Pejuang ke-tiga | Ketinggian seorang Hamba (plus cerita hari gembira)


IMG_4290

Alhamdulillah, jam 906, pagi Khamis menjadi saksi betapa hebatnya kuasa Ilahi. Pagi yang bagi saya sungguh menenangkan dan merapatkan diri kepada Allah. Angin yang bertiup mendamaikan, sedikit sejuk namun selesa.

————————

Seawal jam 8, entah macam mana, hati yang jarang ‘cool’ menjadi sungguh tenang, walaupun kebiasaannya Isteriku jauh lebih tenang, namun pagi tersebut berbeza.

Beliau agak resah, ialah kemungkinan yang bakal dihadapi agak ekstrim, samada sebuah nyawa hadir, atau ada nyawa yang pergi.

Namun saya agak tenang melihat dalam kegelisahan Isteriku beliau tidak lekang berzikir dan beristighfar sambil menahan ‘contraction’ yang makin pantas mencengkam.

Dari 15 minit, ke setiap 10 minit, dari setiap 10 minit ke setiap 5 minit, dari setiap 5 minit ke setiap  3 minit. Begitu tabah menahan robekan ‘contraction’. Alhamdulillah beliau kuat.

———————–

835, Avanza kuning menunggu dibawah, Encik Soleh sedia membantu. Beliau membawa kereta Avanza dengan sedikit kalut, iyelah, pengalaman pertama membawa wanita yang hampir bersalin. Skeali lagi, seperti saya seorang sahaja yang tenang, walaupun saya sendiri agak peling, bagaimana boleh tenang ni?

———————–

Kami bertukar Avanza yang lebih baru supaya memudahkan perjalanan dan tiba dihospital, Terima kasih pula pada Encik Mus (nama sebenar dirahsiakan untuk menjaga keikhlasan), kami berjalan dan tiba diHospital Dar Hekmah jam 840, dari 5 minit, contraction sudah mula seperit 2 minit. Sudah tiba masa??

Dunia sepi, dalam keadaan bila – bila masa sahaja……dalam masa yang sama destinasi belum jumpa, Hospital Dar Hekmah hanyalah landmark, Doktor menunggu diHospital lain !!

———————–

Dengan pantas, kami menelfon Doktor Mahaa, beliau meminta dengan kadar paling segera patah balik dan berjalan 5 minit, hospital disebelah kanan!

Maka tidak sampai lima minit kelibat Doktor diberanda dalam keadaan yang gundah kelihatan, beliau sangat gusar, kerana sebab yang sama, bila – bila masa sahaja !

———————–

Naik ke hospital dalam keadaan sakit sakit, beliau mula menukar pakaian bersalin, dan Doktor mengesahkan ‘bila – bila masa dari sekarang’. Jam didinding 855

———————-

Kami masuk ke bilik pembedahan. Doktor mula mengatur bersama 2 Jururawat, Iman dan Ummu Thanaa’. Mereka bersiap sesegera mungkin.

———————-

Jam 902, Doktor berkata tiba – tiba bertukar ekspresi muka, wajah yang agak tertekan tiba – tiba penuh tanda tawakal, lantas beliau berkata ‘INsya’allah khair’ dan terus ke perut beliau dan menggosoknya sambil membacakan Ayat Kursi dan beberapa potong Doa yang biasa didengar. Kemudian beliau ke posisi menyambut dan berkata ‘Sedia anti boleh mula PUSH bila sedia’

———————

Tanpa melengahkan masa, beliau meneran hingga hujung nafas, kemudian tercungap sebentar dan meneran buat kali kedua.

Tiba – tiba bunyi ‘sliding’ terdengar, eh? dah keluar?

Itulah perasaan kami, Alhamdulillah mudah !

ALhamdulillah 🙂

Iman, Dr.Mahaa, Ubaydah, Hasanah dan Ummu Thanaa'

“Iman, Dr Mahaa, Ubaydah, Hasanah dan Ummu Thanaa’ “

————————————————–

Lahirlah permata hati, Ubaydah bin Mohd Suhail seorang hamba yang hidupnya hanya untuk Allah.

Mengapa Ubaydah? banyak sebabnya, namun cukup untuk dikongsi disini, kelahiran anak pertama merupakan suatu hadiah dan rahmat dari Allah, maka kami namakan beliau ‘kebaikan/hadiah’ atau Khayrat.

Yang kedua, kami impikan beliau mempin dunia, maka kami namakan Sayyid, Pemimpin.

Dan yang ketiga, boleh saya katakan, tiada erti yang lebih mulia bagi seorang hamba melainkan menjadi hamba, menjadi seorang yang dedikasikan hidupnya untuk Tuhan yang satu, dedikasikan segenap kehidupannya untuk Tujuan yang satu, dedikasikan setiap kudratnya untuk Ilahi… maka kami namakan beliau Ubaydah, seorang Hamba Ilahi.

Semoga ALlah memberkati dan merahmati hadiah ini. Alhamduilillh.. alhamdulillah..alhamdulilah.

(ada rezeki boleh nanti diceritakan kisah 3 beradik, doakan diberi kelapangan)

s dan k

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s