Lembiknya sarkastik dan mengumpat


” Lemah sangatlah mereka yang hanya bijak bersarkastik dan mengumpat.  “

Ialah, untuk bersarkastik dan mengumpat, anda tidak perlukan 2 perkara.

Pertama, anda tidak perlukan jiwa yang kuat untuk berhadapan dalam konflik dan situasi yang ada. Anda berseloroh, anda menepis, pusing dan sebagainya, itu jika anda sarkastik. Ialah, untuk kekal didalam prinsip perlukan jiwa yang besar, adapun untuk hanya bersarkastik dan bukan berbicara tentang prinsip, agak mudah sebenarnya.

Mengumpat pula, lagilah tanda ketandusan jiwa. Bercakap belakang ini mudah, tidakkan ditegur, malah tidakkan terdedah kepada bahaya bahawa kita salah. Kerana itu bagi saya perumpaan memakan mayat itu cukup tepat, seolah sbeuah penghinaan, yang jelas, menceritakan perihal pengumpat yang hanya berani apabila seseorang itu mati untuk berhadapan dengannya, malah gambaran makan daging manusia itu menggambarkan betapa rosaknya hati sipengumpat dalam kemelut kebencian dan ketidak puashatian kepada yang diumpat.

Kedua, ianya tidak perlukan Ilmu yang tinggi, malahan tidak memerlukan kekuatan akal untuk berfikir pun.

Apa yang diperlukan hanyalah secebis kebencian, dan kerosakan hati untuk terus bersarkastik menghina, dan mengumpat.

Kerana mereka yang berilmu, mengerti ketinggian jiwa dan maruah yang perlu dipertahankan, maka tidakkan mampu mengeluarkan kata – kata menghina dan pengecut bercakap dibelakang.

Kedua perkara ini (sarkastik menghina dan mengumpat) sudah dimudahkan pada hari ini dengan facebook dan internet.

Dan lebih menyedihkan, ketinggian jiwa dan ilmu lagilah sukar untuk didapati disana (facebook).

Maka apa yang menanti generasi facebook hari ini? Kalau bukan mengumpat dan sarkastik menghina, adakah mampu mereka menjadi seorang yang berjiwa tinggi, mampu berhadapan dengan pelbagai keadaan dengan prinsip yang jelas.

Atau hanya duduk ditepian menjadi keyborad warriors, yang bahasanya hebat, namun hatinya lembik dan rosak, tidak larat berjuang diluar langkauan keyboard.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s