Challenge no 2 | Suri rumah


IMG_4283

“Kepenatan terkumpul pada minggu ini ada limitnya sebelum terflat. Yang penatnya ia terkumpul pada hari ini”

“Bangun pagi gosok gigi……….” lagu biaa yang didengari dari kecil. Namun pada pagi ini saya tidak mampu melakukan seperti biasa iaitu gosok gigi dan lain – lain keperluan asasi peribadi. Kenapa? disitu kisah menarik bermula.

—————-

Bangun pagi selepas solat subuh, dengan keadaan kesejukan yang mendamaikan, kepenatan terkumpul, serta aras cahaya yang malap – malap mengantuk, tiada natijah yang lebih sesuai melainkan tidur, walaupun kebiasaannya waktu ini dihabiskan menyiapkan proposal master atau membaca, namun kali ini berbeza, kepenatan terlalu kuat sehingga yang releven dimata hnyalah katil.

———-

Tiba – tiba terdengar suara isteri memanggil “Abang tolong|”

Terus terjaga.. dan hari yang mencabar bakal bermula.

———

Badan masih sengal – sengal dan penat, mata masih kabur. Jam menunjukkan pukul 946, namun keadaan rumah a\tersangat berbeza dari semalam.

Telur – telur yang masih mentah kelihatan bertaburan dilantai, didapur, dibekas telur dan beberapa tempat lain!

Malah sebahagian bekas – bekas telur keliahatan seperti tapak kaki kanak – kanak kecil yang terpijak tlur dan berlari satu rumah.

Itu baru telur, keadaan tersebut tidakpun mengurangkan, pinggan mangkuk yang perlu dibasuh, sarapan yang perlu disediakan, baju yang perlu dibasuh dan disidai, bekas muntah Khayrat semalam yang perlu dicuci ditilam dan cadar, satu rumah yang perlu divakum, serta buku – buku yang perlu dibaca dan proposal yang perlu disiapkan.

Oh tidak dilupakan, Khayrat dan Sayyid bermain dengan Ubaydah , dengan menyuapkan udang, kemudian picit2 pipi, dan ketiga2 menangis, seorang sebab tidak selesa, dua sebab kena marah dengan Mama hehe

———-

Saya tidak kecewa, sedih mahupun marah, walaupun jika keadaan sama yang berlaku 2 tahun lepas, saya yakin saya mungkin marah kepada dua permata hati saya, namun satu perkara yang ingin dikongsi kepada semua bakal pengantin, bakal ibu bapa, bakal suami, bakal isteri, adalah didalam mengurus rumah tangga dan cabaran yang dihadapi, yang paling penting adalah sentiasa meletakkan apa yang akan membantu keadaan dihadapan, lebih dari beban yang dipikul.

Kesilapan saya dahulu, adalah kerana tidak memahami bahawa beban yang dipikul oleh seorang suami dan ayah buatlah macam mana pun tidak berkurang untuk satu tempoh, malah ianya sentiasa meningkat hari demi hari, minggu demi minggu, sampailah ke tahap ‘stabil’. Untuk stabil awal tidak mudah malah tidak realistik, kerana kestabilan antara suami dan isteri biasanya 5 tahun awal untuk kenal antara satu sama lain, maka kalau kita kata ia akan berjaya dalam masa 5 hari, kita akan kecewa kerana tabiatnya berbeza.

Maka sepanjang perjalanan berumah tangga, yang penting bukanlah kurangnya beban, namun melakukan apa yang terbaik pada waktu itu, marah tidak membantu, rasa tertekan pun tidaklah membantu sangat, malah kalau dimarah 2 permata hati dan muka kelihatan tertekan, Isteri yang baru 5 hari bersalin pasti akan lebih tertekan, apatah lagi keadaan baru bersalin sudah menjadi sebuah tekanan bagi seorang Isteri, seperti hadis, kalua sudah mendengar Kiamat berlaku dan ditangan kamu sebiji benih, maka tanamlah benih tersebut!

Maka ketika ini yang membantu saya adalah istighfar, kemudian pasang Quran Syeikh Ghamidi surah Anfaal , dan tulis satu post. Selepas itu, insya’allah sabar dan terus bersabar, dan yang penting, jangan lupa gembira dan lega dengan pencapaian yang ada, syukurlah dengan rahmat Allah, hati akan susah untuk tertekan 🙂

*sambil tu lihat betapa sucinya dan comelnya anak-anak ini, benarlah firman Allah untuk meminta kepadaNya mereka dijadikan penyejuk mata

IMG_4250

Advertisements

5 comments on “Challenge no 2 | Suri rumah

  1. admin berkata:

    Syahdu sikit entry ni, rasa cabarannya…..
    moga terus berkongsi..

  2. M Affiq KN berkata:

    terima kasih ust su… :’-]

  3. M Affiq KN berkata:

    ust su, part kena marah dengan mama tu macam shin chan dah pulak…

  4. aku berkata:

    jangan carik suami panas baran. haha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s