkata:

    Bang Ngah

    cik Da baca entry ni … nak menitik air mata …..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s