Mindmeister untuk mindmapping? berbaloi ke?


fahmi
Menjawab soalan Akhi Fahmi tentang Mindmap, insya’allah akan diceritakan dengan ringkas dipost ini. Harap ianya membantu.

Sebelum itu, apa dia mindmap? Tony Buzan, antara pemasyhur mindmap, menceritakan, “Mind map merupakan sesuatu yang menterjemahkan pembelajaran yang berat dan boring, kepada sebuah keseronokan aktiviti yang membuatkan kita ingat lebih, minat lebih dan lebih hebat!” (Use Your Head – Tony Buzan).

Namun yang lebih menarik, apabila sebab beliau berkata demikian, kerana pada pandangan beliau mindmap lebih banyak interaksi dengan keseluruhan Otak dan dengan sistem yang ada dalam kepla manusia, maka ianya menjadikannya lebih mesra berfikir dan lebih ringan walaupun dalam sudut lain, perbahasan yang ditempuh merupakan sesuatu yang berat!

Zaman sekarang pula, kalau ada sahaja ‘konsep’ atau tips yang menarik, pasti dijadikan app! Ialah generasi Y lah katakan.

Alhamdulillah, cerita tentang mindmap, mindmap pertama yang saya jumpa merupakan nota ayah saya untuk lecture beliau. Saya lihat cukup cantik dan menarik dengan tulisan yang cukup kemas. Terus ia masuk ke dalam hati, dan sapai ke hari ini 90 peratus nota saya didalam Mindmap.

Ok, berbalik kepada app yang sesuai.

Saudara Fahmi bertanya secara khusus tentang Mindmeister yang merupakan sebuah app yang menggunakan konsep cloud untuk mindmap.

Untuk ringkaskan post saya terus kepada pro dan kon :

PRO :
1. Menggunakan sistem ‘Cloud’ dimana semuanya menggunakan Internet. Dengan sistem Cloud anta boleh ‘collaborate’ dengan ramai pihak dan lain – lain.

2. Sharing yang paling simple. Disebabkan dia menggunakan akaun facebook dan banyak berkait dengan facebook, maka sharing memang terbaik! Iyelah, hari ini, kalau nak share sesuatu tempat pertama pasti facebookkan? lupakan MiRC 🙂

3. Mudah membina mindmap. Bagi saya berbanding xmind, mindjet dan beberapa software mindmap yang lain, maka ianya mepunyai platform yang termudah. Malah terlalu sedikit ‘twitches’ berbanding kebanyakan app lain, ditambah dengan sistem folder, memang menjadikan ianya sesuai untuk penggemar mindmap!
CON :
1. Kebanyakan perkara perlu upgrade. Contoh paling mudah adalah ‘print’. Ingin print maka perlu upgrade dahulu, perkara ini memang leceh ditambah kebanyakan Nota ingin dijadikan handout. Dahulu saya print screen, jadikan JPEG, adjust levels kemudian rint, memang leceh.

Download pun sama, hanya boleh download jika sudah upgrade (minimum 5USD sebulan, banyak tu)

2. Cloud. Walaupun sistem cloud merupakan kekuatan mindmeistewr, tapi ianya juga kelemahan ketara untuk Negara yang agak mundur Internetnya. Dalam ertikata lain, tiada internet tiada mindmeister.

3. Dan semua kelemahan lain, berpund\ca dari dua kelemahan diatas.
KESIMPULAN

Bagi saya, mindmeister menang dari sudut pltform dan cloud system, dimana platormnya jauh meninggalkan semua mindmap yang lain, ia berjaya mudahkan perkara yang rumit dalam masa yang sama mengekalkan ‘complexity’ yang diperlukan sesebuah app mindmap. Malah idea folder merupakan idea yang sangat menarik, dan menyusun kerja mindmapping.

Cloud juga merupakan sesuatu kekuatan. Terutama buat syarikat – syarikat yang beriman dengan mindmaping Oracle dan SAP, untuk syarikat memang terbaik, dari sudut sharing, collaborat dan lain – lain.

Namun untuk kegunaan individu, bagi saya ok, jika anda upgrade. Upgrade dengan 5USD setiap bulan tidaklah banyak, tetapi ianya harga yang berbaloi jika dengan sistem yang ada anda mendapat pulangan lebih 5USD, maka ianya memang berbaloi.

Manalah tahu ianya akan meningkatkan produktiviti Syarikat dan sebagainya!

Namun cadangan saya, praktikal ditempat yang tidak stabil internet seperti dimesir, saya kekal menggunakan MIndjet. Malah, 5USD yang dibayar masih belum dapat pulangannya dengan kesebokan pelajar, maka cadangan saya, nanti dahulu, mungkin bila ada syarikat yang besar, sehinggalah memang memerlukan app seperti ini, maka guna, kerana tanpa UPGRADE, semua PRO yang saya sebut taklah berbaloi dengan masa yang diperuntukkan untuk buat mindmap tersebut, ialah, anda tidak boleh download, print mahupun melakukan presentation, hanya boleh share difacebook hehe

Kena ingat kalau kita beli kerana perlu, maka kita menggunakan, kalau kita beli tanpa keperluan maka kita digunakan! Kecuali dalam perkara bermewah hehe

Harap membantu, wasalam

Advertisements

2 comments on “Mindmeister untuk mindmapping? berbaloi ke?

  1. Ok, syukran Abu khayrat. Cuma dari sudut kegunaan, percambahan atau skill2 saya kira app ini terbaik dan sangat membantu.

    Adapun teknikaliti seperti print, share dll yg memerlukan upgrade menjadi kekangan utama. Dan bagi saya ini masalah biasa dalam online service. Ini juga perniagaan. Hehe.. Web Developer pun perlu cari makan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s