Pesanan akh Hafiz Khairuddin…


Capture2
Pesanan dari sahabat baik saya yang dirindui… akh Muhammad Hafiz Bin Khairudin
—————————————————-
Bila ana rasa rindu pada beliau dan nasihat – nasihat beliau, ana buka blog akh, dan baca tulisan akh dengan membayangkan nada suara beliau bermain didalam kepala. 

Rasa beruntung mengenali akh seperti beliau. 

#mood lepas tafakur lebih 30jam diatas katil dek sakit perut+demam+diarhhea+sakit dada, semangat nak tarbiyah dan bentuk lebih ramai manusia yang power!

#dan mood zikrayat…..uhbbuka fillah ya akh Hafiz.
—————————
5 perkara sebagai perkongsian bersama:

1. Tarbiyah & Dakwah. Ini perkara paling utama dalam hidup kita. Letakkan semua perkara dalam kerangka ini. Kita sendiri bertanggung jawab terhadap pembinaan keperibadian Islam kita. Jangan sesekali melihat ia tanggung jawab orang lain. Hormati dan belajarlah dari para Murabbi siapa pun dia. Para Murabbi mengajar dan mendidik. Tetapi keputusan untuk membuat perubahan di tangan masing-masing.

2. Bahasa Arab. Manfaatkan setiap peluang di Mesir untuk kuasai Bahasa Arab sebaiknya. Dari membaca, menulis, bercakap dan berbincang. Jangan berhenti belajar dan mudah rasa puas hati. Belajar dengan tekun sehingga kita bermimpi dan berfikir dalam Bahasa Arab.

3. Pengurusan Masa. Kurangkan perkara harus dan kurang penting (facebook). Banyakkan membaca. Orang biasa jadualnya bertukar antara perkara-perkara harus. Tetapi pendakwah jadualnya bertukar antara perkara-perkara wajib. Sehinggalah kita merasai apa yang dipesan oleh Al-Banna bahawa kewajipan lebih banyak dari masa yang kita ada.

4. Luaskan Pembacaan. Isi semua masa lapang dengan membaca. Jangan pernah merasa cukup dengan pembacaan sedia ada. Baca bahan yang berkualiti dan membina. Kuasai Bahasa Arab dan Inggeris dengan baik.

5. Belajar dari pendakwah Mesir. Contohi kesungguhan dan kelasakan mereka. Sifat tawadhuk dan kemesraan mereka. Teladani tajarrud mereka dari dunia dan isinya. Ambil pengalaman dan inspirasi dari mereka. Cari segala ruang untuk contohi mereka.

Saya meninggalkan Mesir separuh hati. Kerana ia tak akan pernah hilang dari hati saya.

———————————
dipetik dari blog beliau
http://hafizkhairudin.com/masr-al-habibah

— with Syamil Esa and 7 others.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s