Berjalan – jalan di Facebook


“Facebook jalan yg sgt emotional dan tidak rasional”

Jarang bukak facebook dan tgk wall sampai habis, tiba2 hari ni tergerak buat sedemikian sambil meneman zaujah studi, cuba bayangkan kalau facebook dihamparkan disebuah jalan yg kosong, dan dipenuhi dengan status dan komen difacebook,

hehe, terfikir mcm penuh dengan perkara yg emosional, dan macam pasar, jual itu jual ini, tak puas hati itu tak puas hati ini,

diakhir jalan, ana terfikir, apa hasil yg terbina dan terjadi pada diri aku dihujung jalan?

Apa yg saya dapat?

Apa yg berlaku kepada cara saya berfikir?

Apa yg berlaku kepada cara saya melihat manusia lain?

Kesimpulan diakhir 2 perkara yang berlaku :

1. Tercabar persepsi terhadap manusia lain.

Secara jujur, saya jenis suka berkawan dan suka bersembang, malah saya suka bercakap, saya merasa puas dengan bersembang dengan ramai manusia.

Malah persepsi awal saya pada setiap manusia yang saya jumpa biasanya adalah “Mereka ini pasti ada perkara yang best untuk saya tahu”

Namun dalam facebook, perbezaan pandangan itu terlalu ketara, mungkin kerana perbincangan dan komen hanya berlaku diruangan komen yang terhad, dan tanpa ‘facial expression’ yang jelas, menyebabkan untuk kekal dalam keadaan atas terlalu sukar.

Sebahagian yang komen, terllau pelik cara komennya, seolah tengah bercakap tentang seekor binatang yang kotor, boleh sahaja kita cakap apa sahaja tanpa memikirkan perasaan binatang tersebut.

Seolah manusia lain tidak mampu berfikir.

Apa yang berlaku pula selepas itu, akan dibalas dengan perkara yang sama, malah sindir menyindir itu terlalu biasa.

2. Tercabar untuk berfikir secara rasional dan mengikut Quran dan Sunnah

Rasional dan Quran dan Sunnah perlu seiring, dan saya fikirkan perlu sentiasa merujuk tindakan kita kepada Quran sunnah sebanyak mungkin.

Namun ketika didalam facebook, pemikiran sebegini dilihat sebagai ‘Opium’ yang merosakkan minda masyarakat,

Seolah apabila kita semakin merujuk kepada QUran dan SUnnah itu maka tindakan kita semakin salah, semakin kita tidak mengikut mainstream, dan hujah mainstream, kita salah.

Mungkin saya sahaja yang perasan, tapi wallahua’alam, terpulanglah pada masing – masing.

Malah tindakan emotional itu lebih disukai oleh ramai, post yang emosional dari sudut kemanusiaan ke, dari sudut pandangan ke, atau dari sudut hujah, lebih dilihat logik berbanding analisa atau hujah yang lebih mempunyai sumber yang kukuh.

Contoh yang saya lihat, jika tindakan perbincangan ke arah merujuk maan – mana kitab secara spesifik, akan dilihat mengatakan orang lain bodoh dan menjahilkan manusia lain.

Malah, jika kita merujuk tarikh dengan cermat pun akan dianggap tidak realistik.

Jadi apa yang kita akan rujuk?

————————————————————————

Pada peringkat awal saya sangkakan ianya hanya berlaku kerana ramai kawan2 saya ISMA, ataupun wall saya dipenuhi perkara yang ramai kritik dan sebagainya.

Namun apabila saya melakukan jalan – jalan diwall sahabat – sahabat saya yang majoritinya PR dan majoriti BN, atau majoriti Tabligh, atau Majoriti jemaah lain, sangkaan saya meleset.

Penerangan – penerangan yang bersifat ilmiah dari Ustaz Tuan Ibrahim, Ustaz Haron Din, Ustaz Nik Abduh, agak terpinggir walaupun banyak yang ada di tarbawi.net yang saya juga belajar dari post – post mereka.

Begitu juga, di BN tulisan – tulisan Tun Mahathir, Yb. Saifuddin Abdullah, Yb. Khairy Jamaluddin misalnya yang bersifat analitikal dan kritis agak kurang sambutan dan beberapa tulisan mereka yang membukan minda saya dari sudut pengurusan negara tidaklah semasyuhur tulisan Tun yang mengkritik PR contohnya.

Begitu juga tokoh diJemaah lain seperti Dr Hafizi dari Ikram, Habib Ali, Dr Yusri Hani, dan sebagainya.

Malah kritikan yang ‘supportive’ agak kurang didengari.

Adakah dengan keadaan / situasi diatas, seorang kaan menjadi lebih baik dan matang? dan adakah manusia kaan lebih berbaik antara satu sama lain dengan facebook?

Jadi manusia apa yang terbina dari perjalanan didalam facebook….

Masih terfikir, dan terfikir….

 

*Namun secara simplenya duri dan lubang dijalanan mampu dielakkan apabila kita tahu ianya duri dan lubang

Advertisements

2 comments on “Berjalan – jalan di Facebook

  1. JIWA HAMBA berkata:

    Reblogged this on .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s