Tips bapa muda + baru : Tips 1 – kerja terbaik!


IMG_03982

Hidup menjadi bapa yang muda dan baru memang serabut dan mencabar. Ialah, dengan keperluan anak dari sudut perhatian, ingin manja, ingin berkativiti,  ingin ke tandas, ingin makan, minum, tidur, tukar baju, wonderpet, mainan dan banyak lagi, tergabung dengan keperluan isteri yang inginkan sokongan moral, inginkan sokongan kewangan, sokongan belajar dan lain – lain. 

Semua berlaku pada individu yang satu, suami atau bapa.

Itupun jika semua perkara diatas berjalan dengan lancar, ialah kalau tidur ikut masa, makan ikut masa, buang air semua kut masa yang fixed tak berubah dan dengan kadar yang boleh dijangka seperti menjawab soalan matematik tambahan yang nampak sukar tapi senang, namun perubahan yang berlaku terlalu sukar dijangka.

Lebih banyak kebarangkalian berbanding dx/dy, lebih banyak reaction dari penghasilan ester, dan smeua lojik yang bermain dan tersusun didalam kepala seorang lelaki.

Lelaki, memang mudah jika sesuatu perkara diurus dengan angka dan lojik, namun rumahtangga jika disusun begitu takkan tersusun!

Maka apa penyelesaiannya?

———————————————-

Sebelum pergi ke 3 step kerja terbaik, suka untuk saya sebutkan, tujuan utama post ini adalah berkongsi kepada para suami diluar sana dalam menyiapkan kerja – kerja rumahtangga, dan kerja- kerja sebagai seorang suami.

———————————————

Boleh saya sebutkan 3 step dibawah sebagai menyusun hidup seorang suami !

1. Susun diri anda dahulu!

Maksud saya susun diri ini, perlu susun dalam kepala mana penting dan tidak penting. Kemudian susun emosi, apakah perasaan yang membantu pada masa ini? Adakah marah membantu? atau bagaimana?

Ingat, kebanyakan masalah berpunca dari suami yang tidak kuat, samada kuat menyusun fikiran, mahupun menyusun emosi. Suami perlu menjadi hero.

Perlu susun diri dengan bayangkan dalam keadaan keluar rumah dari gempa bumi contohnya, dia masih mampu relaks, kool dan buat keputusan dengan baik dalam keadaan menjadi idola para isteri, dalam keadaan hati sentiasa berdoa Allah membantu smeua usaha.

Tujuan step ini adalah untuk memastikan suami dalam 3 keadaan : Kuat Rohani, Stabil Emosi, Mampu Rasional.

2. Setkan target berjaya siapkan kerja. 

Untuk step ini, suami perlu belajar untuk susun dahulu didalam kepala apa yang perlu dibuat, jangan terus buat membuta tuli.

Saya kongsi disini, saya melihat Ayah saya (seorang bapa yang hebat) sentiasa memastikan ada plan yang perfect didalam perancangan beliau, walaupun perkara tersebut sekadar pergi keluar makan malam. Maka kami tidak akan keluar makan malam melainkan beberapa tempat sudah tersedia didalam kepala, maka jika ada apa – apa masalah sentiasa ada backup plan.

Malah saya agak takjub dengan beg kecil beliau, semua bende ada! Walaupun kemungkinan untuk digunakan adalah rendah, lebih baik rancang dengan baik dari tidak rancang.

Begitu juga apabila melibatkan kerja – kerja dirumah, Ibu saya pula sentiasa pastikan sudah nampak dalam kepala apa yang akan dilakukan sebelum mula bekerja.

Step ini bertujuan memastikan kita tidak melakukan kesilapan dan kekurangan apabila mula untuk kerja dan penat, jika tidak boleh jadi kepenatan yang kita adukan sebenarnya hanya berpunca tidak plan dengan baik!

Mungkin yang boleh saya kongsi masalah disini. isu tidur anak. Kebiasaannya anak yang baru lahir tidur tidak menentu.

Maka ramai yang tidak plan tidur anak dan ikutlah anak tidur bila. Hasilnya akan mengganggu tidur kita! Maka nasihat saya, susun dalam kepala bila nak tidurkan anak dan kejut, supaya beliau boleh tidur malam selari dengan kita, jangan reasponsif dengan anak, dia tidur kita biar dia bangun kita layan, tapi susun!

Kebiasaanya. jadual harian saya ideal dengan mula jam 7 hingga 12 membaca dan menulis, tengah hari bersosial, malam teruskan membaca dan menulis, namun apabila diamsukkan jadual anak ke dalamnya, perlu susun dan cuba sesuaikan ikut kita, ingat semua kena ikut Hero!

3. Kerja, kerja kerja!

Part ni yang paling mudah, kerja, kerja dan kerja. Cuma perkara yang ingin saya ingatkan adalah kerja yang terbaik itu bagaimana.

2 ciri kerja terbaik yang pelru difokuskan adalah :

1. Kerja pada waktu yang betul, tempat yang betul, kadar yang betul, dengan pihak yang betul. 

– Perkara ini penting, kerana jika tidak, hidup kucar kacir! ialah solat ketika anak menangis, tidur ketika anak nak main dengan kita, berjaga ketika keadaan penat dan sebagainya.

– Maka tanya pada diri : Betulkan saat ini perlu buat? Pada Kadar ini? dengan dia ni? Tanya berkali – kali, makin bertanya makin bagus !

2. Enjoy the achievement!

– Prinsip yang penting sebagai ciri sebuah kerja yang baik, seronok dengan kerja tersebut, kerana dibalik setiap kerja ada kejayaan didunia dan akhirat!

Jika tiada kejayaan dibalik kerja tersebut didunia dan akhirat, tanya balik kenapa saya buat perkara ini? Adakah perlu sekarang? dengan kadar ini? dengan dia ni?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s