10 tahun lalu…….memori seorang sahabat


‘Su !’ itulah panggilan yang dipanggil oleh sebahagian besar rakan yang rapat kepada diri saya.

Namun terlalu sedikit yang mengetahui asal usul panggilan nama Su. Ianya penting, kerana panggilan Su merupakan sebuah memento penting dalam hidup saya.

———————–

Kisah bermula 15 tahun lepas ketika saya darjah 6, ketika itu seorang pelajar yang baru (tak silap masuk ke sekolah akhir darjah lima) yang sangat aktif, dan kelakar berada dikelas yang sama, 6 Juwairiyah. Kelas ini agak unik, kerana baki 3 kelas yang lain, disusun khusus mengikut gred pembelajaran, namun kelas ini kelas rojak, ada yang sangat cemerlang dan ada yang sangat kurang cemerlang.

Ketika itu saya tidaklah rapat sangat dengan beliau, biasa – biasa sahaja, namun kami selalu bergaduh, dari sekecil2 bergaduh mulut hinggalah saling mendajal, seperti meletakkan perangkap ubat stapler dalam kasut sampai luka-luka kaki(kelakarnya sampai Muallimah terpaksa haramkan stapler dan merampas mana2 stapler yang ada pada satu kelas, termasuk milik banat, jadi kami terus jadi bahan untuk dipersalahkan disebabkan kejadian ini), hinggalah ke bertumbuk sampai baling – baling kerusi dan bengkak – bengkak.

Tapi lepas gaduh – gaduh kami menjadi semakin rapat, tapi masih biasa – biasa, hinggalah akhir darjah enam agak rapat apabila kami menubuhkan kumpulan lastik kepada semua yang ada dikelas.

Namun kami betul – betul rapat adalah ketika tingkatan satu, apabila kami berkongsi ‘passion’ yang sama, iaitu ping-pong dan nasyid. Ketika ini kami selalu duduk belakang makmal nasyid sama-sama, kemudian selepas habis solat asar, terus berlari mengejar table ping-pong untuk cop dulu boleh main, dan cabar antara satu sama lain, siapa yang akan kekal king paling lama !

Namun semakin rapat dihati, ketika suatu hari, saya ada melakukan kesalahan, lantas agak dipulaukan oleh rakan-rakan, namun dia dengan selamba memberi semangat dan kata “relaks je, diorng tak kenal pon ko sape” Mulai saat tersebut, saya mengganggap dia antara sahabat terbaik dalam hidup.

Ketika tingkatan dua, kelas kami mengadakan pertandingan melukis komik, lantas kami menyertai pertandingan dan semangat melukis komik dan menghantar lukisan kami setiap hari !, disaat itu kami terfikir, biasanya pelukis komik ni ada nama samaran.

Maka dia dengan pantas memberi nama samaran untuk diri sebagai ‘Kucing Laut’. Dalam tengah blur – blur mencari nama samaran, beliau dengan mudah memberi kepada saya sebuah nama samaran yang terus melekat …………” Su ” .

Dan nama samaran itu kekal hingga ke hari ini dikalangan rakan yang rapat.

————————–

Bulan ini menandakan 10 tahun pemergian beliau kembali ke rahmatullah.

Walaupun badan sedang penat, namun dua hari mata tidak mampu lelap, mungkin kerana rindu, mungkin kerana sedih.

Setiap saat terbayang beliau, setiap sudut ternampak beliau.

Malah yang memberi kesan mendalam hingga ke hari ini pemergian beliau adalah kerana, boleh jadi jalan yang saya pilih untuk menjadi baik adalah hasil sembang terakhir bersama beliau disebuah malam di Hira’ (sekolah menengah islam hira’).

Saya dan dia bercita- cita lain sebelum itu, namun pada malam terakhir beliau diHira’, beliau berkata kepada saya

“Cukuplah semua ini…takkan ke mana kalau macam ni”

Malam tersebut buat pertama kali saya rasakan sungguh gelap dan panjang…malah seolah tiada ruang untuk bernafas.

Walaupun sedikit, namun ianya merupakan perubah jalan yang saya pilih sebelum itu ke jalan yang pilih hingga ke hari ini. Bukankah hidup ini sentiasa mengenai jalan yang kita akan pilih dan destinasi yang kita akan sampai?

Besar jasa beliau sebagai seorang sahabat sejati…sungguh besar.

—————————

Setiap hari, saya sentiasa berdoa, semoga amal kebaikan yang saya lakukan, dinasabkan juga kepada beliau yang mengubah jalan yang saya ambil. Adakah Allah akan terima, itu hak Allah saya pasrah, namun hidup dalam kesetiaan saya pilih, dan saya yakin Allah memahami.

Semoga Allah menerima amal kita….

Semoga Allah mengampunkan semua dosa beliau…

Semoga Allah merahmati beliau hingga ke Syurga..

Sungguh saya rindu pada kamu, semoga dapat ketemu diSyurga.

seorang sahabat sejati..

Zul Hafiz Amri bin Ghazali

1985 – 2003

Advertisements

2 comments on “10 tahun lalu…….memori seorang sahabat

  1. anas berkata:

    amin ya rab.
    i cried reading this post ust. sedih.
    rindu pada ust.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s